Resepi Apam Beras Yang Sedap

By Thursday, February 22, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sapa kat sini peminat kuih tradisional apam beras?

Kita geng!

Sebenarnya bila tengok resepi ada guna nasi untuk menghasilkan apam ni. Terus macam lemau malas nak buat. Walhal, nasi pun selalu juga berlebih tak habis. Macam mana tuh?

Sebelum ini, saya pernah juga buat cekodok bilis menggunakan nasi sebagai watak utama dalam resepi nya. Boleh klik kat link bawah ni kalau ada sapa-sapa yang berminat nak mencuba :

RESEPI CEKODOK MENGGUNAKAN NASI 

Pada saya, resepi ini sangat mudah. Tak perlu banyak bahan untuk menyediakan apam beras ini. Hasilnya juga sedap dan tidak mengecewakan. Terus teringat apam beras yang selalu makan di kampung.

Kalau di kampung saya, apam beras ini merupakan menu yang agak glamour juga lah untuk makcik-makcik kejiranan bawa ke surau / masjid / buah tangan ketika menzirah rakan taulan. Maklumlah, bukan susah pun nak buat. Ditambah lagi, bahan-bahannya sangat mudah untuk dicari.

Resepi asal adalah dari pemilik IG yang dikenali sebagai rosehayatie_


Bahan bahan: 

2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan 11g
Pewarna - saya guna merah dan hijau

Kelapa - untuk tabur sebagai topping. Saya menggunakan Hawaiian deccinated coconut yang dibeli di kedai bakery. So, agak-agak bila dah nak masak tuh saya pun tabur jer atas permukaan apam. Sedap ajer and bau die pun harum.

Cara-cara untuk membuat :

Blend nasi bersama air. Sesudah nasi hancur, masukkan pula gula dan sambung blend.

Dalam bekas yang sesuai, masukkan kesemua bahan-bahan kering. ( Dalam video kena ayak, tapi saya tak ayak pun. Just gaul-gaul ajer bagi semua rata sebati)

Kemudian tuangkan bancuhan nasi yang sudah diblend ke dalam bekas yang mengandungi bahan-bahan kering. Kacau rata.

Perap selama 3 jam. Bahagikan mengikut warna dan masukkan ke dalam bekas kukus yang bersesuaian. Jangan lupa sapukan sedikit minyak pada keliling permukaan loyang tuh. Lastly, kukus selama  15-20 minit.

 https://www.instagram.com/p/BdpEWvInGto/?taken-by=rosehayatie_

 https://www.instagram.com/p/BdpEWvInGto/?taken-by=rosehayatie_


 Ini pula saya kukus di dalam silikon yang berbentuk muka gajah. Saja buat untuk anak-anak makan :)
Saje belah kat tengah tuh ..intai tengok camane rupanya. Gebu ...cuma rasa agak manis. Maybe boleh kurangkan gula lepas ni.

Kesimpulannya, saya rase senang jer nak buat apam beras ni. Kena perap lama sketlah sampai 3 jam. Tapi semalam dalam 2 jam jer saya perap sebab terkejar nak buat benda lain. Hehehe..

That's all for now and thank you for reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. senang je rupanya! Lepasni boleh la try buat :D

    ReplyDelete
  2. mmg mudah resepinya dh lama simpan resepi apam beras yg mudah ni tp entah bila kerajinan tu nk dtg hehehhe

    ReplyDelete