Resepi Kek Pisang Guna Blender Yang Sangat Sedap!

By Wednesday, January 24, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua.


Antara kek yang paling senang dan paling penting rasenya sedap. InshaALLAH. Saya suka buat kek-kek yang simple macam ni. Tak perlukan banyak bahan dan nak buat buat less than 1 hour kalau tak termasuk proses nak bakar dalam oven.

Sengaja saya beli pisang emas dua sikat sebab anak-anak sukakan cekodok pisang juga. Tapi sampai sekarang baru laku sesikat ajer. Harapnya esok sempat lah kot settelkan pisang-pisang tuh. Lama sangat nanti dia bertukar warna , rupa dan rasa. Haa...korang pun tau kan camane rupa pisang kalau dibiar lama-lama.

Okey jom kita tengok dahulu bahan-bahan kek pisang sedap ni.

Bahan Kering :

2 cawan tepung gandum
1 tsb soda bikarbonat
1 tsb baking powder

Bahan-bahan ni sepatutnya kena ayak. Tapi sebab saya dah guna tepung gandum yang halus tuh. Jadi, skip part ayak ni.

Bahan Basah :

3 biji telur
1 cawan minyak jagung or minyak biasa pun boleh
1 cawan gula. Saya guna half gula pasir and half lagi gula perang organik
7-8 biji pisang emas. Kalau tade, boleh guna pisang berangan dalam 4-5 biji

Cara-cara nak buat :

Sebelum mula kan operasi, dinasihatkan supaya oven dipanaskan terlebih dahulu yer semua.

Lepas tuh satukan semua bahan kering di dalam bekas yang bersesuaian. Next, masukkan semua bahan basah ke dalam blender.Tekan suis 'on'. Blend sampai semua sebati.

Kemudian tuangkan bahan-bahan yang sudah diblend tadi ke dalam bekas yang mengandungi bahan kering. Guna sudip atau spatula untuk kaup balikkan adunan. Make sure semua nya bercampur dengan elok.

Alas loyang dengan kertas minyak atau baking sheet. Saya cuma sapukan shortening ajer di sekeliling loyang tersebut. Oh yer! sila guna loyang yang lebih besar dari 7 inches. Kalau nak guna juga, make sure adunan hanya dimasukkan separuh sahaja dari ketinggian loyang tersebut.

Ni lesson learnt sebab buat hari tuh, pegi masukkan more than half of the loyang's height. Sudahnya, kat tengah tuh macam lambat nyer nak masak. Better kalau guna loyang 9 inches. Bulat ke petak ke..tak kisah. Janji masak dengan sekata dan elok.

Bolehlah kalau taburkan slices of banana macam saya buat ni. Sedap juga. Nyesal tak tabur banyak-banyak. Dah macam tabur cheese atas piza ajer kekdahnya. HAHAH!

Bila dah ready, boleh masuk dalam oven dan bakar pada suhu 180-200 degree celcius selama 40-45minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Nak tahu dah masak ke belum, boleh guna cake tester untuk cucuk kat tengah tuh and bila kita angkat, stick pada cake tester tuh kering takde kesan adunan yang melekat. Itu tanda nye die dah masak sepenuhnya.

Orait, selamat mencuba!

That's All and Thank You for reading!


You Might Also Like

5 comments

  1. menarik nih bahan pun mudah je, tak pernah cuba buat lagi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kek pisang kak Nany 😉

    ReplyDelete
  3. suka kek pisang...tp tk pernh buat sdiri

    ReplyDelete
  4. resepi dh amik tp tak tau bila lah dtg seruan nk rajin membaking tuh

    ReplyDelete
  5. hi nany, I,m back hahaha..nanti nak update resepi gak la hahaha.hritu nak resepi apa cucur udang kn hihi

    ReplyDelete