Cerita PMS Di Usia Lewat 30-an

By Thursday, May 03, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

PMS - Premenstrual Syndrome selalu dialami oleh kebanyakan wanita dan hanya yang melaluinya sahaja faham bagaimana 'rasa' PMS ini.

Mungkin juga ada diantara mereka yang tak pernah rasa pun PMS tuh bagaimana. Untuk saya sendiri, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang PMS yang pernah saya alami semenjak kali pertama saya didatangi haid , masuk usia belasan tahun, kemudian ke 20-an, kemudian bergelar seorang isteri dan ibu dan sekarang usia sudah melewati 30-an.

Jujur saya katakan PMS yang saya alami tidak sama.

Jadi, saya nak bagitahu kat semua pembaca bahawa tidak perlu gusar atau takut kerana ianya adalah normal. Kecuali kalau korang punya kitar haid tidak teratur atau ada lagi perkara yang abnormal berlaku. Itu memang kena jumpa doktor lah yer.

Sumber gambar dari google

Saya juga pernah kawal pengambilan gula termasuklah nasi dan segala macam jenis kek, mak nenek jenis kuih. Oh yer! ini termasuklah pengambilan caffein juga. Korang ingat senang? susah wooo~~~

Exercise pun saya cuba buat 3 kali seminggu selama beberapa bulan. Memang betul!

Hasilnya sangat positif . PMS saya tidaklah seteruk hari ini atau sebelum saya ubah diet dan cara hidup saya.

Sekarang ni, ke laut Andaman betul lah. Exercise pun cuma sekali seminggu jer. Haishhh!!!

Okey..sengaja nak share kronologi tentang PMS yang saya pernah lalui seawal usia 12 tahun.

Masa mula-mula kena tuh saya pun tak sedar sebab kena di sekolah. Balik rumah baru lah tahu . Tapi, saya ni tak gabra or nangis or menjerit macam kena histeria tuh. Relaks jer dan dah tahu nak buat apa. Tapi part yang tak best, mak saya sendiri pun saya tak cerita. SEGAN dan MALU. Huhuhuu~~~~

Malam tuh, sakit perut sangat-sangat. Cramp. Tak tahu nak cakap camana. Mak cuma cakap minum air lemuju. Korang tau tak air lemuju tuh air apa? HAHAH! Silakan google.

Air ni rasanya pedas ya amat! minum seteguk jer. Tapi panas bahang dia lalu kot tekak tuh...aduhhh...hahah! sampai sekarang masih kuterasa.

Alhamdulillah. Lepas tuh baik terus.

Then, tak pernah dah kena PMS yang sampai cramp perut macam tuh.

Tapi, bila usia menginjak remaja. Seminggu nak period, selalu kena 'tender breasts'. Rasa ngilu pada both breasts. Tapi tak sakit pun and once period, everything was gone!

Until Masuk Universiti , masa tuh lewat belasan tahun nak masuk 20an. Ada sesekali cramp kat perut tuh datang. Kalau tak tahan sangat, telan panadol ajer. Nak cari air lemuju kat KL mana lah nak jumpa yer dak?

Lagi satu, selain dari cramp kat perut tuh saya juga mengalami masalah jerawat yang agak serius. Bila nak period, jerawat yang kategori jerawat batu tuh pun mula lah hinggap di muka.

Kebiasaannya, di dahi dan di kawasan hidung. Jelaslah, area tuh memang berminyak. Dulu pulak mana ada kesedaran sangat nak minum air masak sampai 2 liter. Segan dan agak malu bila jerawat yang naik kat dahi tuh kawan-kawan bergurau katanya 'torchlight' HAHAH!

Lama tau, jerawat ni nak sembuh. Sebab dia naik lambat dan lepas tuh masak dulu and lepas tuh baru nak surut. Kesian betul kan? Memang low self esteem gak lah dulu. Hehehe~

Fast forward, masa usiaku dalam 23-25 tahun. Kena PMS yang sangat teruk di office. Siap cramp perut yang melampau, muntah-muntah dan diarrhea. Lepas tuh ingat lagi kena pi Twin Towers Clinic and masa jumpa doktor tuh pun sempat muntah. Lastly, doktor tuh suh pi baring dalam billik khas derang untuk berehat.

Hurmm..kejadian yang sama masa ada course di Singapore. Masa tuh melawat vessel. Lepas tuh memang rasa sakit dia unbearable. Menyebabkan, saya terduduk dan nak pitam. Lepas tuh, terpaksa dipapah masuk ke sick bay and ade sorang mamat ni entertain tanya . What happened?

Nak tak nak...walaupun segan, kena lah bagitahu. Alhamdulillah...dia nampak sangat cool and ade bagi ubat pada saya waktu tuh. Dan saya pun disuruh berehat.

Ini dua kejadian PMS yg agak terus pernah saya lalui. Yang sampai kena MC pun pernah tau. Bukan dibuat-buat. Tapi memang sakit pun. Selalunya, hari ke -2 dah hilang.

Bila dah kawen dan ada anak. Symptom PMS yang saya sebutkan tuh dah hilang tapi timbul pulak simptom yang lain.

Macam sekarang kalau saya tak jaga makan dan minum. Saya akan diserang sakit kepala, jerawat manja-manja, badan akan rase panas dan berpeluh luar biasa, ekzema - gatal-gatal pada kullit and last sekali mood swing. Rasa nak marah tak tentu fasal. Huuuu~~

Tapi semua benda ni akan hilang selalunya hari pertama atau kedua period.

Sumber gambar dari google
Bila jadi macam ni, selalu saya tetap akan baca Al-Quran dan more to hafazan. Mana surah-surah yang saya tengah hafal tuh saya akan baca. Lagi satu, kalau mood tak betui tuh..banyakkan zikir dan istighfar.

Untuk sakit kepala tuh...saya memang tak pernah ambil panadol sebab tahu apa yang trigger jadi sakit kepala dan tak mahu bergantung kepada panadol everytime sakit kepala. Lagipun bukannya lama pun sakit dia. Jadi, apa yang saya buat adalah.

Minum air kosong banyak-banyak dan tidur. Kadang hilang kadang tak.

Beginilah nasib badan ketika usia hampir 40-an. Dan pada saya juga, apa yang berlaku adalah tanda rasa kasih dan sayang ALLAH S.W.T kepada hambanya.

Mungkin ALLAH S.W.T nak siap sediakan mental dan fizikal saya menghadapi menopause pada masa akan datang.

Oh anyway! saya ada terjumpa berkaitan makanan yang perlu diambil ketika dalam PMS. Antaranya, ikan salmon, biji kekacang, buah pisang, brokoli dan dark chocolate. Kena elakkan ayam atau daging.

Tapi, saya rasa benda ni depends juga kat individu tuh kan. Kalau jenis tak de effect. Boleh lah kot makan semua. HAHAH~

Suami pun kena faham keadaan isteri bila dilanda PMS. So that, tade lah berlakunya perang dingin di dalam rumah. Mungkin waktu tu, suami perlu ambil alih tugas isteri untuk sementara waktu. Termasuk juga hal anak-anak.

Pada saya selagi PMS yang berlaku mampu dikawal. Alhamdulillah..anggap lah ianya sebahagian dari cabaran hidup. Kalau rasa kronik , perlu kot dapatkan nasihat dari pakar sakit puan. Supaya hidup kita sekeluarga ceria dan cergas sentiasa.

That's All from me and Thank you for reading!




You Might Also Like

1 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.