Jom Buat Muffin Pandan Yang Sedap & Mudah!

By Friday, December 22, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai Semua!

Memandangkan masih lagi bercuti sekolah, jomlah kita berjalan ke rumah Puan Atirah. Kawan baik masa kat sekolah MRSM BP dulu. Haruslah datang bersama anak-anak yer dak?

Kali ini, ziarah bukan sekadar ziarah tau! kami buat projek masak muffin pandan. Senang betul resepi yang Atirah jumpa kat internet ni. Lepas tuh, saya rasa macam..awatlah senang sangat and cepat jer buatnya. Kalau kat rumah sendiri ..punyalah rasa macam satu usaha yang sangat gigih untuk membuat sebarang kek dan yang sewaktu dengannya. 

Lepas tuh baru teringat..yerla, buat kat rumah orang kan. Banyak tugas yang dah di skip. Antaranya. tak yah fikir nak beli bahan-bahan. Lepas tuh tools untuk bakery pun dah disediakan. Macam ko tengok cerita masak-masak kat TV tuh ha. Cuma kitaorg masak ngan budak-budak and tak pakai make up jer. HAHAH! kalau tak, boleh lawan Nigella dah kot! Perasan sangat kan.

Resepi ni pun dapat dari sini : http://irmadilondon.blogspot.my/2009/06/resepi-muffin-pandan.html 

Terima kasih daun keladi untuk si empunya blog ini. Memang menjadi kami punya muffin. Cuma topping tuh kami letak gula melaka dan coconut flakes. Dan rasanya macam terkurang sket gula melaka tuh sebab muffin ni tak manis pun. Sebab tuh kami toppingkan dengan gula melaka. Biasalah, first timer kan..mesti ada yang kena improve. 


Bahan-bahan :

200gm tepung gandum - kami guna yang tepung gandum halus. Means tak perlu nak ayak dah.
1 1/2 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung - kami guna minyak masak biasa ajer2 biji telur*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence

 Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.

3. Dalam bekas yang lain, satukan bahan-bahan basah dan kacau rata. Kemudian, baru campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur.
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.

5. Bakar selama 20minit.


Kakak Hannah dan tugasan - Mencampur bahan-bahan kering
The boys - Tugasan mencampur bahan-bahan basah
Seronok lah kan anak-anak semua bila dapat campur tangan memasak bersama. Kacau itu , kacau ini. Lepas tuh sambung main. Hahah! namapun budak-budak. Fitrahnya begitu kan? Layankan ajer laaaa..

Kakak was helping grated the sugar palm. Excited betul dia!
Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Lepas tuh, korang kacau-kacau guna whisk sajer. Macam teknik kaup balik gituh. 

Last sekali sebelum masuk ke dalam oven. Guna ice cream scoop untuk masukkan ke dalam paperlines. Isikan separuh dari size paperlines tuh. Ngam-ngam dia naik. Maybe kami pun guna paperlines  saiz yang paling kecik kot. 

Lepastuh, taburkan grated gula melaka dan coconut flakes kat atas muffin tadi. Actually, bahan topping boleh ikut sesuka hati masing-masing.


Ready to go inside the oven
Cantik jer kan muffin ni naik? Semua tak sabar nak ngap. Dok tunggu menatap depan pintu oven ajer semua.
After 20 minutes inside the oven. Ting! Sedap sungguh rasanya. Korang pun kena cuba tau sebab senang dan mudah nak buat.
That's All and Thank you for reading!

p/s : Thanks again Atirah for having us. Lots of LOVE~~

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya.. Lama xbuat muffin tp slalu bli tepung muffin yg dh siap, tgal bancuh je.. Kita buat blueberry muffins and chocolate chip muffins

    ReplyDelete
  2. Tq for coming 😊. Next time boleh kita baking yg lain pulak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa! Nanti nak try jugaklah buat. Heheh :)

    ReplyDelete