Kelas Tajwid Dewasa Perempuan Yang BEST di Bandar Kinrara, Puchong.

By Wednesday, November 22, 2017 ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Kelas tajwid yang saya pergi ini lain dari yang lain tau. Antara nya adalah bilangan kumpulan pelajar yang kecil. At this moment cuma ada tiga orang sahaja (termasuk saya) dalam kelas ni. Penting sebab bila kita nak tanya banyak tuh senang sket lah kan. Secara tak langsung, ustazah pun ada masa nak entertain soalan kita.

Tenaga pengajar yang diiktiraf oleh JAWI. Berkelulusan tajwid dari Darul Huda School for Quran Reading & Memorization, Jeddah KSA BA (Econs), MSc(Educ), PhD candidate. Ustazah Khalina juga berpengalaman mengajar selama 10 tahun.

Kalau nak tahu, sebenarnya bahasa pengantaraan untuk kelas tajwid kami ialah   ENGLISH LANGUAGE. Tapi, kami takderla speaking english sepanjang masa. Rojak sajer..heheh. But, if ada yang request untuk speak english for the whole class, nevermind. Just tell the ustazah k?

Bila dengar kelas tajwid, mesti korang rasa kena belajar cara sebutan yang betul, panjang dan pendek bacaan serta  hukum -hukum bacaan ayat Al-Quran. 

Well, actually... it is beyond that !

Selepas enam kali menghadiri kelas tajwid ni, dapatlah saya simpulkan yang dalam masa sejam tuh, kami bukan sahaja belajar tentang tajwid semata-mata. Our extra tasks is :

1) Hafazan

Ustazah akan check hafazan setiap seorang. Bukan takat check kat mana yang kita terlupa tapi  termasuklah makhraj sebutan kita dan juga haraakat huruf. Selalunya, tak lama pun..sorang dalam 3 minit macam tuh kot. Depends on berapa ayat dah kita hafal.

Anyway, sekarang kami tengah fokus hafaz surah Yasin. Ingatkan senang la nak hafal sebab since dulu duk kat asrama, setiap Khamis malam akan berjemaah baca surah Yasin kan. Tapi now, jadi  mencabar. Sebabnya, kena sebut huruf dan nak dapatkan hukum tajwid yang betul. 

p/s : Doakan yer saya dapat hafal surah yasin ni. 

2) Terjemahan 

Sebelum kelas berakhir, kami semua akan bergilir-gilir baca terjemahan ayat dari surah yang kami baca tuh. Kalau ada sesiapa yang nak share tentang maksud sesuatu ayat tuh dipersilakan share. Saya perasan, saya ni jenis yang kalau baca sama-sama then, ada discussion sket-sket lebih senang nak faham. Sebab ustazah dan lain-lain ada bagi pendapat itu dan ini.  Dapatlah juga berkongsi ilmu kan?

3) Intensif 

Disebabkan student tak ramai. Jadi, apa ilmu yang kami dapat sangat details dan so far saya sangat  berpuas hati. Sebagai contoh, ustazah akan suruh kami baca ayat ke 16 dalam surah yasin. Kemudian senaraikan segala hukum yang telah kami pelajari pada hari itu. Hari ini dah upgrade masuk Hukum Mad. Ada Mad Asli dan Mad Far'i. Sebelum ni belajar nun , mim sakinah dan tanwin.

Lepas tulis ni ustazah akan datang pada kita and  check jawapan setiap seorang
Masa sekolah rendah dulu, bukan tak belajar. Tapi biasalah, belajar untuk exam agaknya. Apatah lagi bila saya masuk ke sekolah menengah dan sibuk dengan kelas-kelas lain serta subjek tajwid tiada diajar di sekolah. Takat mengaji tuh memang lah ada buat. Tapi tulah....yang asalkan mengaji Al-Quran sahaja. Ilmu tajwid sumer dah gone. Seriously, banyak yang saya dah lupa.


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH dan masa yang ada ni saya belajar balik dan refresh semula apa yang saya dah belajar puluhan tahun yang lalu. MashaALLAH...tak tau nak cakap apa bila dapat balik ilmu tajwid ni.

Ada suatu perkara yang betul-betul buat saya FAHAM. Sebelum attend kelas ni, saya hafalkan ajer bila nak guna hukum SHAFAWI. Tapi lepas ustazah bagitahu dalam kelas minggu lepas. SHAFAWI ada kaitan dengan maksud bibir mulut. Terus automatik...zasss! otak dapat tangkap..baru tau kenapa semua huruf  yang ada 'mim sukun' ( seperti dalam gambar di bawah ) ada perkataan SHAFAWI di belakangnya. IDGHAM SHAFAWI, IKHFA' SHAFAWI dan IZHAR SHAFAWI

Rupa-rupanya, ia berkaitan dengan perbuatan kita apabila menyebut huruf 'mim' tersebut maka kedua bibir mulut kita bercantum. Mudah ajer kan? Bila faham konsep yang sebenar, jadi saya rase dapat lebih appreciate topik ini.

"BETTER LATE THAN NEVER"
Biasa dengar kan ayat tuh? For me, tak perlu malu atau rasa rendah diri kalau nak belajar. Restart, refresh and just do it! Kalau nak yang tak berbayar pun ada. Rajinkan diri pergi ke masjid atau surau yang berhampiran dengan rumah. Tanya lah AJK masjid kalau-kalau ada free class untuk kita belajar mengaji Al-Quran.

Lagi satu yang saya rasa cukup menguntungkan saya adalah : Now, I am able to teach my own children. Jimat pun jimat kan? tak payah nak upah orang luar untuk mengajar anak-anak kita. Cuma kita kena la kena invest sket. Dan saya personally rasa puas hati bila diri sendiri yang dapat mengajar anak-anak.

Sebab kelas ni BEST kan. Jadi ada yuran dikenakan 😀

RM40 per person and per class. 

Setiap hari Rabu dari pukul 11:15am hingga 12:15am.

Tempatnya di AKADEMI ALFAN di BK5B, Bandar Kinrara.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom warga Puchong dan yang ada di sekitarnya kita belajar mengaji Al-Quran dan tajwid sama-sama!

That's All and Thank You for reading!

 

 

 
 

You Might Also Like

11 comments

  1. Alhamdulillah, selamat menuntut ilmu akak. Saya pun nak kena banyakkan belajar dan tambah ilmu jugak ni. Moga kita diberi kefahaman dalam menuntut ilmu. :)

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah. Benar tu Nany, better late than never dan nany boleh ajar anak sendiri nanti. Selamat belajar dan menuntut ilmu :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. bagus jugak kalau dapat join kat sini ;)

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  6. better late than never...mak saya ajar ngaji ..ada juga la blajar tajwid

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum saya nak tnya ada no contact ke ustazah tu. Saya search akademi alfan bila saya whatsapp dia kt wrong number

    ReplyDelete
  8. Perlukan no ustazah tu ada tak ?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.