HappyCamp Aktiviti Edutaiment Untuk Kanak-Kanak oleh Chichi & Chacha
Assalammualaikum w.b.t
Hai Semua!
Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti
sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon
pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain
permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal.
Atas sebab inilah,
Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk
menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4
hingga 8 tahun.
#CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka.
Aktiviti kedua adalah aktiviti makanan sihat atau ‘Kids Kitchen’ di mana kanak-kanak akan belajar menghasilkan sendiri makanan ringan yang berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menjalankan ‘Science Exploration’ yang akan mengajar mereka tentang pemerhatian dan penaakulan.
#CCHappyCamp yang terdekat akan diadakan pada 11 hingga 15
Disember 2017 di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana. Yuran penyertaan #CCHappyCamp
adalah sebanyak RM80. Pendaftaran telah dibuka dan jika anda menjadi 20 orang
pertama yang mendaftar, anda akan mendapat harga istimewa.
Anda boleh mendaftar di bit.ly/HappyCamp-Form. Untuk maklumat lanjut mengenai #CCHappyCamp, boleh layari Facebook dan Instagram rasmi #ChichidanChacha.
Jadi, apa tunggu lagi..jom daftarkan anak-anak ke ChicChi & ChaCha Happy Time!
That's All and Thank You for Reading
3 comments
mcm2 aktiviti utk ank2 sempena cuti sekolah
ReplyDeleteAnak anak Nanny sesuailah kan.....elok jugak dpd mereka tak buat apa tu
ReplyDeleteseronok anak2 kalau join aktiviti ni
ReplyDelete