Lazada Online Revolution Contest

By Monday, November 27, 2017 ,

Assalammualaikum w.b.t

https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Lazada sekali lagi menjemput semua blogger satu Malaya yang berminat untuk join contest bersempena dengan ONLINE REVOLUTION . Contest ini bermula daripada 1 November sehingga 14 December 2017.  Seronoknya bila dapat join contest ni kita berpeluang untuk memenangi hadiah dari pihak LAZADA. The more the merrier tau!

ONLINE REVOLUTION Untuk Semua


ONLINE REVOLUTION
Apa yang menarik tentang ONLINE REVOLUTION ini adalah potongan harganya adalah sehingga 80% tau uollss!!!

Contohnya seperti barang di bawah :

Haihhh...siapa tak berpinar mata kalau tengok offer sampai macam ni sekali kan? pulak tuh korang tak payah nak bersesak bersiap bagai pergi keluar rumah semata-mata nak join skuad rempuh pergi grab barang kesukaan korang.

Bancuh dulu air kegemaran korang dan sambil-sambil minum air kopi ke teh tarik ke jus ke boleh relaks depan laptop ataupun download apps LAZADA pada handphone masing-masing. Terus lah tengok scroll apa yang ada dalam wishlist korang selama ni. Mana tau, kot-kot harga banyak murah kan?

Dan untuk pengetahuan semua, jualan ONLINE REVOLUTION ini bermula dari 11 November hingga 14 December 201

Berbalik kepada cerita contest ni tadi. Ada beberapa soalan yang perlu dijawab. Jom kita tengok apakah soalan-soalannya itu.

1) Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Yes of course! barang pertama yang saya beli adalah mixer berjenama Brivelle model BEM800 Silver pada bulan Jun 2016.  Harga sekarang saya tengok di LAZADA ialah RM2899.00 dan sewaktu saya beli dahulu, harganya RM1727.72. Sebelum beli di Lazada ada juga saya survey di kedai BEST DENKI dan beberapa kedai barangan elektrik yang lain. Jenama yang sama. Tetapi harga di LAZADA ketika itu yang paling murah.

Teruslah saya tak fikir panjang dah. Bukak website LAZADA, log in, cari barang dan check out. Dalam tempoh empat hari barang pun sampai melalui G-Dex. Memang barang yang saya dapat tu sangat tip top!

Cuma kalau boleh saya nak bagitau LAZADA, lepas nih guna lah logistic partner selain G-Dex. Bukan apa, ketika penghantaran pertama dilakukan. Saya tiada di rumah dan tidak dapat dihubungi kerana number telefon yang sebenar tidak ditinggalkan di atas resit tersebut. Sudahnya, saya sendiri perlu mencari di internet number telefon pejabat G-Dex Puchong. Akhirnya, kena self pick-up mixer tu  di pejabat G-Dex Puchong.

Kalau staff mereka cukup baik, semak dahulu resit sebelum ditinggalkan di dalam peti surat rumah pelanggan. Sekurang-kurangnya, memudahkan juga kerja kami ni.

b. Which types of products would you prefer buying online? 
Atas beberapa faktor yang saya rase penting ketika ingin membeli barangan melalui atas talian. Maka, saya tetapkan hanya ada beberapa jenis produk yang saya yakin untuk dibeli melalui talian. Antaranya ialah barangan elektrik. Ini kerana, saya rasa harganya agak murah jika dibandingkan di luar. Dan kebiasaannya, sebelum pembelian dibuat. Saya akan pergi survey dahulu barang tersebut di kedai elektrik berhampiran. Lepas tuh compare harga. Gigih kan?

c. What to you love about online shopping? 

Kebanyakan peminat shopping atas talian mesti ada jawapan yang lebih kurang sama macam saya juga kan? Baiklah! jom kita tengok kenapa saya suka shopping atas talian :

1) Tidak perlu bersesak-sesak meredah jammed ataupun lautan manusia, serabut cari parking pulak semata-mata nak beli barang yang kita mahukan. 

2) Pilihan barang yang pelbagai dan adakalanya tiada dijual di kedai-kedai biasa yang kita pergi.

3) Terdapat barangan dari luar negara yang harganya lebih murah jika kita beli di kedai biasa. Contohnya barangan jenama Tefal.

4) Cara membuat bayaran juga sangat mudah.

5) Terdapat customer feedback dan juga rating yang boleh dijadikan rujukan untuk pelanggan yang lain jika mereka berminat juga untuk membeli barang yang sama.

6) Polisi pemulangan barangan yang dibeli jika barangan tersebut ada masalah seperti terkoyak, spare part tak cukup dan rupanya tidak seperti yang tertera di website.  
d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? 

Man!!! this is my favourite question. Kalau ada rezeki saya nak beli barang keperluan dapur. Seperti periuk bersaiz 20cm bersama lid jenama Tefal.Maklumlah, kat rumah ni saya cuma ada 2 periuk yang bersaiz comel. Kalau periuk besar godang tuh ado lah..cumanya, jarang pakai. Takat nak rebus telur 3 biji tuh haruslah cari periuk comel-comel ajer kan. Kadang-kadang dah pakai both periuk.

Masak bubur la, masak gulai la. Nak transfer masuk dalam bekas lain malas sebab periuk sekarang pun guna tefal yang ada penutup khas untuk masuk terus dalam fridge. Memang senang tau hidup. Kalau tak habis, masuk terus dalam fridge, Then, if nak makan..keluarkan balik and reheat. Memang terbaik!

Ini haa...periuk idaman kalbu ku.


Wishlist saya yang seterusnya ialah , dapur gas.
Dapur gas yang saya ada sekarang actually masih boleh digunakan tapi dengan syarat kena guna spark baru boleh menyala. Dulu sebelah ajer kena guna spark. Tapi sekarang ni, macam dah berjangkit pulak dengan yang sebelah. Adoiii...kutahan dulu selagi masih boleh dinyalakan.

Selain dari dapur gas dan periuk tefal tuh. Saya nak beli periuk nasi bersaiz 1.8L jenama Panasonic. Macam yang ini :

Periuk nasi yang ada sekarang ini saiz paling kecil yang boleh masuk 2 cawan beras then, ngam-ngam ajer masak. Anyway, periuk nasi tuh kitaorg beli masa nak duduk France dulu. Menginap dalam sebulan lebih di hotel. Cukuplah kalau untuk makan kami anak-beranak ni.

Masalahnya, bila family members atau ada tetamu nak datang berkunjung. Haritu, kena masak kat periuk nasi satu lagi sebab takut tak cukup. Hihihi..kesian tetamu, lapar nak tambah nasi tak cukup pulak. Sampaikan husband ada cakap..masaklah makanan yang tak payah hidang nasi. Macam mee soto ke, mee kari ker. Cadangannya memang logik cuma tak praktikal untuk mak ngan ayah saya kalau datang nak makan tengahari. Derang jalan jauh kalau tak pekena nasi memang tak sah lah perut tuh yer dak?

Oh ye! saya sengaja beli periuk nasi yang simple macam ni sebab senang nak basuh. Kalau sebelum ni saya pernah ada periuk nasi yang penutup dia attach dengan periuk. Memang nampak cantik dan modern. Tapi nak membersihkan daki-daki lebihan nasi tuh ya ampuun..susah weh. Kena guna cotton bud pulak dah. HAHAH!

okeylah...jom blogger semua kita sertai contest ni. Macam saya cakap awal-awal tadi. The more the merrier!

Berikut adalah kriteria hadiah yang ditawarkan  oleh pihak LAZADA : 

Prizes – More Participants, More Winners!*



Depending on the overall number of participants there will be either 25, 50, 80 or 111 winners: 

1. Less than 200 Participants (25 winners)
1st Prize: 1 x RM300 voucher
2nd Prize: 9 x RM150 vouchers
3rd Prize: 15 x RM100 vouchers

2. More than 200 Participants (50 winners)
1st Prize: 1 x RM500 voucher
2nd Prize: 15 x RM150 vouchers
3rd Prize: 34 x RM100 vouchers

3. More than 350 Participants (80 winners) 
1st Prize: 1 x RM750 voucher
2nd Prize: 35 x RM150 vouchers
3rd Prize: 44 x RM100 vouchers

4. More than 500 Participants (111 winners) 
1st Prize: 1 x RM1,000 voucher
2nd Prize: 50 x RM150 vouchers
3rd Prize: 60 x RM100 vouchers
All the best untuk semua yang ingin mencuba!
That's All and Thank you for reading.

You Might Also Like

3 comments

  1. good luck ye Nany. Moga ada rezeki menang contest lazada

    ReplyDelete
  2. InshaAllah..moga ada rezeki untuk nany menang contest ni ya

    ReplyDelete