Resepi Ikan Dory Kukus

By Friday, March 16, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Sebenarnya dah lama nak cuba masak ikan dory ni. Cumanya hari tuh masa kat GIANT saya tak jumpa saiz yang agak kecil. Semua pun yang saiz XL. Lagipun untuk first time nak buat saya selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa mencuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Samalah kalau nak beli barang-barang lain juga.

Setelah mencari di internet resepi-resepi yang berkaitan. Saya pun akhirnya memulakan misi memasak ikan dory kukus. Pada saya, ini resepi untuk beginner yang mahu berjinak-jinak dengan dunia masakan. Kalau yang dah pro tuh..memang sebelah mata ajer lah kot boleh buat. HAHAH!

Lagi satu, resepi ni sangat menyihatkan. Dahla guna ikan dan lepas tuh cara memasak pula dengan teknik mengukus. Yang nak diet or tengah pantang tuh..boleh la masukkan masakan ini sebagai list dalam menu semua yer.


Okey.. jom semak dahulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Ikan Dory Kukus.

Inilah rupa bungkusan ikan dory yang saya beli di Giant. Ikan fillet ni senang tau sebab tak yah nak siang-siang, buang tulang dan sisik. Cuma keluarkan dari peti ais dan nyahbeku sehingga fillet ikan tersebut menjadi lembut.

Setiap sekeping fillet ni lebar saiznya sebesar 3 jari orang dewasa. Just nice kalau nak digoreng juga untuk digoreng buat ala-ala hidangan "fish and chip".

Air dari isi ikan ni memang banyak. Sebelum saya marinate ikan-ikan ni, saya perah juga airnya. Sebab nanti bila nak kukus lagi lah banyak air yang keluar dari isi ikan ni.

Seterusnya, bahan-bahan lain yang diperlukan adalah seperti :

1) Garam / serbuk perasa -
2) Daun bawang yang dipotong dalam lebih kurang 3 cm
4) Halia diracik halus
5) Bawang putih ditumbuk halus
6) Minyak bijan
7) Sos tiram
8) Kicap manis - Kipas udang atau Jalen
9) Serbuk Lada hitam
10) Daun sup diptong halus - hiasan
11) Cili besar juga dihiris halus - hiasan

Langkah pertama :

Lumurkan pada permukaan ikan fillet dengan bawang putih dan garam / serbuk perasa. Letakkan hirisan halia dan potongan daun bawang.

Langkah kedua :

Gulung ikan tersebut sehingga membentuk roll seperti di bawah

 Langkah keempat :

Sapu kan dengan sos tiram, minyak bijan, kicap cair dan akhir sekali taburkan dengan serbuk lada hitam.

Okey..untuk permulaan. Kita mulakan dengan 4 keping dulu...sebab takut rasenye tak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bila dah ready, boleh la kita mula mengukus dengan api yang sederhana selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

Bila dah masak, boleh pindahkan ke dalam bekas pinggan ekslusif yang korang ade. Kalau nak serve dengan bekas loyang tuh pun boleh ajer. Lagila kalau time krisis air kan. Tak yah banyak sangat perkakas nak dibasuh. HAHAH!

Jangan lupa taburkan dengan hirisan cili merah dan daun sup.

Sedia untuk dimakan.

Rasa ikan ni sangat lembut. Saya suka sangat. Tapi tekak anak-anak pula tak berapa nak gemar. Takper, mungkin lepas ni mama kena buat fish and chip pulak kot. Baru laku keras. HAHA!

Sesuai sangat menu ni dimakan dengan beras jepun tuh. Buat pula miso sup. Fuhh...laju weh menyuap.Habislah diet ke laut Andaman.

Ok kawan-kawan. Selamat mencuba semua yer.


You Might Also Like

3 comments

  1. wahhhh nice recipeee... nnti boleh try buat :D
    follow sini #120

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak Nany. Nanti boleh lah try jugak buat dekat rumah :)

    ReplyDelete
  3. tak boleh diet yer kalau gini.. .cam kukus2ni sesuai untuk diet.. cuma yerler dah kuantiti makantu berlebihan memang kelaut...
    nanny akak tau goreng masak 3 rasaker... ooo ada yer kat giant kitatu...
    cam tak penah tengokler pulak...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.