HappyCamp Aktiviti Edutaiment Untuk Kanak-Kanak oleh Chichi & Chacha

By Monday, December 04, 2017 , , ,



Assalammualaikum w.b.t

Hai Semua!
 
Mencari aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak semasa cuti sekolah kini semakin mencabar. Dengan kewujudan teknologi seperti telefon pintar dan tablet, kini kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan atas talian berbanding melakukan aktiviti fizikal.

Atas sebab inilah, Chichi & Chacha mahu mengajak kanak-kanak dan ibu-bapa yang prihatin untuk menyertai #CCHappyCamp yang dianjurkan khas untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 8 tahun.


 
Kalau korang semua nak tahu, Chichi & Chacha adalah rancangan edutainment kanak-kanak yang memfokuskan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Chichi & Chacha yang diilhamkan oleh E2L Sdn Bhd, mahu kanak-kanak mengenali potensi diri mereka.

#CCHappyCamp mempunyai tiga aktiviti menarik yang dapat membantu dan meningkat kebolehan kanak-kanak. Aktiviti pertama yang akan diadakan di #CCHappyCamp adalah seni dan kraf yang dikenali sebagai ‘Jr. Art’ yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka.

Aktiviti kedua adalah aktiviti makanan sihat atau ‘Kids Kitchen’ di mana kanak-kanak akan belajar menghasilkan sendiri makanan ringan yang berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk menjalankan ‘Science Exploration’ yang akan mengajar mereka tentang pemerhatian dan penaakulan.

 
#CCHappyCamp yang terdekat akan diadakan pada 11 hingga 15 Disember 2017 di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana. Yuran penyertaan #CCHappyCamp adalah sebanyak RM80. Pendaftaran telah dibuka dan jika anda menjadi 20 orang pertama yang mendaftar, anda akan mendapat harga istimewa.


Anda boleh mendaftar di bit.ly/HappyCamp-Form. Untuk maklumat lanjut mengenai #CCHappyCamp, boleh layari Facebook dan Instagram  rasmi #ChichidanChacha.

Jadi, apa tunggu lagi..jom daftarkan anak-anak ke ChicChi & ChaCha Happy Time!

That's All and Thank You for Reading

You Might Also Like

3 comments

  1. mcm2 aktiviti utk ank2 sempena cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. Anak anak Nanny sesuailah kan.....elok jugak dpd mereka tak buat apa tu

    ReplyDelete
  3. seronok anak2 kalau join aktiviti ni

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.