Resepi Pancake Yang Gebu & Sedap ~~

By Monday, November 06, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua~~~

Sebagai seorang mak yang agak particular memikirkan breakfast anak-anak setiap pagi. Memang diakui kadang-kadang saya macam buntu nak masak apa. Ini antara menu sarapan dan bekalan yang selalu saya buat dan diulang-ulang.

Ada masa memang dalam seminggu persekolahan anak-anak, saya akan buat 2-3 kali menu yang sama sebab anak-anak suka.

1) Crepe Malaysia aka lempeng
2) Bihun Goreng - boleh bertukar jadi bihun goreng tomyam, Singapore, kicap dan yang biasa tu la
3) Mee Goreng
4) Nasi Goreng - ini pun sama. Bertukar kaler dan perisa. Hihihi!
5) Cekodok pisang
6) Cekodok bilis
7) French toast - Ada dua version. Manis dan Masin. Kadang ada hari buat masin dan ada hari buat
 yang manis.
8) Bubur nasi ayam
9) Sandwich
10) Chicken wrap
11) Karipap - segera
12) Donut - segera
13) Roti Canai - segera brand KAWANKU lepas tuh cicah susu pekat manis or kalau rajin I buat kari ayam.
14) Cereal - Yeayyy!!! paling senang hidup mak dan anak-anak :)

Satu kejayaan bila hari ini dapat keluarkan  produk sarapan baru dari dapur. HAHAHAH!

Rupa-rupanya, bila buat pancake ni tak sangka rasanya lebih kurang sama macam yang instant tuh tau!

Alhamdulillah...anak-anak suka makan pancake mama derang buat ni. Nanti kawan-kawan boleh lah cuba. Pelbagaikan menu makan anak-anak tuh.

My first homemade pancake. Maafkan rupanya yang tidak sekata dari segi ketebalan dan kelebaran. Bestnya kalau ada acuan crepe yang kalau sekali masak tuh boleh buat 6 sekaligus! Heheh~

Okeylah..tanpa melengahkan masa lagi, meh nak share bahan-bahan dan cara membuatnya sekali.

Bahan-Bahan A :

3/4 cawan susu segar
2 sudu besar white vinegar. Kalau tade boleh guna cuka biasa.
1 biji telur - saya guna gred A. Saiz paling besar.
2 sb butter - dicairkan
1 sk vanilla esen

Bahan-Bahan B :

1 cawan tepung
1 sk baking powder
1/4 sk soda bicarbonat
2 sudu besar gula

Cara-cara :

Campurkan susu segar dan white vinegar. Biarkan seketika. Sementara itu, kita sediakan semua bahan kering. Masukkan ajer semua dalam satu bekas yer kawan-kawan.

Lepas tuh, pecahkan telur ke dalam campuran susu  + white vinegar tadi. Kacau rata dengan whisker sahaja. Lepas tuh, satukan semua bahan-bahan B tadi ke dalam bancuhan bahan A. Make sure korang kacau sampai sebati tau until no lumps formed.

Panaskan non stick pan. Saya letak juga dalam 3 titik minyak sebab risau tak tau cane hasil kejadiannya nanti. Al maklumlah first time try buat bancuhan sendri pancake ni.

Tuangkan satu senduk besar then biarkan ajer die merebakkan dirinya sendiri. Nanti elok ajer die stop dan berbentuk bulat. Oh yer...make sure api kecik ajer tau. Yang macam nak malap tuh ha..kalau tak cepat nau hangit.

Satu perasaan yang seronok bila dapat tengok bubble-bubble pancake tuh. Macam nak buat apam balik jer iyer juga. Hehe...Bila dah jadi macam ni, bolehlah diterbalik kan pulak. Lepas tuh..kira 10 saat dah boleh angkat. Fluffy juga kat dalam nya!

Nyumss!!! tak leh tahan. Terus cubit sket and masuk mulut. Nyummss! memang lembut dan rase manis die just nice ajer. Nak makan macam tu ajer pun dah OK la for me.

 Hannah makan dengan nutella
Ya ampunn...abang! ngeri mama nengok. HAHAH! Bila tau orang nak amik gambar die. Ni lah die posing. Anyway, abang makan dengan susu pekat manis.
Si adik yang selalu setiap pagi akan memastikan rambut nya tersisir rapi ok.... manis jer senyuman ko kan dik? Bila diingat balik..derang masa kecik dulu waktu yang mama paling tak suka dan mencabar adalah di awal pagi. Waktu bergegas nak pegi keja dan nak handle anak-anak ni semua. Fuhh...memang salute lah dengan mommies yang takde maid dan pembantu. Segala-galanya diuruskan bersama-sama dengan pasangan masing-masing. Barulah romantik kan?

Alhamdulillah..sekarang ni, kurang sket lah rase stress di waktu pagi macam ni. Mama dah tak payah nak cepat2 kalut lintang pukang ape ntah nak keluar rumah. Sebab nak avoid jam punya pasal. Bhahaha!

Anak-anak pun happy dan ceria. Terjaga makan dan minum. InshaALLAH...saya doakan ibu-ibu di luar sana diberi kemudahan dalam menghadapi urusan seharian.

That's All and Thank you for reading.

p/s : Kalau dah cuba pancake tuh nanti, jangan lupa share tau! Heheh..





You Might Also Like

9 comments

  1. amboi reaksi abg tu hehe...anak2 suka mkn okla...kt umh ni xmkn sgt

    ReplyDelete
  2. Amboi abang sedap sgt lah tu dpt makan dgn susu pekat. Boleh cuba ni kak. Selalu dok beli je dkt mcD tu haaa.

    ReplyDelete
  3. hihi. rupa belakang kira. yang penting rasa tu sodap. tqq resepi kak nany. nanti nak try gak ah. :D

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa! Nani selalu guna tepung yang ready made tu je. Hahah. Lepas ni boleh try guna resepi akak ni pulak.

    ReplyDelete
  5. Nyummm..nmpk sedap je ank² mkn tu

    ReplyDelete
  6. thanks sebab share resipi ni. ni makanan favourite saya dan anak tapi saya selalu fail buat ni. huhu

    ReplyDelete
  7. Pernah jugak buat tapi tak pernah buh vineger tu. Tak payah tunggu naik ke Nany?
    Amboi.... kalau cenggitu punya rupa bebudak mmg puas sungguh tu hihi

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.