Apa nak buat kalau geran kereta hilang.

By Monday, April 02, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kalau korang pernah mengalami kehilangan geran kereta macam saya. Step yang pertama jangan gabra yer. HAHAH! relaks ..tarik nafas..hembus nafas. Cari dahulu betul-betul dan ingat kat mana korang letak. Tapi, kalau dah jenuh cari and tak jumpa juga ..maka boleh ikut step-step di bawah :

Step Pertama :
Buat sehelai salinan kad pengenalan owner kereta depan belakang. Kalau terlupa nak buat takper sebab saya pun photostate kad pengenalan dekat kedai runcit situ juga. Dekat jer kedai nyer..kalau tak tahu tanya pakcik yang jaga number giliran kat JPJ tuh ha.

Step Kedua :
Pergi ke JPJ yang berhampiran. Saya tinggal di Bandar Kinrara, Puchong jadi saya berhasrat untuk buat di JPJ PUTRAJAYA


Ini link nya : http://www.jpj.gov.my/putrajaya

Boleh parking di luar kawasan yang disediakan dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Saya datang hari Isnin pagi dalam pukul 8 lebih macam tuh. Banyak lagi parking space nya.

Step Ketiga :
Ambil borang khas di kaunter nombor. Beritahu pakcik yang jaga tuh cakap geran kereta hilang and nak buat yang baru.

Step Keempat :

Isi borang tersebut dengan lengkap dan ambil angka giliran. Tak lama pun nak tunggu ..depends pada crowd. Tadi, tak ramai orang..tunggu dalam 2 orang jer pun.

Jumaat lepas, ramai betul orang sampai terkeluar. Yerla, JPJ Putrajaya ni comel ajer..dalam tu pun tak banyak kerusi yang disediakan. Ada yang kena berdiri kat luar pintu. Tapikan korang, servis mereka sekarang sangat memuaskan ! Tak sampai 30 minit. Geran pun siap!

Step Kelima :
Pembayaran yang perlu dibuat adalah sebanyak RM50 dan cara bayaran nya adalah tunai.

Step Keenam :
Dah siap, boleh balik and simpan elok-elok dalam fail. Jangan hilangkan lagi yer korang! ahaks..pesanan ini juga ditujukan untuk diri sendiri.


That's All dan semoga bermanfaat untuk semua.

Thanks for reading!

You Might Also Like

0 comments