Resepi Homemade Chicken Fingers

By Wednesday, April 11, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Saya percaya kat sini mesti ada mak-mak yang suka buat homemade nuggets, fishballs, chicken meatballs dan pelbagai lagi makanan yang jika dibeli di luar dikategorikan sebagai processed food . Bukan senang sebenarnya nak cari masa untuk buat makanan yang sihat ni kan.

Memerlukan masa dan pengorbanan. Betullah ada pepatah mengatakan "sihat itu jihad!"

Saya ni pun saja nak mencuba resepi yang kawan saya kongsikan di FB beliau. Nampak macam best ajer kan. Why not kita cuba?

Kebiasaannya, saya kalau buat nuggets sendiri takderla sampai mengukus dan saya campurkan tepung gandum sikit ke dalam ayam yang sudah dihancurkan tuh.

Tapi untuk resepi kali ini, saya gantikan dengan roti gardenia dan kukus dahulu sebelum digoreng seperti biasa.

 Sekali tengok nampak macam isi tauhu kan? hehehe...

Ok, jom kita check resepi homemade chicken fingers.

Bahan-bahan:

1) Dada ayam - boleh guna Az-Zain, or beli di Mydin yang dah siap slice tuh, or beli ajer ayam biasa then amik part isi saje.

2) Telur - 1 or 2. Bergantung kepada kuantiti ayam. Saya guna 2 biji telur untuk dada ayam dalam sebekas brand Az-Zain.

3) Garam - 1/2 sudu kecil

4) Roti gardenia - 4 keping. Dipotong dadu

5) Sedikit air - Dalam 2-3 sudu

6) Carrot - disagat

7) Seulas bawang putih

Bahan-bahan untuk menyalut ayam :

1) Serbuk roti

2) Tepung crispy fried chicken

3) Sebiji telur

4) Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara membuat :

1) Potong ayam dan roti gardenia berbentuk kiub

2) Sagat carrot

3) Pecahkan telur dan masukkan kesemuanya ke dalam food processor

Masukkan ke semuanya ke dalam food processor. Jangan lupa tambah garam yer. Saya masukkan sikit - sikit dulu. Bila dah hancur semuanya, baru ditambah lagi kuantiti ayam dan bahan-bahan lain.

Kalau nampak susah blade food processor tu nak bergerak, silalah tambah air. Sikit jer..jangan banyak-banyak. Asalkan semua bahan dalam tuh boleh bergerak bersama. Seiring dan sejalan gituh!

Bila agak-agak semua dah hancur sebati. Pindahkan ke dalam bekas yang sesuai. Make sure bekas korang guna tuh muat untuk diletakkan ke dalam bekas pengukus masing-masing.

Tips untuk nampak rata bahagian atas tuh, guna belakang sudu dan basahkan dengan air. Kemudian, ratakan permukaan tuh.

Kukus for about 20-30 minutes.
Bila dah masak dan sejuk. Boleh lah keluarkan dari bekas loyang tadi and potong jadi bentuk memanjang macam dalam gambar ni. Dah namanya pun finger. Haruslah bentuknya begitu. Tapi ikut lah masing-masing punya kreativiti. Kalau nak bentuk segitiga ke trapezium ke, heksagon ke, pun boleh ajer.

Pecahkan telur dan pukul sedikit telur tuh. Masukkan chicken finger tuh ke dalam telur. Golek - golekkan.

Ini pula campuran breadcrumbs dan tepung crispy tuh. Kalau korang takde tepung crispy pun takper..boleh jer guna breadcrumbs tuh tapi make sure letak garam sket. Sebab kalau tak nanti tawar pulak. Tepung crispy ni memang dah bergaram. So, saya tak letak garam dah.

Next is, korang salut rata dengan bancuhan breadcrumbs ni. Make sure semua sudut / bahagian / sisi kena salut yer.

Bila minyak dah panas, bolehlah masukkan dalam tuh. Goreng sehingga warna chicken finger tuh menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.

Dah pun siap!

Sangat sedap dimakan begitu sahaja ataupun anak-anak akak suka makan dengan sos mayonnaise. Buat banyak-banyak then simpan ajer dalam fridge. Bila nak makan, keluarkan dan goreng terus . Jimat masa kita kan?














You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya homemade chicken fingers. .xbrp rajin nk buat. .Mmg bli je here.. Tq sharing resepi. .Mn tau nk try kalo ada kerajinan hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak Nany. Nanti nak try lah, banyak dah resepi kak Nany ni Nani simpan tapi tak terbuat lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.