Resepi Butter Cake Sedap Dan Gebu

By Friday, May 04, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Antara kek yang saya suka buat selain kek batik adalah kek butter. Sebab bahan-bahan yang digunakan adalah sedikit dan cara nak buat pun sangat mudah.

Lagi satu, kalau nak sedap boleh cuba unsalted butter dari pelbagai brand yang ada di pasaran. Rasa pun takder la masin kan.

Tapi, kalau nak guna butter biasa tuh pun boleh jer. Heheh..terpulang pada citarasa masing-masing.

Kalau tak nak letak serbuk koko pun takper. Plain butter also sedap :)
Resepi kek butter ni saya ambil dari blog chef kegemaranku iaitu Aziekitchen. Saya ikut sama macam apa yang beliau kongsikan kecuali saya kurangkan gula sedikit.

Bahan-Bahan :

1) 250gram tepung naik sendiri
2) 250gram butter - saya guna unsalted brand TATURA
3) 4 biji telur - Gred A
4) 180 gram gula - Saya kurangkan jadi 150gram
5) 1/2 cawan susu segar - Saya guna brand Farm Fresh
6) 1 sdb serbuk koko - optional

Cara-cara :

1) Panaskan dulu oven pada suhu 180 degree Celcius. Kemudian, putarkan butter bersama gula sehingga bertukar menjadi cream ataupun sehingga warnanya bertukar menjadi agak pucat. Proses ini mabil masa dalam 5 minit gitu.

2) Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil mixer masih berputar . Oh yer! masa ini kurangkan sedikit kelajuan yer. Kalau tak nanti, habis satu dapur uols terpercik dengan telur. HAHAH!

3) Bila sudah sebati, masukkan pula tepung berselang seli dengan susu segar.Sesekali tuh, kalau nampak ada sisa tepung/ butter kat tepi-tepi bekas mixer tuh jangan lupa scrap off everything semula yer.

4) Saya guna loyang square 9" yang sudah disapu rata dengan shortening. If korang nak lapik dengan kertas baking pun boleh.

5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu yang plain and satu lagi untuk letak serbuk koko. Lepas masukkan serbuk koko tuh, make sure korang gaul rata-rata okey? lepas tuh tuang lah adunan yang berperisa koko tu dulu ke dalam acuan. Then, diikuti dengan adunan yang plain. Proses ni sebenarnya ikut kreativiti masing-masing. Heheh..Tak kisah pun yang mana dulu.

6) Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180 degree celcius selama 40minit atau sehingga masak.

Dah pun siap!

Minggu ini memang anak-anak bawak bekal kek ajer la ke sekolah. HAHAH! Nasib ko lah anak-anak. Senang keje mama ni. Alhamdulillah..so far, memang habis lah bekal kek tuh. Agaknya makan ramai-ramai dengan kawan kot. Heheh~

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

4 comments

  1. gebooo tu...br smlm mkn ..ada opismate buat..sedap juga

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap. cake paling lama kan cuke dh dipelbagaikan dan diolah. Hehehe dap dap buka puasa makan cake. Xpon buat di pg raya. TQ nany sharing resepi nnti nora nak try buat.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.