Resepi Homemade Chicken Meatball Yang Sedap!

By Sunday, January 07, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Sesiapa yang pernah makan di Chicken Rice Shop mesti pernah nampak menu chicken meatball soup. Kalau Hannah, dia memang suka sangat makanan yang berunsurkan sup-sup ni. Pernah juga kalau ke sana, order chicken meat ball ni.

Sedap memang sedap, tapi kita boleh rasa dia punya MSG dan kemasinan dia yang melampau. Huhuhu..sesekali okeylah kan. Tak baik kalau makan selalu. Ada kesan di masa hadapan.

Memandangkan food processor yang dibeli melalui LAZADA tempoh hari sudah pun sampai. Jadi, marilah kita meneruskan project dengan food processor ni ya. Harap-harap, semangat yang ada ni berkekalan sampai bila-bila. Kalau badan kita sihat, InshaALLAH..nak buat apa pun semua dalam good mood kan?

Bahan-Bahan :

Beberapa keping dada ayam yang dah dibuang kulit
Bawang putih - bergantung kepada kuantiti dada ayam yang digunakan
Garam
Tepung

Cara-cara :

Potong kiub dahulu dada ayam tersebut. Kemudian masukkan ke dalam food processor. Masukkan juga garam dan bawang putih. Tekan butang 'on'. Kisar sehingga daging ayam dan bawang putih hancur.


Kemudian, campurkan tepung gandum ke dalam ayam yang sudah dikisarkan tadi. Jangan banyak sangat tau tepung gandum ni. Kena agak-agak. Letak dulu dalam 2-3 sudu besar.  Kemudian bentukkan bulat-bulat macam bentuk fishball tuh. Kalau melekat kat tapak tangan, sapu minyak pada tapak tangan.

Lepas tuh, dalam periuk lain. Tumis hirisan bawang putih dan merah. Kalau dah naik bau, bolehlah masukkan air ke dalam periuk tadi. Tunggu sampai menggelegak dan kemudian masukkan bebola ayam tadi. Perasakan kuah sup dengan sedikit garam. Secukup rasa lah yer.

Bila dah masak, boleh lah dihidangkan dengan hirisan daun bawang / sup dan bawang goreng.


 Nah! akak belanja close up Chicken Meatball Soup untuk semua~

Sedap dimakan dengan nasi ayam. Nasi putih pun anak-anak layan juga.

Selamat mencuba semua.

That's All and Thank you for reading.


You Might Also Like

5 comments

  1. Wah homemade chicken meatball.. Sdap tu

    ReplyDelete
  2. Selesai baca ni saya rasa saya boleh buat ikut resepi ni. Nampak macam mudah. tapi kalau bejaya buat siapalah nak makan masakan saya.

    Nampaknya tak jadi nak buat. Sebabnya periuk pun dah berkarat kat umah ni.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa..buat sendiri je. hihi. kak Nanny memang berbakat memasak. :)

    ReplyDelete
  4. berderet resipi dia yer... mak oooooi rajinnyer gambarpun cantik2 belaka ... meatball buat sendiri memang lebih enak ...

    ReplyDelete