D.I.Y Princess Leia Costume ( ROBE )

By Friday, December 01, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Kali ini saya sungguh teruja nak berkongsi pengalaman membuat sendiri baju costume Princess Leia, salah satu watak dalam cerita Starwars.

Tapikan, saya sendiri belum pernah layan mana-mana cerita Starwars pun. HAHAH! baru semalam nak layan tapi lama nyer lahai. Mak ni macam2 keje nak buat. Last2, tengok 30 minit ajer pun. Husband lah tukang melayan kami. Katanye ada banyak episode. Pelakon Princess Leia tuh pun dah mati katanya. Yang baru tuh..Queen Amidala. Huk huk huk!

Btw, senang ajer nak buat costume Princess Leia ni. Selain mudah, ianya juga tak perlukan banyak bahan pun and semua bahan tuh harga nya pun tak mahal. ( kena rajin survey and menyopping )  So, inilah hasil akhir saya berfantasi dan menjahit.

Incomplete item : white shoes and personal weapon :)
Basically, you need all these items :

1) Kain warna putih - I used lycra since I malas nak jahit tepi or do the hemming part. After all, it's only a costume and for a kid!

2) Cekak kosong warna hitam or brown. Kitaorg guna hitam sebab kat kedai tu..tu jer warna yang ada and disebabkan nak buat hair bun tuh kena guna yarn. Yarn pulak yg ada pun hitam. Brown tak cukup untuk dibuat hair bun. I malas nak beli yang lain. Konsepnya, habiskan ape yang ada dalam stok dulu.

3) Black / brown yarn - For hair bun

4) Vinyl material - Ini untuk buat  belt

5) Benang yang bersesuaian dengan warna kain

6) Felt - black or brown. Sket jer untuk lekatkan hair bun dengan cekak

7) UHU glue

8) Sewing machine

9 ) Scissors

10 ) Model - of course paling penting untuk tahu saiz kan?

Kita  start dengan robe dulu lah yer. Sebab if semua letak kat sini takut korang pening pula. Orait, kain saya beli di NAGOYA AEON BIG, Subang Jaya. Atas sket dari Subang Parade. I used to go to KAMDAR, IOI Mall Puchong since itu yang paling dekat dengan rumah. Tapi, situ dah tutup pula.

Dah try pergi SPOTLIGHT yang kekonon nak guna kain fleece. Lepas tuh fikir balik..ko ingat skrang ko kat Jepun ke or perasan kat Europe negara 4 musim. Kah kah kah! tak pasal2 kang anak ko berpeluh sakan pakai kain fleece. Then, tengok kain knit...ok..mahai tak masuk akai sebab semeter pun dah almost RM30!  Kain nak guna banyak ni...and pakaipun sekejap ajer. Terus cancel nak beli kat SPOTLIGHT.

Kat Nagoya, beli kain LYCRA terus. Saya belil 2 meter and kebetulan masa tengok kat gulungan die tuh..banyak tuh jer yang tinggai. Zass terus beli. Semeter dalam RM11.80 tapi ada 10% diskaun time tuh. Ada lagi yang murah, tapi mak malas nak fikir bab hemming or kekemasan..sakit juga mata bila tengok all the bulus from kain terkeluar. HAHAH!

Thanks to pinterest!
Saya guna macam kaedah dalam gambar kat atas tuh. Senang dan tak banyak songeh pun. Suka hati makcik ni!

Guna jubah anak korang yang ada. Lepastuh jubah kena lipat dua and letak atas kain putih yang dah dilipat 4. Kalau korang confuse, rujuk kat teknik bergambar kat atas tuh and guna dulu kertas A4. Lipat ikut arahan. Tengok, jadi ke tidak. Kalau tak jadi...check mana yang salah. Oh yer..make sure jubah tuh diletakkan di atas sebelah yang berlipat tau. FOLD area.

Kalau perasan, jubah Hannah tuh labuh dari kain putih tuh. Means, kain putih saya tuh lebar die tak cukup untuk labuh. Tapi takper, tak banyak beza sangat pun. Nanti suruh Hannah pakai stokin warna putih ajer. Selesai masalah.

Gunting ikut keliling jubah tuh. Kalau nak lebar sket pun boleh. Pandai2 adjust ok?. Bab leher tuh, saya tersilap potong. Patutnya, kena lagi kecik tau! ini bila buka..boleh tahan lebarnya ..nak smpi ke bahu pulak tengok. Lupa juga, ini kan kain lycra..jadi die sangat stretchy yer. Takper, nanti kita alter!

Bila bukak lipatan tuh..jadilah seperti gambar di atas! Hehehe...lepastuh, test kat anak. Sarungkan ajer.
Taraaaa!!! sket ajer nak siap. Tinggai bahagian hood and lepastuh jahit semua lengan dan sisi badan jubah  tuh.

 Amik dua kain yang tak payah ada lipatan pun. Cuma letak on top of each other. Korang lukis bentuk macam kat atas tuh. Sorry, saya tak amik size pun..semua agak2 ajer. Malas nak precise sangat. Then, jahit straight ajer kat bahagian tepi sebelah kanan yang lurus tuh. Bila bukak, jadilah macam hasil di bawah ni :
And part mencabar sket bila nak attach the hood  together with the robe. Sabar sket yer..ini kena buat kedut2 manual. Guna jarum peniti jer memula lepas tuh tekan ajer kat mesin jahit.
Testing one two three!!! dah pun siap! Oh yer..part leher tuh, saya letak getah untuk kecikkan. Alhamdulillah..jadipun!

And finally...back view!

Untuk beginner..memerlukan satu hari kot kalau nak siap. Depends lah kalau korang tak banyak iklan masa buat tuh. HAHAH! for me, I took few hourse to complete it. Except part leher tuh...bersambung buat hari lain sebab cari idea nak kecikkan camane. Termasuklah kekonon nak buat macam collar tuh. Bila sambung tak jadi, then kena bukak balik jahitan. Huhuhu..

Orait, Selamat mencuba semua!

May The Force Be With You!!!


You Might Also Like

3 comments

  1. Comel. Cantik hasilnya :) memula ingat akak beli

    ReplyDelete
  2. Cantik jadinya Nanny .... Cantik dan masuk kat badan anak tu. Pandai jahit awak rupanya ye. Hakak jahit lurus untuk baju kelawo koyak bolehlah hihi....

    ReplyDelete