The Struggle Is Real - Part 2

By Tuesday, January 09, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua~


Sudah menjadi rutin kalau hari persekolahan, saya akan bangun seawal 4:30 - 5:00 pagi untuk meyiapkan sarapan dan bento anak-anak. Walaupun saya sudah tidak bekerja keluar rumah, saya cuba menggalas tanggungjawab ibu sepenuh masa dengan baik di rumah.

Pagi ini juga, suami saya pulang semula ke 'sarang' tempat beliau mencari nafkah. Kejut saya pukul 4:10 pagi. Inipun juga rutin suami sebelum bergerak pulang.Anak-anak yang masih lena tidur akan dicium di pipi sebagai tanda selamat jalan.  Nak kejut pun, rasanya masih terlalu awal.

Saya sambung semula tidur. Itupun hanya tidur-tidur ayam sahaja. Kurang sejam, saya kena bangun semula. Tiba-tiba teringat pulak maghrib semalam, saya ada bagitahu suami yang kena basuh baju malam tadi, jadi esok pagi saya tinggal sidai saja. Alahaii...Mesin basuh dah penuh!

Lepas tuh, macam biasa..terlupa nak buat. Terus masuk bilik ketiduran dan kenyenyakan ZzzZzzZZ.
Bila bangun ajer pagi tadi benda pertama yang saya aim nak buat dalam kepala otak ini adalah basuh baju. Lepas  pasang lampu dapur tengok-tengok mesin basuh dah pun selamat menjalankan tugas.

Terus teringat kat husband. Ini mesti dia buat dulu sebelum dia pergi tadi. Syukur Alhamdulillah..dalam kekalutan pagi dengan tugasan menjadi chef, ALLAH S.W.T permudahkan urusan saya melalui suami yang tolong basuhkan baju. 

Perkara simple sahaja sebenarnya. Tapi, saya tak expect pun dia nak basuhkan baju tuh. Maklumlah, perjalanan suami ke Johor pun memakan masa hampir 7 jam dan katanya ada meeting kena attend pagi ini. Mestilah beliau bergegas perlu sampai sebelum waktunya. 

Lagi satu, disebabkan air dari paip yang disambungkan ke dalam mesin tuh slow ya amat. Memang husband akan tadah air guna baldi sampai agak penuh dan tuang dalam mesin tuh. HAHAHAH! Sounds so old school kan? Gigih dia buatkan. Walhal boleh jer pasang air dan terus tinggal. Macam saya selalu buat. Mana lah kudrat wanita saya ni larat nak angkat benda-benda berat.

Dalam hati terus berdoa semoga perjalanan suami selamat sampai ke destinasi. Macamnilah hati seorang isteri dan perempuan. Risau tetap ada kalau fikir suami drive jauh-jauh setiap kali nak balik. Maklumlah, malang tak berbau. Ujian ALLAH S.W.T tuh datang dalam pelbagai bentuk kan... kita banyakkan berdoa semoga urusan dipermudahkan.
Sekadar throwback . Ambil gambar di studio sempena Hannah berusia setahun!
Kesimpulannya. Life lesson saya harini adalah :

1) Do small thing with BIG impact

2) Less your expectation. It  help you to manage your stress feeling. And it really works for me. I'll feel more content and less hurt. 

That's All and thank you for reading!


You Might Also Like

1 comments

  1. gigihnya menjadi seorang ibu kepada 3 anak ye kak.... se awal pagi nk sediakan semua...

    alhamdulillah, suami akak jns yg ringan tulang, tak pyh di suruh dia sndiri ada kesedaran membantu, kadang benda2 simple gini pun buat kita rasa hepy n terharu sgt

    ReplyDelete