Outdoor Birthday Photoshoot Hannah Di Taman Saujana Hijau, Persint 11

By Sunday, March 04, 2018 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Pertama kali menjejak kaki ke Taman Saujana Hijau, Persint 11 seperti tak percaya berada di Malaysia. Dari jauh, kelihatan pokok pine yang tersusun indah. Terus terbayang kecantikan dan kesegaran koen-koen ( taman ) di Jepun suatu masa dahulu. Bukan sahaja cantik tapi juga bersih!

Cuma , kalau tanya saya mungkin tandas perlu diperbanyakkan memandangkan hanya ada 1/2 sahaja tandas yang ada. Kalau sudah terlepas satu, makanya kena tawaf jauh juga lah untuk ke tandas yang satu lagi.

Parking percuma dan boleh park di kawasan padang yang berhampiran dengan balai polis. Jangan risau, parking memang banyak kat area tuh. And lagi satu, ade juga satu kawasan parking yang seperti di lereng-lereng bukit tapi kat situ macam terhad sangat if nak parking pun. Dan area tuh short cut nak ke puncak.

Masa kami sampai pun dan pukul 815am dan ramai juga yang dah turun dari bukit tuh. Kami pun sama-sama lah berjalan mendaki bukit tuh. Jangan risau, memang selamat untuk bawa anak-anak sebab jalan nye bertar. Ramai juga yang bawak baby dengan stroller. Ada juga disediakan pondok-pondok sebagai tempat berehat. Nak piknik pun boleh ok!

Cantik pokok tu kan?
Kalau korang nak tau, tempat ini juga sesuai untuk photoshoot. Pagi kami sampai tuh dah ada orang amik wedding photoshoot.

Kami jalan memang style lenggang kangkung pun sebab tujuan nak berhotoshoot ajer. Budak-budak ni terjumpa pula macam satu kawasan lereng bukit yang ada tangga diperbuat dari kayu tapi keadaannya more to terbiar. But yet, so stunning ! sebab ada bunga-bunga liar yang warna purple tuh di kiri dan kanan.

Masa ni, mak paksa anak-anak turun. Tadi memula excited nau! sekarang semua tolak menolak suruh turun dulu. Ended up, kakak jugalah kena lead adik-adik. HAHAHAH!
D.I.Y number 10 tuh recycle dari majlis tunang yang saya ambil gambarnya tempoh hari. Kebetulan tarikhnya 10 Februari dan Hannah officially 10 tahun pada hari Ahad yang lepas (25 hb Februari)


 Walaupun harituh hari lahir si kakak. Adik-adik juga saya suruh berposing. Hehhe..
Kat bawah tuh sebenarnya semak samun. Budak-budak ni kata dengar cengkerik la, ade rama-rama and sejuk sket katanya. Mana datang aircond pun saya tak tahu. HAHAH!

Kami teruskan lagi perjalanan untuk ke garisan penamat. Nampak juga lereng-lereng bukit yang dibuatkan anak tangga comel-comel. Saya pandang ajerlah walaupun dalam hati rase nak pergi juga panjat ke atas. Mesti pemandangan nya lagi cantik!

Ada beberapa pondok yang cantik disediakan untuk kita berehat ataupun berpiknik. Kat area sini pun lawa sangat. Tak pastilah apa nama pokok-pokok ni. Tapi feeling kat oversea sangat tau!



 Di bawah sinaran cahaya matahari yang di sebalik ranting pokok-pokok kayu.

Bunga-bunga sebagai penyeri.
Too bad bila mama lupa nak bawa air masak sebab tertinggal dalam kereta. Memang kehausan lah semuanya. Riang gembira bila budak-budak ni jumpa vending machine. Tapi satu vending machine tuh dah rosak. Tak banyak pun pilihan yang ada tapi ok lah dari tade langsung. Pengajarannya lain kali kena ingat bawa botol air.

Masa balik tuh dah almost pukul 11:00 am. Matahari masa tuh dah naik jugaklah dan cuaca mula panas membahang. Agak stress bila fikir nak menapak tu masih jauh dan tiada botol air di tangan. Bolehnya masa nak balik tuh, kami tersesat sebab nampak lereng bukit turun ke bawah yang disangkakan shortcut. Sekali bila turun elok jer kat sebelah rumah orang. Ohh!! kawasan perumahan rupanya. Kalau dari atas memang nampak lah bumbung-bumbung rumah orang tuh.

Sekali mak dah tak larat. Terus called Grab Car minta hantar ke tempat parking kereta. HAHAH!
InshaALLAh, next time kami nak pi time petang pula.

That's All and Thank you for reading

You Might Also Like

2 comments

  1. Cantikk jugak sini nak photoshoot rupanya. Nani tak pernah pergi. Heheh. Cantik cantik gambar kak Nany.

    ReplyDelete