Speech And Drama Class For Children in Bandar Kinrara, Puchong

By Monday, February 05, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semalam sengaja saya mencuba masukkan Umair  ke kelas percubaan Speech & Drama Class For Children. Sebab untuk trial class cuma RM10 jer for one hour. So, why not pergi cubakan?

Lagi satu berdasarkan hasil keputusan test STiffin Umair, dia merupakan seorang yang mempunyai MK 'F' iaitu feeling. Sesuai sangat kalau masukkan die ke kelas-kelas macam ni.


Yang menariknya, dalam kepala otak saya ini ingatkan nanti masa 1st class terus kena berdiri kat depan stage and lepas tuh introduce diri sendiri. Standard lah kan..nama apa, umur berapa tahun, cita-cita nak jadi apa, hobi suka buat apa,nama mak, ayah, kucing.

Sekali.....memang salah jangkaan ku. Bhahah!

First thing, sir akan suruh semua duduk atas lantai and buat circle. Lepas tuh warm up dulu. Stretching satu badan.

Kenapa kena buat stretching dulu? sebab lepas ni ada lagi gross motor skill activities yang budak-budak ni sangat enjoy!

Ada banyak sebenarnya manfaat kalau dapat joinkan anak-anak ke kelas speech and drama ini. Especially,kalau korang yang ada anak jenis pemalu sopan santun penuh kelembutan kalau kat depan strangers. Tapi kalau dengan kita...memang mengalahkan Maharaja Lawak! HAHAHAH~~~

Meh nak kongsikan :

#1 - Dapat meningkatkan keyakinan diri

Kita yang dewasa ni pun kalau suruh ke depan  buat presentation habis sejuk satu badan kan? Gigil tangan pegang pointer. Masa tuh dah fikir and tulis apa nak cakap kat depan. Tapi, sekali bila ke depan lain yang pulak yg terkeluar, nasib baik confident! 😂

Yerla, sapa suka tetiba jadi limelight kat depan and semua orang tengok. Lagi-lagi kalau yang audience kita tuh adalah di kalangan bos, VVIP dan VIP. Jenuh laaaaaa control nervous uolss.

Sebabnya ramai di kalangan kita yang tak dapat peluang untuk melahirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati dan fikiran semasa usia kita sebaya dengan anak-anak sekarang

Kalau anak-anak kita yang kat depan bercakap, they are free to talk anything dan takkan lah kita nak condemn kan? tade sapa nak kritik sebab tujuan utama adalah untuk memberi mereka keberanian di situ. Lagipun, comel ajer kan derang kat depan bercakap atas stage tuh.

#2- Banyak Berimaginasi

Albert Einstein  mencadangkan imaginasi adalah lebih baik daripada ilmu pengetahuan. Ini adalah kerana, imaginasi mampu membuatkan anak-anak melihat sesuatu isu dengan lebih luas lagi di dalam minda mereka.

Jadi, apabila anak-anak ini terlibat dengan aktiviti berdrama ianya mampu membantu mereka dalam menyelesaikan masalah secara kreatif. Seterusnya merangsang mereka melakukan sesuatu yang di luar keupayaan mereka.

Kita semua tahu bahawa bagaimana hebatnya pemikiran yang kreatif  ini dapat memberi kejayaan di dalam apa juga bidang yang diceburi.

#3 - Kemampuan Untuk Memahami & Berkongsi Perasaan 

Pada abad ke-21 ini. Keupayaan untuk memahami & berkongsi perasaan ini adalah sesuatu kemahiran yang sangat-sangat penting. Yerla, zaman sekarang semuanya kan tentang GADGET dan MEDIA SOSIAL. Kita dah jarang connect dengan alam sekitar, jumpa orang  tua-tua dan ambil masa berborak dengan mereka.

Kejatuhan ekonomi juga menyebabkan ibu bapa dan penjaga anak-anak terdesak untuk bekerja siang malam, pagi dan petang. Tanpa menghiraukan perasaan anak-anak di rumah. Lagi satu, zaman sekarang ni ramai sangat yang jenis makcik bawang suka judge orang tu macam-macam tanpa cuba berfikir tentang masalah dan perasaan orang tersebut.

Dalam kelas speech & drama, anak-anak akan cuba menghayati, memahami dengan lebih mendalam watak dan situasi yang diberikan. Jika bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan adalah baik , saya percaya ianya mampu membentuk keupayaan mereka dalam bertimbang rasa dan memahami perasaan orang lain.

Setiap dari kita yang dilahirkan sebagai manusia mempunyai ruang di dalam hati untuk berasa kasihan dan sayang kepada makhluk ciptaan ALLAH yang lain. Aktiviti-aktiviti di dalam kelas drama mampu melatih dan menggalakkan mereka untuk mempamerkan rasa empathy di dalam situasi dan senario yang sebenar.

#4 - Kemahiran Interpersonal Yang Lebih Baik 

Seorang penulis yang terkenal , John Donne  memberitahu suatu kenyataan yang benar berbuyi
“no man is an island”.

Tiada manusia di antara kita ini berasa cukup apabila seorang diri. Kita hidup bermasyarakat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Rasulullah S.A.W yang terkenal sebagai seorang pemimpin yang hebat  juga memerlukan Siti Khadijah sebagai peneman hidup dan sahabat-sahabat baginda yang lain. ALLAH S.W.T menjadikan manusia berpuak-puak dan berbilang kaum pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Antara salah satu aset terhebat yang mampu kita bangunkan dalam diri anak-anak adalah kemahiran 'interpersonal' . Supaya mereka mampu untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan semua orang dari pelbagai golongan dan latar belakang.

Kemahiran komunikasi 'interpersonal' ini termasuk verbal & non-verbal,  mendengar dengan teliti,  kerja sepasukan yang positif  dan kemahiran dalam menyelesaikan konflik permasalahan . Dengan berdrama juga dapat meningkatkan keupayaaan anak-anak untuk melahirkan idea-idea yang kreatif. Mereka juga akan terlibat dalam perbincangan, bertukar-tukar pendapat dan membuat pilihan. Permainan drama juga membolehkan anak-anak melahirkan pelbagai emosi mereka di dalam suasana yang terkawal.

Kesimpulannya, kelas speech and drama ni pada saya ada banyak juga manfaatnya. Lagi satu saya suka sebab kelas ni tadelah yang kena perah tenaga, akal dan fikiran sangat pun. Lebih kepada untuk develop self confident dan keupayaan interpersonal. Best kan?



By the end of session. Sir akan buat circle semula and discuss apa aktiviti yang sudah mereka lakukan. Key pointnya semalam mereka belajar maksud F.O.C.U.S dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkkan. Kelas memang fun ajer sentiasa.


Guru yang mengajar juga merupakan seorang yang berpengalaman di bidang speech and drama. Merupakan salah seorang tenaga pengajar di ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan) . Cikgunya memang baik, pandai layan budak-budak. Sebab nak mengajar ni pada saya kena ada passion dan patience. Dua 'P' teramat penting okehhh.

Dah! jom kita sign-up kan anak untuk kelas speech & drama ni. Butiran lanjut, sila hubungi num. telefon yang ada pada gambar di atas yer

That's All and thanks for reading!




 



You Might Also Like

2 comments

  1. bgsnya...murah plak tu feesnya...atleast bdk2 ni ada keyakinan diri utk kebolehan berspeech tu

    ReplyDelete
  2. bagus2
    dekat dengan rumah juga lah nih

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.