The struggle is real!

By Friday, January 05, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Hello earthlings~
 
Menjengah tahun baru ini, saya juga punya azam tersendiri. Actually, everyday pun kalau bangun pagi sepatutnya kena ada plan list apa nak buat. Itu pun kira azam lah kan? Tak semestinya tunggu tahun baru kita baru nak buat azam.

Sementara ALLAH S.W.T bagi nyawa dan kesihatan yang baik. Masih lagi sempat untuk kita melakukan banyak perkara yang bermanfaat.

Sebagai manusia yang biasa saya tetap kadang-kadang tuh dilanda mood malas. Bahaya juga mood ni sebab kalau dilayan sangat akan membuatkan keadaan rumah agak tunggang langgang dan lebih penat.

Yerla, contohnya tengok barang dapur dah habis. Lepastuh mood malas melanda nak keluar pergi barang. Dengan minyak keta pun dah nak habis - ini pun sebab sikap bertangguh dan malas juga. Lepas tuh tengok duit dalam wallet pun ada sepuluh ringgit ajer - kes yang sama malas nak singgah mana-mana atm untuk keluarkan duit.

Kesannya? you have to do more jobs! nak tambah lagi bila masa tuh perasan, kain dalam mesin tak basuh lagi sampai anak-anak complaint.

"mama, seluar dah tade"

Errr...mama lupa basuh la nakkk..ampun!

Saya cakap melalui pengalaman saya sendiri. Sebab tuh, dalam surah Al-Asr Allah S.W.T bersumpah dengan "masa". Betapa masa sebenarnya sangat PENTING nilainya dalam kehidupan. Sebab masa takkan berpatah balik. Saya selalu termenung kadang-kadang fikir jugalah masa lampau. Especially bila melihat orang -orang yang lebih muda dari saya giat cergas dalam hal-hal kebaikan.

Contohnya join aktiviti-aktiviti NGO. Melakukan volunteering job, aktif berpersatuan. Agak jeles dan tertanya sedirian.

"kenapa dulu aku tak buat macam tuh yer"

Dan hati juga akan terusik bila melihat anak-anak muda lain yang sedang 'lalai' dengan dunia mereka sendiri. Dalam hati , saya berdoa agar mereka ini kembali sedar bahawa perkerjaan mereka itu semuanya sia-sia. Semoga anak-anak saya dan kita semua terlindung dari gejala-gejala yang tidak sihat ini.

Berbalik dengan azam.

Saya mahu menguruskan masa dengan lebih baik. Saya akui, kadang penggunaan media sosial di gadget membuatkan saya terleka. Drag masa tengok benda-benda yang tak berfaedah. Sepatutnya, kena habiskan dulu kerja-kerja rumah. Lepas tuh baru lah kan nak layan handphone. Itupun perlu ada limit.

Anak-anak saya memang lebih attach dengan saya berbanding dengan suami sebab suami saya bekerja jauh di luar KL dan hanya pulang selepas lebih kurang seminggu bekerja. Jadi, penting untuk saya tunjukkan contoh yang baik. Role model mereka untuk waktu ini adalah saya seorang.

Tapi, tidaklah semudah yang disangka. Saya berjihad juga untuk melawan nafsu bersenang lenang dan bermalas malasan. Walaupun kadang terr....juga buat. Cabaran lain, sebab saya dah tak keluar bekerja jadi pendorong untuk keluar dari comfort zone ini adalah perlu datang dari diri saya sendiri.

Kalau dahulu, ada juga boss, team leader atau kawan-kawan sekeliling yang 'push' kita to the limit. Takpun, sebab kita tahu yang hujung bulan kita akan dibayar. Benda macam tuh sebenarnya dapat juga memotivatekan diri saya.

Ada perasaan bersalah bila kita buat seusatu sambil lewa tapi kita dibayar untuk melakukan tugas tersebut. Jadi, tak boleh lah nak  main-main. Perlu juga cari keberkatannya di sana.

Sekarang, mindset saya perlu diubah. Menjadi surirumah professional perlu kreatif dan bijak menguruskan masa. Kena cari kawan dalam bidang yang sama supaya dapat lah juga nak keluar dating minum kopi ke lunch ke. So, topik pun nanti menjurus ke arah hal kekeluargaan, pendidikan anak-anak.

 Gambar adalah sekadar throwback zaman bujang dan masih bergelar career woman. I truly love  meeting and engaged with other people. Masa tuh ade event kena jadi emcee.
With my colleagues. Tahun bila ntah ni..tak ingat. Heheheh~~

So guys,

Didoakan semoga kita semua mampu 'melawan' semua perkara yang kurang dari dalam diri. Berjihadlah di jalan ALLAH S.W.T

That's all and thank you for reading!




You Might Also Like

6 comments

  1. happy new year..jd suri rumah zaman skarang mmg lg mencabar rasanya...smoga smua dipermudahkan

    **yg tmpt mkn tu dkt ngan jakel seksyen 7 bkn seksyen 17

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru nany..betul tu nany..bermalas-malasan pun satu comfor zone..bila kita cuba melawannya ia adalah jihad melawan nafsu...bagi irda nany actually dah bagi good example to anak2 and all mothers out there.wahh photo zaman bujang dengan anak 3 kenapa macam sama.je..size dan inci pipi xbeza sgt..xmcm irda..huhh pipi dah diluar radar biasa..wahh baru tahu nany pandai emcee juga..nanti kalau ada job nak x irda bagi nany buat?or kita joint venture..jom.kita ketengahkan bakat terpendam..ecewahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAH! jom Irda. Partner dengan gugurl best sket. Tapi, dah lama tak jadi emcee ni. Pegang mic pun nanti takut terbalik. :)

      Delete
  3. Betul-betul menguruskan masa tu memang cabaran yang sentiasa ada dalam diri kita. Susah sebenarnya nak uruskan masa kalau kita sendiri tak dapat kawal diri kita; untuk elak dari bertangguh kerja. Kalau bagi saya, setiap kali saya tergerak hati nak buat sesuatu, saya akan terus buat dan cuba tepis jauh-jauh bisikan-bisikan dalam hati yang kata nantilah, kejap lagilah buat. Tapi since kita ni manusia selalu jugaklah terpengaruh dengan sikap bertangguh ni. Tak konsisten. Harap tahun baru ni kita semua lebih berdisiplin :)

    ReplyDelete
  4. semoga kita mampu menguruskan masa dengan baik. memang satu cabaran yang besar. Kekadang I bangun dah awal. dok scroll IG la apa lah eh dah 6.30am. tak sedar masa terbuang macam tu je padahal kalau pergi bersihkan diri ke kan boleh siap awal T_T

    ReplyDelete
  5. Ana pun ada masalah yg sama kak. Bangun pagi dah plan nk buat tu buat ini last2 bila dah hadap hp tau2 masa dh byk hbs. Tau2 lg dah malam nak tido. Lepas tu nyesal sbb bazirkan masa. Esok azam semula. Kadang berjaya kadang gagal juga kak. =)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.