Resepi Donut Gebu Gebas

By Thursday, January 11, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua~

Hujung minggu lalu saya buat stok donut frozen . Bukan apa, senang nanti kalau anak-anak lapar boleh terus goreng donut tuh. Dulu, saya beli jer donut frozen ni kat sorang kawan saya tuh. Donut frozen dia memang sangat sedap. Makan kosong tak yah topping pape pun dah sedap. Tapi lately, selalu dah habis and kena restock. Lambat pula nak tunggu.

Senang cerita, kita buat ajerlah sendiri. Lebih murah dan dapat banyak juga tau! Untuk sukatan sebanyak 500 gram tepung ni, mampu menghasilkan sebanyak 50 biji donut yang comel-comel. Hehehe..

Topping coklat pula saya gunakan resepi ketika saya pernah menuntut dengan Chef Asma dahulu. Kaedahnya menggunakan coklat masakan yang dimasak bersama dengan butter dan whipping cream. Teknik masakannya pula menggunakan kaedah double boil.

Resepi original donut ini  adalah dari Aziekitchen.Teruja melihat hasil donut dari SalwaSaleh. Terus beli bahan-bahan dan execute the operation. Cuma kaedahnya ada sedikit sahaja kelainan. Saya mengasingkan marjerin dan shortening dari bercampur dengan bancuhan air yis.

Resepi donut gebu gebas-

Bahan-bahan :

500 gram tepung berprotein tinggi - Saya campur 300gram tepung high protein dan 200gram tepung gandum

1 peket yis segera (11 gram )

50 gram marjerin/mentega

1 sb penuh shortening

2 sb penuh gula pasir

2 sb penuh susu pekat / tepung susu - saya letak both

1 biji telur - saya letak kuning telur sahaja

190 - 200 ml air suam-suam kuku ( bergantung kepada kualiti tepung)

Topping kegemaran

Cara-cara :

Dalam bekas yang besar masukkan air suam, yis, gula, susu pekat manis/ susu tepung. Kacau campuran bahan tersebut dan biar sehingga ia nampak berbuih-buih.

Kemudian, dalam bekas yang berisi tepung. Masukkan marjerin dan shortening. Pecahkan juga telur. Masukkan bancuhan air yis tadi sedikit demi sedikit. Gaul-gaul dengan menggunakan tangan. Teruskan menggaul sambil air yis tadi dituang.Air yis tidak perlu dihabiskan semua jika kelihatan bancuhan sudah membentuk doh yang tidak melekat di tangan.

Uli adunan dalam 5 minit. Apa yang menarik , doh ini tidak perlu direhatkan. Kalau nak rehatkan juga cuma dalam 5-10 minit sahaja pun dah cukup.

Lepas tuh saya buat bentuk bulat-bulat macam bola pingpong. Dah siap semua, ambil acuan donut kemudian tekapkan.

Panaskan minyak untuk menggoreng. Jangan lupa gunakan api yang sederhana sahaja. Kalau nak buat frozen goreng sekejap sahaja sekadar untuk mematikan yis. Lepas tuh angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.



 Thats's All and Thank you for reading!





You Might Also Like

7 comments

  1. memang nampak gebu, nak cubalah nanti :)

    ReplyDelete
  2. tk pernh buat donut tp pernh tgk mak buat la..kita tlg2 je

    ReplyDelete
  3. alaai sedapnya.. gebu gebas letak pula topping coklat mmg yummy sgt

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa kak Nany. Haritu try buat tapi tak menjadi sangat. Boleh try guna resepi akak pulak lepas ni. Heheh

    ReplyDelete
  5. Salam owner blog Nany Fadhly. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Nany Fadhly kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  6. wow rajinnyer kau nany... memang baguih buat sendirikan... mesti anak2pun happy...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.