Umair's first chess tournament

By Monday, April 16, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pengalaman pertama si Umair masuk chess tournament pada hari Sabtu lepas. Kalau yang memula dulu kakak dia masuk. Now, kita bagi peluang pada adik dia pulak beraksi.

Dengan kawan-kawan seperjuangan. All are boys!
Alhamdulilllah..

Sebenarnya, tak sangka bila ada supportive parents yang nak sama-sama menjayakan kelab catur sekolah derang ni. Pada kami, sebenarnya nak bagi experience saja. Kalah menang tuh letak tepi dulu sebab anak-anak ini belum lagi attend sebarang chess class yang ada trainer datang mengajar.
Oh yer!

Masa memula teman Hannah join chess tournament aritu, memang penat jugaklah nak menunggu. Tak silapnya kena main sebanyak 8 rounds. Tunggu lah dari pagi sampai ke petang.
Masa ni time break. Yang pakai topi tuh salah sorang parent yang temankan sekali. Memang pandai main juga. So, indirectly jadi coach budak-budak ni. Hehe~~

Sedang menunggu pihak lawan sampai

Sempat lagi main seround.

Perlawanan persahabatan dengan Indian boy tuh. Power kot dia main. Dapat number 2 kategori U9.
Jadi, penting untuk ada tempat melepak yang sesuai. Surau, tempat nak cari makanan dan tandas. Lepas tuh, better kalau korang pergi kena ada geng mak-mak yang lain. Sebab nak handle anak-anak ni pun kena bergilir juga.

Guru pengiring kalau dua orang tuh tak berapa nak cukup. Kami selalu parents at least kena ada 4 orang. Guru pengiring sampai 3 orang. Amik ko!

HAHAHAH~~~

Setiap masa permainan ni sekali round main akan amik masa selama 20minit. Lepas tuh tunggu another 25minit untuk tahu pairing kita ke next round. Semua tuh boleh check online saja.

Budak-budak ni happy sebab ada kawan kot.

Umair menang 2 round out of 7 rounds of game. Lepas tuh perasan juga yang dia main agak lama compare dengan kakak dia main. Mungkin cara permainan mereka berdua tak sama.

Sebab parents tak boleh masuk ke dalam dewan. Jadinya , mama cuba ambil gambar dari luar cermin ajerlah yer.
Sampai kembang hidung ko nak oii!!! HAHAH~
Setiap kali lawan dengan perempuan, dia mesti menang. Napelah tak lawan dengan semua perempuan kan? HAHAH~

Betul lah! kanak-kanak sebenarnya cepat mesra. Siap derang tanya, "awak darjah berapa". Hehehe~
Final round. Lama sangat mama tunggu. Orang lain ramai  dah habis and tengoklah meja-meja sebelah  tuh pun dah banyak yang kosong. Bila kuperati, rupanya dia siap bersembang lagi haaa.
Rakaman dari handphone mama menunjukkan mereka berdua sedang berborak atau berbincang. Tu kalau tengok patutnya dah macam kena warning sebab touch move. HAHA! bila kutanya apa yg mereka borakkan.

Jawapan Umair : " Abang tuh cakap ada rahsia. Rahsianya dia ada girlfriend"

Oh my !!

HAHAH~ sabar ajerlah.

Btw, budak yang lawan Umair darjah 6. Okeylah tuh dapat main dengan agak lama. Ke banyak sembang sebenarnya? Huuu...

Tahniah Umair! lawo sijil. Lepas ni kita boleh berlatih dengan lebih serius lagi yer.

Mama dan parents lain tengah berbincang nak buat t-shirt dan hired trainer. Doakan semoga kelab catur di sekolah anak-anak ini cerah masa depan. InshaALLAH~~



You Might Also Like

2 comments

  1. Peramah sangat ni Umair. Heheh. Tahniah Umair, okay lah tu dapat timba pengalaman, jumpa kawan kawan baru.

    ReplyDelete