Menariknya Star Wars School Camp Bersama Bricks For Kidz

By Tuesday, December 12, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Musim cuti sekolah ni kita as a parents kadang pening juga memikirkan aktiviti yang sesuai untuk anak-anak. Adalah satu keserabutan juga bila tengok anak-anak asyik menghadap TV ataupun laptop di rumah. Buat jugaklah aktiviti dengan derang, tapinya tak dapat buat lama pun and tak dapat nak fokus sangat sebab kita pun ada kerja lain yang nak dibuat.

Jadi, semalam saya hantar ketiga-tiga mereka ke School Camp anjuran Bricks For Kidz, Bandar Kinrara. Tak jauh pun dari rumah, dalam 5 minit macam tuh dah sampai. Actually, ini pertama kali anak-anak saya join school camp mereka. Tema kali ini adalah 'Star Wars'.

Dan dengan itu, Bricks For Kidz menggalakkan anak-anak memakai costume Star Wars dan akan ada hadiah untuk best dress costume!

Alhamdulillah..costume yang mama derang buat semua dapat hadiah. Uwais - Darth Varder dapat number 3, Umair - Master Jedi dapat number 2 and kakak - Princess Leia dapat sagu hati. Hadiah-hadiah nya pun menarik. Adik dan abang dapat pencil case Star Wars , kakak pulak dapat set lego kecil Star Wars. Okeylah kan? mama saja nak bagi anak-anak happy dan masuk this kind of activity.

Topeng tuh sangat last minute. Esok nak pakai, malam tuh baru buat. Sebenarnya saya dah order online dari SHOPEE tapi masih belum sampai-sampai lagi. Jadi , google ajer "Darth Varder" mask for coloring. Lepas tuh print and warnakan dengan water color. Siap!
Hereby is my Master Jedi. Nasib ada tracksuit yang masuk dengan warna tema. HAHAH! Tracksuit pun jadi lah asalkan yang penting selesa. Nak pegi toilet pun senang.
Yang paling senang nak buat tapi banyak accessories. Hairbun and the belt. Ada yang nak sewa ke? PM tepi lah yer. Hehe..
Program start pukul 9:00am - 9:15am. Sampai-sampi terus dapat badge and sticker yang ada tulis nama sekali. Tiga beradik ni satu kumpulan...tu memang daku yang request

Personally, saya suka environment dalam Bricks For Kidz ni. Sangat kemas, bersih dan ceria! Owner dia pun baik. Sampai dia yang tanya saya..." she wants to pray?" fuhh....macam tau-tau jer planned saya  nak minta bawa balik anak-anak untuk solat zuhur kat rumah masa lunch break tuh. Tapi dia dah tanya awal-awal. Leganya dengar.

Terus die tunjukkan bilik solat tuh dengan sejadah sekali. Ya Allah..serius saya terharu. Owner ni bukan muslim. Tapi cara dia layan customer tuh memang tip top. Barulah Satu Malaysia. Tak habis-habis saya cakap "thanks so much Cheryl!". Hannah pun pakai dah dress yang memang Syariah Compliance. So, saya pesan..amik wudhu jer then nanti pakai socks and terus solat.

Aktiviti sepanjang hari semalam bukan setakat buat binaan menggunakan lego sahaja. Tapi ada banyak lagi yang menarik. Antaranya "shooting nerf gun games "



 JEDI TRAINING Session pun ade tau! Tapi die ubah bagi nampak sesuai dan praktikal dengan budak-budak. Contohnya :

i) A JEDI MUST FOCUS : Egg and spoon race
ii) A JEDI MUST BE AGILE : Obstacle course
iii) A JEDI MUST FIGHT WELL : Lightsaber lessons
iv) A JEDI MUST PLAY FAIR : Pass-the-parcel
v) JEDI WARS : Water balloons

Using their focusing ability while the ping pong ball being transferred using a spoon



Ni rasenya..light saber training. Aim and shoot the balloons! Tergelak tengok Uwais sebab die kan kecik tak sampai. Lompat pun tak sampai jugak. Ended up, kena dukung dengan teacher. HAHAH! Topeng tuh memang cover habis muka derang.

Video pertama : Percubaan gigih Uwais dengan sorakan dari pom pom boys and girls
Video kedua : Dan akhirnya beliau berjaya. Yokatta~~~ Yahooo~~~
Video ketiga : Kakak dengan selamba dan lemah gemalai dengan mudah menghunuskan pedang nya pada balon yang ada . Hehehe...

Sesi art and craft pun budak-budak ni enjoy sangat buat. Mereka reka sendiri keychain dan lepas tuh bawa balik. Sorang dapat tiga keychain.
My handsome Jedi !
Hasil kreativiti students
Ni kakak buat.Suka lah dia dapat draw and coloring
Untuk hasil binaan lego pula, sesi pagi ialah bertemakan "Rebel Fighter"



Dan sebelah petang pula, Dark Side Fighter. Menariknya, siap binaan dapat bergerak dengan bantuan motor sebagai enjin penggerak.

 Begitu fokus sekali Jedi ni nak buat lego dia.

Hannah cakap susah juga nak buat. Asyik-asyik patah ajer katanye.Hehe..tapi akhirnya dengan bantuan teacher, berjaya juga dia buat.
Untuk Uwais yang lima tahun, tader motor nak gerakkan lego die tuh. Tapi dia boleh sangkut kat tali tuh ha then, gerakkan kat situ. Kalau jatuh...habis berkecai! HAHAHA.

Last sekali, sebelum pulang. Semua peserta dapat sijil penyertaan dari Bricks For Kidz.
Sebagai seorang ibu, saya cukup gembira bila dapat tengok anak-anak saya boleh bercampur dengan kanak-kanak lain tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan bangsa. Ada hikmah kenapa ALLAH S.W.T jadikan manusia ini pelbagai bangsa dan kelompok . Belajar sesuatu yang baik dari mereka. Dengan mengenal budaya dan cara hidup, kita mampu untuk belajar hormat menghormati antara satu sama lain. Kita kan SATU MALAYSIA!
Well done anak-anak ! Mama was so proud with all of you. InshaALLAH..panjang umur dan murah reseki nanti kita join lagi yer.
That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. siap dpt adiah utk costume...tahniah utk ank2 nany...mcm2 aktiviti cuti sekolah

    ReplyDelete
  2. seronok lah camp macam ni ye..
    zaman akak melayan anak2 cam ni dah berlalu dah. rindu gak..

    ReplyDelete
  3. Memang menarik. takdalah budak-budak bosan kan time cuti sekolah + ada aktiviti berfaedah boleh dibuat :)

    ReplyDelete