Resepi Bubur Chi Chi Cha Cha

By Wednesday, November 29, 2017 , ,

Assalammualaikum Wbt

Hai semua!

Sengaja saya memberi tajuk bubur chi chi dan cha cha. HAHAH! Bukan apa, sebab rase macam comel jer letak nama bubur cha cha macam tuh. Lagi pun, yang suka makannya si Uwais ni ha...tak sangka pulak dia suka. Baru-baru ni dia demam, die minta lagi mama nya buatkan. Tapikan...die tak suka makan yang keledek tuh. Nak yang sagu and cha cha nyer sajer. Walhal..itu lah yang berkhasiat pun.

Tak apela, macam biasa mama nyer la yang makan ubi keledek tuh. Tapi mama memang suka pun. Tu pasal la mama letak. HAHAH!

Sebenarnya, nak masak bubur cha cha ni sonang ajer. Bahan yang korang perlukan sebenarnya, Cha cha, sagu, daun pandan, gula melaka, secubit garam, air dan santan. Ubi keledek tuh tambahan ajer nak bagi colorful dan meriah!

Mula-mula, rebus dulu sagu dan cha cha sampai agak masak. Lepas tuh, toskan air dan lalukan di bawah air yang mengalir. Next, rebus pula ubi keledek yang dah dipotong kiub bersama dengan simpulan daun pandan.Penting tau watak daun pandan ni, kalau tak ...aroma bubur ni tak naik.

Air untuk merebus keledek ni pula tak perlu banyak sangat. Sekadar tutup cover permukaan keledek tuh . Kalau nanti air terkurang, tambahkan sikit yer. Bukan apa, sebab nanti kita nak masukkan santan pula kan. Masukkan gula melaka ke dalam rebusan ubi keledek. Saya gunakan gula nisse yang bersaiz paling besar tuh. Pecah-pecahkan dulu biar senang hancur lebur. Hehehe..

Next, bila dah keledek tuh dan empuk. Masukkan pula cha cha dan sagu ke dalam periuk yang berisi keledek tadi. Kacau-kacau sebentar. Lepas tuh masukkan secubit garam. Secubit ajer tau! tujuannya nak bagi lemak. Haaa! tak cukup dah ke lelemak santan and yang kat badan tuh oi? hahah...terpulang lah yer..kalau tak mo letak pun takper.

Tengok lah,kalau pekat sangat korang tambah lah air sket. Kalau tercair..tak dapek den nak nolong eh! bhahah!

OK..ni ada dua version bubur chi chi dan cha cha. Satu guna keledek oren dan satu lagi baru buat semalam...keledek purple. Sedap!! hujan-hujan makan bubur  macam ni best kan? nikmat...slurppp!!


Sekian, selamat mencuba semua!


You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnya bubur cha cha nak pulak campur keledek lagi mabelles lah..ehh hujan2 sedap makan nih

    ReplyDelete
  2. tk pernah buat bubur cha cha..mkn tau hehe...bubur jagung pernh wat

    ReplyDelete