Jalan-Jalan Ke Muzium Bank Negara

By Thursday, February 15, 2018 , , ,

Assalammualaikum. w.b.t

Semalam sekolah Hannah and Umair ada buat school trip ke Muzium Bank Negara. Mama tak tahu pulak selama ini Bank Negara ada muzium. Biasalah, kalau pergi follow rombongan sekolah ni  memang takkanlah dapat nak spent masa lama-lama kan.

Bila sendiri ke sana, baru tahu yang boleh tahan cantik, bersih dan terjaga sangat muzium bank negara ni. Kafe derang pun lawo and not bad. Makanan banyak western macam pasta, salad, sandwich, roti,jus dan coffee. Nampak ramai juga mat/minah salleh di sini.

Kalau nak tahu, Muzium Bank Negara ni dibuka kepada semua orang awam. Tiada bayaran yang dikenakan. Cuma nak bagitau awal-awal yang mereka sangat strict. No bag allowed. Handbag korang yang comel pun tak boleh yer nak bawak masuk.

Tadi saya bawak keluar handphone dari dalam handbag dan tinggalkan dalam loker yang disediakan. Masuk duit 50sen ajer dalam loker tuh, nanti nak amik balik barang kita tuh dia akan bagi semula duit tuh.

Kamera boleh bawa masuk tapi tidak dibenarkan untuk menggunakan flash. Hurmm..terus teringat masa dok kat Jepun dulu. kalau pegi muzium derang memang ada few spot yang ade staff derang jaga just utk pastikan yang visitor ikut arahan bebetul.

Macam saya OK ajer dengan rules tadi. Walaupun rasa frust juga sebab takleh bawa bag kamera. Bergigih tau I bawak 3 lense tadi. HAHAH! semata-mata nak snap gambar dalam ni. But, well done Bank Negara sebab overall memang puas hati dengan keadaan muzium ni tadi.

Muzium Bank Negara  terletak di Bangunan Sasana Kijang, di Jalan Dato' On Kuala Lumpur. Terdapat empat tingkat yang mempamerkan pelbagai galleri. Antaranya, children's gallery di tingkat paling bawah sekali. Islamic finance, Bank Negara Malaysia, Economics, Numismatic dan art gallery.

Inilah sebenarnya yang mak aim nak amik gambar. Memula kami naik lift dari tingkat bawah tuh sampai ke tingkat 3. Lepastuh gigih suruh anak-anak turun tangga and stop jap untuk amik gambar. Lawa juga sebab bentuknya spriral kan? Berkilat bersilau semuanya. Hehehe~

Kami mulakan tour dengan bahagian art gallery. Ada pelbagai jenis lukisan dan teknik yang dipamerkan.


Lepas puas meround dan posing macam-macam dekat sini. Kami pun turun ke level yang seterusnya.
Dalam ni ade pelbagai jenis bentuk dan rupa syiling mengikut tempat
Ni pula ada macam-macam jenis kupon yang digunakan dalam proses jual beli industri getah  suatu masa dahulu. Masih cantik tersimpan. Looks so new!
 Rupa matawang dari pelbagai negara.
 Bila sampai sini pun menarik juga. Ada pelbagi aktiviti yang boleh dibuat dek budak-budak ni.
Mengimbas kenangan sangat ni kan? meja , kerusi dari kayu. Papan hitam pun siap ditulis dengan ejaan orang dahulu.
Di suatu sudut yang lain anak-anak boleh tuliskan sesuatu dan lekatkan di satu tempat khas yang disediakan. Saya sempat main congkak seround dengan anak-anak juga tadi.
Ini pula di 1st floor dalam economics gallery. Kalau dibuka satu persatu kotak tuh ada ditulis barangan-barangan yang dieksport ke luar negara.
Di suatu tempat, sambil mengayuh basikal sambil dengar dan lihat tentang sejarah ekonomi kita.
Dan tempat yang paling tak sabar nak dilawati adalah galleri kanak-kanak. Memang interaktif sangat aktiviti dalam ni. Barang-barang pun saya tengok semua terjaga dan terususun dengan baik sekali.

 Acah-acah jadi pekerja bank ni. Hehe..
Kesimpulannya, memang berbaloi lah pergi. Jalan pun tadi dari rumah ke KL tak jam langsung. Mungkin ramai yang dah balik ke kampung halaman masing-masing untuk pulang 'beraya'. Hehehe..

Parking boleh di dalam bangunan dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM5 untuk sekali masuk.  Tandas pun cantik, bersih dan wangi. Tade lah nak high expectation sangat. But being Malaysian...rasanya dah OK sangat kebersihan tandas dalam Muzium Bank Negara ini.

Untuk maklumat lanjut boleh check di sini yer semua :

http://www.museumbnm.gov.my/v2/index.html

That's all and thank you for reading!

You Might Also Like

1 comments

  1. baru first time juga dengar tentang bank ni.. tak tahu pun wujud. menarik2 jugak and macam tak ramai orang. mesti tenang hehe..

    ReplyDelete