Resepi Kuah Laksa Ekspress Menggunakan Sardin Dalam Tin!

By Monday, December 25, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Sebenarnya dah banyak kali juga saya mencuba kuah laksa menggunakan ikan sardin dalam tin ni. Seriously, rasa die pun boleh tahan sedap tau.

Lagi satu, paling best bila tak payah nak 'kerjakan' sangat ikan-ikan yang nak direbus . Sinsing lengan baju - lepastuh kena buang tulang lepastuh blend kepala ikan and tulang tadi lepas tuh tapis and finally baru boleh masak bebetul kuah laksa tuh. Fuhhh!

Kalau guna ikan sardin dalam tin ni..dalam sejam, InshaALLAH boleh disiapkan yer uols! Bolehlah kalau nak jamu tetamu datang or korang buat untuk sendiri makan. Heheh

Bahan-bahan nya seperti berikut :

1) 1 sardin tin kecil - Untuk family kecik makan ( 2 dewasa, 3 kanak-kanak )

2) 1 biji bawang besar ( warna merah tuh )

3) 10 tangkai atau nak lebih pun boleh cili kering yang dah direbus

4) Sejemput ajer ikan bilis

5) Sedikit belacan

6) Nanas kiub dalam tin. Kalau tin tuh besar, guna separuh jer

7) Asam keping

8) Daun kesum

9) Sebatang bunga kantan

10 ) Garam

Cara-cara memasak :

Step pertama kena blend dulu bawang, cili kering, ikan bilis dan belacan. Tuangkan dalam periuk. Step kedua, blend pula ikan sardin. Oh yer! letak jer sekali dengan air dalam tuh. Kalau susah nak kisar, letak sket air.  Then, tuang dalam periuk  yang sama. Step ketiga, blend isi nanas dengan sedikit jus dalam tin dia. 

Step keempat, hidupkan api dapur lepas tuh masak semua. Kacau-kacau dan letakkan sedikit garam. Bubuh juga asam keping, daun kesum dan bunga kantan. 

Dalam masa yang sama, rebus telur, rebus laksa. Siapkan bahan-bahan hiasan seperti hirisan timun, bawang dan cili. 

Bila kuah laksa dah mendidih, korang boleh rasa dulu. Sedap ke tidak. Cukup rasa ke tidak. Kalau kurang masin, bubuh la lagi garam. Saya tak bubuh gula sebab air jus dari nanas tuh dah manis dah. Cukuplah kan. Laksa ni kena ada rasa masam juga. Masin pun penting sebab takut nanti kalau makan dengan laksa tawar pulak. Ikut lidah dan tekak masing-masing lah yer. 

No more nak bersihkan ikan, rebus ikan, buang tulang. So easy!!!!
Close up!!!!


Dah siap!!! itadakimasu! joms kita membongkok! hahahah~~~

That's All and Thank You for reading!




You Might Also Like

5 comments

  1. Wah senangnya... bolehla nak try nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. kak Nanny memang pandai masak :)

    ReplyDelete
  3. Tak terpikir boleh guna sardin dalam tin kak. Kalau tak memang kena bersilat dgn ikan kat dapur. Berjam juga. Huhu.

    kuah tu nampak pekat juga. Confirm sedap tu. Nak cuba lah nanti resepi ni.

    ReplyDelete