Aktiviti NILAM - Mampu kah memupuk semangat membaca anak-anak?

By Friday, March 30, 2018 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Zaman sekarang, di semua sekolah yang saya tahu sudah ada menjalankan aktiviti NILAM atau nama penuhnya adalah Nadi Ilmu Amalan Membaca. 

Aktiviti NILAM ini mula diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mulai pada tahun lepas, NILAM juga diperkenalkan di sekolah Hannah dan Umair. Mengikut pemerhatian saya juga, bukunya telah dinaiktaraf.

Muka hadapan buku NILAM tahun 2018. Lebih cantik dari tahun lepas.
 Kalau dahulu, format buku mereka hanya melibatkan bahan bacaan buku sahaja tapi tahun ni pihak sekolah cuba untuk menyelaraskan seluruh isi kandungannya. Bermakna, bukan hanya tertumpu pada buku sahaja, tetapi bahan bacaan bukan buku juga diambil kira seperti :
Buku NILAM pada tahun lepas (2017). Umair buat sampai tiga buku tapi ended up dia tak pulangkan kepada Mu'allimah semula. Haishhhh~
Bahan ilmiah melalui bacaan di internet, komik, majalah, surat khabar dan poster. Saya juga rasakan memang ianya sangat sesuai kerana percaya bahawa setiap anak-anak ada genre kegemaran mereka. Komik contohnya lah kan.
Macam anak-anak saya pun suka baca komik juga. Tapi biasalah, maknya kalau boleh tapis juga komik apa yang mereka baca. Dan setiap bahan bacaan itu juga ada markah. Kumulatif pemarkahan akan dikira dan pada akhir tahun, pihak sekolah akan menilai pencapaian berdasarkan kumulatif markah yang paling tinggi.

Paling best kalau anak-anak bersekolah di sekolah kebangsaan. Program NILAM akan diiktiraf satu Malaysia. Maknanya, akan ada tokoh NILAM dari sekolah rendah peringkat bandar, sekolah rendah peringkat luar bandar, sekolah menengah peringkat bandar dan sekolah menengah peringkat luar bandar.
Setakat ini, Umair masih bersemangat menjadikan aktiviti menulis buku NILAM sebagai rutin harian nya. Sama macam tahun lepas, tapi alih-alih bila dah dekat hujung persekolahan tuh nampaknya dia dah kurang berminat pula. HAHAH!

Ada gred yang perlu kita tanda untuk mewakilkan bilangan muka surat buku yang dibaca. Lepas tuh kat helaian depan juga ada ruang untuk ditulis markah berdasarkan gred tersebut. Hasil kumulatif markah tuh nanti akan membantu pihak sekolah memberi pengiktiran berbentuk 'jumlah bintang' yang diperolehi.

Umair saya perhatikan dia lebih suka membaca buku bahasa melayu berbanding si kakak yang lebih gemar membaca buku bahasa Inggeriss. Bila ditanya kenapa. Jawapannya sama  saje  adik beradik. Sorang tak paham BM sorang tak paham English. Hadehhh..

Untuk english, saya memang bantu Umair cuba membuat synopsis cerita. Begitu juga dengan Hannah. Ada masa saya guna whiteboard tulis ringkasan di sana dan mereka salin. Ada masa saya mengarang ayat bersama-sama.

Bila tengok balik, bagus juga NILAM ni sebab bantu anak-anak khususnya si Umair dalam membina ayat. Biasa dia buat lintang pukang sket. HAHAH! Dengan huruf besar pun tade, tanda noktah pun hilang.

Lepas tuh kan ade aktiviti lain juga. Bukan setakat rumusan yang memang wajib buat tuh. Contohnya : melukis, bercerita, aktiviti, berpidato dan ada lagi tapi tak ingat.

Let's say lah kalau anak kita membaca artikel di majalah tentang "kebaikan aktiviti memanah". Lepas dia buat rumusan dia juga boleh 'tick' di ruangan "aktiviti" kerana di sekolahnya ada aktiviti memanah. Means memang dia buat lah aktiviti memanah tuh. Praktikal macam tu lah maksudnya..bukan sahaja teori. Atau baca resepi, dan dia cuba resepi tersebut. Pun boleh juga!

Ini buku yang mengisahkan lebah yang dahaga madu tetapi lepas tuh minum air kosong tinggalan manusia. Maka sakitlah perut mereka. HAHAH!
Buku-buku pula kebanyakannya saya pinjam di perpustakaan Hypermedia di Bandar Puteri, Puchong. Ada banyak pilihan. So far, Umair baru buat NILAM dari bahan bacaan buku. Kakak dah ada yang majalah dan komik. Ingat nanti nak search di google juga. Apa yang sesuai untuk direkod dalam buku NILAM.

Ini pula milik si kakak tahun lepas. Alhamdulillah, tahun ini saya lihat dia lebih bersemangat nak buat NILAM. Kemungkinan dia rasa seronok bila usahanya dihargai.

Itulah ragam anak-anak. Sokong apa yang mereka minat. Macam Hannah ni, bersukan or aktiviti yang melibatkan otot memang dia tak berapa sangat. Mungkin kecenderungannya lebih ke arah ini.

Semoga anak-anak kita terus berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

That's All and Thank You for reading! 



You Might Also Like

1 comments