Aktiviti Di Tandom Hill Resorts Bersama Anak-Anak

By Monday, February 19, 2018 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Minggu lepas hari Jumaat, saya bawa anak-anak  mencuba aktiviti outdoor di Tandom Hill Resorts. Tempat yang menarik ini terletak di kawasan yang dikelilingi dengan kelapa sawit. Pada asalnya, saya seperti tidak percaya wujudnya kawasan yang cantik, unik dan terjaga ini.

Kalau dilihat dari segi geografinya, kawasan ini merupakan kawasan batu kapur.  Perkara utama yang menjadi daya tarikan adalah tasik yang airnya berwarna biru kehiijauan. Tapi taderlah jernih sangat tau uols. It's just a color from the water surface.

Soalan pertama yang membuatkan saya agak risau adakah tempat ini sesuai untuk anak-anak saya yang berumur, 10 tahun, 8 tahun dan 6 tahun explore the area. Lagi satu sebab derang ni semua tak pandai swimming dan bukanlah jenis yang suka sangat pada air.

Saya tetap bawa sebab saya lihat di IG kawan saya yang pergi ke sana membawa anak-anaknya mandi manda di tasik tersebut. Ini adalah kerana umur mereka yang lebih kurang. Disamping, teruja juga melihat keindahan Tandom Hill , saya akhirnya  ke sana dengan anak-anak.

Perjalanan dari Puchong ke Tandom Hill hampir memakan masa selama 50 minit. Pagi itu kami bertolak agak awal. Sebelum pukul 8am lagi kami dah gerak. Walaupun saya menggunakan google map tapi kebarangkalian untuk tersesat itu tetap ada. If you fail to plan, you are plan to fail.

Ahaks!

Saya target nak sampai before pukul 9am memandangkan cuaca sekarang agak panas. Jadi, kalau boleh pukul 11am macam tuh dah habis main air. Lagi satu, sebab masa tuh public holiday cuti Chinese New Year. Takut ramai dan kena beratur lama.

Alhamdulillah, jalan sangat clear pagi itu dan kami sampai sebelum pukul 815am. HAHAH! memang awal sangat kan. Derang pun belum start business lagi pagi tuh. Saya keluar ambil gambar dan bawa anak-anak main dulu di kawasan yang ada AVT.

Dari luar , saya tak berapa nampak sangat 'keindahan' Tandom Hill Resorts ni. Tapi, bila masuk dalam jer and explore lebih-lebih. Memang sangat cantik dan sungguh terjaga segala kemudahan yang ada di dalam ini.

Kami sampai awal maka parking masih banyak lagi. Masa kami balik, parking dah agak penuh. Kaunter dibuka pada pukul 9:00am. Pukul 8:45am dah ada yang beratur. Mostly mereka yang datang dalam group dan berkeluarga. Kaunter yang pertama ini kena register dulu. Ada dua form kena isi. Jadi lambat kalau sekali datang 10 orang lepas tuh, semua orang kena tulis nama pada form tuh. Nasib kami sampai awal. Saya hanya isi satu form sebab mungkin anak-anak masih kecil.
Sambung pula beratur untuk membuat bayaran. Memandangkan hari yang kami datang tuh jatuh pada hari cuti umum. Maka harga seorang dewasa adalah RM30 dan RM25 untuk kanak-kanak atas 3 tahun sehingga 12 tahun. Kalau nak murah, sila datang pada hari biasa (weekdays). Cuma RM22 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak. Harituh , dapat potongan 10% sebab saya share gambar kami di IG dan hashtag #tandomhillresorts. 
Uniknya di sini, 90% chalet, tempat rehat dan segala-galanya diperbuat dari buluh dan atap daun nipah. Sangat terasa kekampungannya!
 Di tasik inilah kami berkayak dan bermandi-manda. 
Antara pengunjung yang terawal sudahpun bersedia. Untuk pengetahuan, saya beli tiket day pass untuk beraktiviti di sini. Antara yang dapat dilakukan dengan day pass adalah ; Tadom splash - lompat dari ketinggian 5m ke tasik. Platform juga diperbuat daripada buluh. Bila tengok orang lain lompat ni terus teringat masa zamn saya kena buat BOSET training dulu. Seriau juga tau! HAHAH~

Lagi ada bamboo water swing, tarzan swing , tadom groove - outdoor fun games,giant checkers, volleyball. Tandom oasis - bamboo raft, floating bamboo lounging chair (lexi) ---- tapi yang lexi ni dah tader sebab katanya buluh-buluh tuh dah lama macam dah tak selamat untuk digunakan. Frust juga sket sebab aktviti yang ni sangat relax mcm sesuai untuk budak-budak tuh kan.

Life jacket is a MUST!. Ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Korang nak seronok-seronok tapi jangan lupa keselamatan tetap diutamakan. Lagi satu, if datang awal..jacket masih banyak yang kering dan banyak pilihan. Bukan apa, sebab saya tengok ada yang macam tak selamat untuk dipakai. Especially, risau yang kanak-kanaklah kan.
Masa ni memula masing-masing takut nak tenggelamkan diri. Baiklah, mama bagi masa untuk korang 'panaskan' kaki dalam air tuh dulu. HAHAH!

Part yang tak bestnya kalau pergi sorang tanpa orang dewasa yang lain. Sebab tade orang nak tengok2 kan budak-budak ni. Sebabnya lagi satu..kena sendiri amik rakit buluh tuh. Haa! terkulat-kulat saya memula. Aisehhh...takkan lah saya nak gi amik sendiri kot. Sapa nak tengok-tengokkan budak ni. Walaupun ada life guard kat sana, tapi saya taknak amik mudah. Lama juga berfikir nak buat camane sambil-sambil tunggu penuh harapan kalau ada yang dah habis main and nak naik ke darat.

Alhamdulillah..after 10 minit macam tuh ada satu family dah siap main dan suaminya offer pada saya rakit derang. Yeayyy!!! bagai orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya. Terus saya guna rakit dia dengan pendayungnya dua batang. Maka bermula lah ekspedisi kami anak-beranak mendayung rakit.

Handphone and kamera semua saya simpan dalam bagpack yang diletak di pondok. Anyway, ada dua kawasan pondok yang korang boleh guna. Satu kena sewa sebab ada electric plug and satu lagi free of charge. Sila datang awal kalau nak yang free tuh yer.

Memula kami mendayung tuh tetiba jer jauh ke tengah. Matahari tepat kena muka..dah lah lupa nak pakai sun block. Habislah..jeragat I bersuka ria happy mereka nak tumbuh dengan jayanya. HAHAH! then lepas tuh usahalah sama-sama dayung ke tempat redup. Gilir-gilir Hannah and Umair mendayung rakit. Seronok derang belajar camane nak kawal rakit tuh. 

Lagi satu, kan derang ni tak tau berenang tapi disebabkan ade life jacket jadi saya paksa derang turun masuk ke tasik. Hannah dah berani dan enjoy the moment. Lagi dua orang tuh acah-acah buat berani. HAHAH! takperla, nanti kita datang lagi so that korang bleh enjoy the moment bebetul.

Hampir sejam lebih juga berakit dan berendam. Lepas tuh kami naik atas dan isi perut. Biasalah budak-budak kan lapar. 

Rupa pondok kami. Cantik kan? lepas tuh bersih jer kawasannya. Banyak juga tong sampah disediakan. Pagi tu saya cuma goreng drummet, bawa buah anggur dan kek butter beli kat GIANT. Hehehe...
Kalau nak ber bbq pun boleh juga cuma kena buat tempahan awal dulu lah yer.

Kalau nak tahu, tempat untuk mandi juga disediakan. Wow sangat! sebab bersih dan yang penting tiada bau yang tidak enak menusuk ke hidungku.
Habis semua mandi, kami decide nak jalan-jalan kat dalam ni. Nak tengok chalet dan apa lagi yang ada kat sini.
Pemandangan begini menenangkan fikiran bukan? pokok kelapa di sana-sini ditambah dengan reka bentuk tempat penginapan yang unik dan cantik.
Tempat wajib untuk ambil gambar :)
 Ini tempat tidur sebenarnya sebab ada kelambu yang berwarna putih tuh. Digantung di atas palang.
Antara pondok yang menyediakan plug elektrik.
 Antara tempat yang menarik perhatian anak-anak.
 Titi gantung lah kekonon kan!

 Salah sebuah jenis penginapan chalet yang disediakan.
Memang bersih kan? reka bentuknya mengingatkan saya kepada perkampungan Nenba House semasa melawat kawasan Gunung Fuji, di Jepun satu masa dahulu.

Kat main stage ni kadang ada juga aktivit macam zumba. So , sapa-sapa nak join dipersilakan lah yer.
Kiri kanan pokok buluh.
Ini kalau berminat nak cuba menyumpit dipersilakan.  Surau untuk lelaki dan perempuan juga disediakan. Yang perempuan, siap dengan telekung disediakan.





Antara yang menarik perhatian kami anak beranak adalah bagaimana mereka cuba untuk mendeko kawasan Tandom ini dengan buluh tapi masih nampak cantik dan kreatif.


Bye, bye Tandom Hill Resorts! InshaALLAH ade rezeki kami datang lagi yer. Heheh~

That's all and thank you for reading. Harapnya yang sesiapa berkira nak bawak kids ke sini boleh lah datang. Kalau yang berbaby tuh pada saya tak sesuai lagi. Tunggu derang besar sekt ok?

:)

You Might Also Like

2 comments

  1. Syoknyaaa kak Nany. Teringin jugak nak pergi sini tapi tak berkesempatan lagi. Heheh. Sekali sekala lari dari kesibukan kota & pergi tempat tempat macam ni memang syok. Back to nature gituu. Boleh rasa macam suasana dekat kampung gitu kan :)

    ReplyDelete
  2. Best jugak tgk ni nany.. next time boleh try juga lah nampak gayanya

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.