Pertama Kali Makan Di Ole-Ole Bali Restoren

By Sunday, May 06, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kisah hari Khamis yang lepas bila berdating dengan kawan baik ku yang sorang ni. Kalau sebulan sekali tak jumpa tak sah lah kan?

Nasib lah D'Pulze tuh dari rumah tak jauh mana. Sebenarnya, jumpa pun nak update story masing-masing. Maka, sengaja pilih tempat yang suasananya agak romantik gituh.

Yang kalau ko bisik Yusof Taiyuub tuh InshaALLAH kedengaran. HAHAHAH!

First time saya makan di Ole Ole Bali Restoren ni. Settingnya dan hiasan memang ke arah citarasa BALI lah kan. Boleh pilih nak makan kat dalam atau dok kat luar. Untuk smoker memang sesuai kalau duduk di luar kan.

Lagi satu, yang kat dalam pun ada tempat duduk ala-ala Jepun style. Bukak kasut and bersila atau bersimpuh. Cozy lah sebab ada bantal-bantal yang mengelilingi korang makan.

 Ole-Ole Bali yang kami pergi ni terletak di dalam Mall D'Pulze di Cyberjaya. Selangor.
 Susunan meja makan dan hiasan dalaman restoren Ole Ole Bali.
 Memandangkan saya pertama kali menjejak kan kaki di Ole Ole Bali Restoren. Maka, saya serahkan pada Atirah untuk memilih apa yang sedap dan praktikal untuk disantap oleh kami berdua tengahari tuh.

Belek punya belek menu. Kami pun setuju memilih Bali Trio. Tengok hidangan dalam gambar menu tuh memang banyak sangat. Boleh kongsi dua orang okey. Lepas tuh part lain yang saya suka, real makanan yang kami order memang sama nya sebijik macam dalam gambar menu tuh?

Cer korang perhatikan.

Sama kan?

HAHAHAH~
 So, dalam Trio Bali tuh, ada sotong celup tepung goreng, sos mayo kot tuh, sambal belacan, sate yang die cucuk pada batang serai, kat tengah tuh salad, drummet / chicken wings and sambal last tuh macam sambal bawang ada cili yang sedap sangat!

Ini pula nasi yang kena order asing. Sebab tiada dalam set Trio Bali tuh. Beras dia sangat lembut macam makan nasi impit pun ada. So, cepat kenyang walaupun sebenarnya nampak macam standard nasi lemak seringgit jer. And kat dalam nasi tuh ada keledek tau! Heheh..memang unik.

And rasa satay die lain dari yang lain. Cukup rempah, masin, manis serba serbi. Dari segi kepedasan memang OK. For me, tak pedas langsung. Hehehe~

Suka sangat dengan konsep serai menggantikan lidi. Sebab aroma dan rasa dia lebih sedap dan umph! Serai dia pulak yang sihat dan gemuk-gemuk tau. Rasa nak bawak jer balik, recycle buat masak lemak cili api kat rumah. HAHAH!
Air pula kami sepakat order air barli lemon. Uihhhh!!! sedap uols. Dingin jer lalu kat anak tekak ni ha!
Overall, saya puas hati sangat makan kat sini. InshaALLAH, nanti nak ajak husband pulak lah bebila makan kat sini pulak.


Last but least,

Thanks sahabat ku Atirah!

Semoga persahabatan kita kekal ke jannah InshaALLAH. Aku doakan ALLAH S.W.T murahkan rezeki ko sekeluarga dan dipermudahkan urusan walau di mana ko berada.

Loads of Love! ( baca ala-ala Fazura ) HAHAH~~



You Might Also Like

4 comments

  1. pernh mkn juga kt empire shoppingmall subang..sedap...tp harga boel tahan ..nasibaik kami share rmi2 hehe

    ReplyDelete
  2. Susah nk jumpa yang presentation dia sama macam dalam gambar tu kak. Nampak sedap semua. Nak try lah nanti. Kena cari mana outlet yg paling dekat nampaknya ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Sana Ada Jual alcohol ke?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.