Resepi Quiche Masuk Berita Harian Metro

By Friday, February 16, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.
 
Untuk bulan Februari tahun  2018 bila blog www.nanyfadhly.com ada di Berita Harian Metro hari ini.

Segalanya bermula apabila seorang wakil dari Harian Metro menghubungi saya melalui email di Yahoo.

Dan ceritanya, saya memang sudah berkurun tidak kisahkan email Yahoo saya tuh. Beratus-ratus inbox yang saya tak check pun. Cuma hari tuh, kebetulan saya nak beli tiket flight melalui Firefly dan terlupa id serta password. Jadi, terpaksa lah bukak semua email yang ada. Ada dua jer pun.. Yahoo dan Gmail.

Masa nak spring cleaning tuh lah baru terperasaan. Allahu~ rasa bersalah sangat sebab dah almost sebulan email tuh dihantar. Nasiblah puan editor tuh tinggalkan no. telefon nya. Terus saya laju-laju whatsApp dia dan mohon maaf atas kelewatan membalas email tersebut.

Saya bagitahu  yang saya masih berminat dan mahu berkongsi resepi quiche dan D.I.Y topi chef step-by-step. Mujurlah dia masih mahu menerima lagi. Perlu disiapkan sebelum 10 Februari yang lepas. Jadi, memang minggu tuh saya agak sibuk dengan kerja menjahit dan mengedit di dalam power point.

Lepas siap menjahit tuh, baru saya buat quiche pula. Saya tunggu en. suami pulang sebab ada yang boleh tolong ambilkan gambar dan tolong makan sekali. HAHAHA

Kalau menjahit nak amik gambar tak delah susah mana. Tapi, bila memasak tuh leceh juga kan. Sebab tangan kita basah, camera pula kena jaga bebetul. Takut pula kotor dan termasuk air. Tu yang kejap-kejap nak kena lap tangan. Pegang kamera, lepas tuh sambung menguli la, pecahkan telur, kacau telur. Basuh dan lap tangan. Amik gambar. HAHAH!


Kalau korang nak cuba buat quiche ni boleh klik kat link ini yer : Resepi Quiche

Ikhlas saya katakan yang sebenarnya, saya juga mengambil resepi ini dari internet juga. Cari sana , cari sini. Mungkin disebabkan bila ramai yang datang berkunjung ke blog saya . Maka kebarangkalian untuk nama blog saya ni dijumpai dalam pencarian google adalah yang teratas.

Terima kasih untuk follower blogger saya yang takder la ramai sangat pun. Ada yang beribu ribu lemon follower nyer dan itu rezeki masing-masing. Priroriti kita juga tidak sama. Saya berblog untuk mengisi masa lapang sambil-sambil menjaga anak-anak di rumah. Ada juga hobi yang mendatangkan manfaat untuk semua.

Yang rajin komen tuh pun. Thanks sangat-sangat! maaflah kadang saya pun tak sempat nak follow rapat-rapat cerita uols tuh. Tapi tade la saya langsung tak menjengah kan diri. Saya baca juga cuma kadang tak tau nak komen apa. Hehehe.. Korang keep writing yer! kongsi benda yang baik-baik kat blog. Jadikan blog sebagai platform untuk tambah amal kebaikan.

That's All and Thank you for reading ya~


You Might Also Like

3 comments

  1. hehe menariknya.. seronok tu dapat featured dalam newspaper n boleh jadi rujukan dan manfaat buat orang lain =)

    ReplyDelete
  2. tahniah my dear...proud of u...muahh

    ReplyDelete