Bila dah lama tak menjahit

By Sunday, March 25, 2018 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Bila dah lama tak menjahit baju kurung and nak start semula memang struggle nya lahai. Tapi saya masih tak patah semangat.

Buka semula nota lama dan buku menjahit yang belajar masa tahun 2016 hari tuh. Garu kepala sebab tengok ada yang tak berapa paham.

Sampai salah gunting leher baju. Aduhhh~~ sayang kain.

Last-last tengok juga youtube. Nasib baik dah boleh recalled and sanggup bersengkang mata sampai pukul 12 tengah malam sebab excited nak siapkan juga.

Alhamdulillah.

Tinggal nak siapkan finishing ajer.

Kain baju tuh beli kat Jakel Shah Alam. Untuk bahagian skirt pula beli di Spotlight MyTown, Cheras since Spotlight di The Mines dah tutup.

Hannah yang pilih corak tuh. Bila dah siap memang padan sangat dengan kain kosong baju tuh. Pandai juga Hannah tolong pilihkan kain. Lepas ni mama dah ada geng nak shopping kain. HAHA!

So,

Pengajarannya adalah :

Apa sahaja ilmu kalau tidak diamalkan memang terasa sia-sia. Ibarat pohon yang tidak berbuah. Pokoknya cantik, subur dan sihat tapi sayang tak ada hasil. Kalau boleh buatlah sesuatu yang bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat di luar.

Peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri sebenarnya.

Anyway, kekonon nak beli kain untuk buat skirt baju kurung Hannah ni tapi biasalah terbabas beli corak cotton yang lain 3 meter. HAHAHA! nak buat lagi baju kurung sepasang. InshaALLAH.


You Might Also Like

5 comments

  1. terror tu walaupun lama tk menjahit kn..kita xminat hehe...bab jahit menjahit mmg hubby yg buat..wife die kerastangan

    ReplyDelete
  2. terasa lak kak hehehe... tp dana mmg tak reti menjahit... nk beljar tp mls...camne

    ReplyDelete
  3. Hakak pun dah lama tak menjahit baju kurung sendiri CB. Malas nak hantar jahit tepi. Kat sini kat mana entah... Jangan tak tau hakak reti buat baju kurung belajar dgn abah tau bukan dengan mak hahaha

    Jenis cotton mcm tu senang nak gunting, tak payah jahit tepi pun tak pe kan.

    ReplyDelete
  4. auuu rajinnyer dia.. akak dah lama tak menjahit..mesin jahitpun duk kat store.... okler tu gunakan kepakaran untuk kebaikan... rindu nanny.. akak dah lama tak ke LiyLin...

    ReplyDelete
  5. seronok sebenarnya bila dapat jahit baju sendiri ni kan, akak pun dah lama tak menjahit baju, itu 3 kain pasang entahkan bila nak membuatnya sebab orang bagi, kalau tak akak ni beli baju siap je hehehe

    ReplyDelete