Cerita Pilihanraya Umum -2018 (PRU14)

By Sunday, June 03, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Saya masih dalam mood yang baik untuk bercerita tentang kisah PRU-14 ini. Mungkin memandangkan ini merupakan kali pertama saya sebagai rakyat Malaysia turun mengundi. Nak pulak keputusannya adalah yang paling bersejarah dalam kisah pilihanraya Malaysia.

Tahun ini, saya pulang ke kampung saya di Bagan Datuk, Perak untuk mengundi. Sebab apa balik kampung? sebabnya alamat tak ditukarkan lagi ke kawasan rumah di Selangor ni. InshaALLAH, lepas ini akan dibuat pertukaran alamat.

Walaupun pada asalnya, saya malas nak pergi mengundi disebabkan dua faktor utama ini.

 1) Hari mengundi jatuh pada hari Rabu. Pelik juga saya, kenapa nak dibuat hari Rabu sebab hari bekerja dan bersekolah kan. Minggu itu juga merupakan minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi Hannah dan Umair.

2) Malas nak drive balik ke kampung sesak-sesak makan jem. AHAHAH!

Walaubagaimanapun,

Instict saya 20% nak pulang juga mengundi. Peratus keinginan nak balik mengundi ditambah oleh dorongan dari kawan-kawan yang rapat. Lepas tuh, sempat fikir macamana lah sebenarnya perasaan mengundi ni yer. Ntah-ntah next PRU tak dapat nak mengundi. Ajal dan jodoh semua ketentuan ILLAHI.

Faktor utama yang lain, bila dah tak larat tengok sistem pemerintahan yang 'stagnant'. Kita pun perasan, balik-balik muka yang sama , pusing-pusing kat situ juga orangnya. Alasan dan jawapan menteri-menteri terdahulu pun sangat lah sentap mak nap!

Media TV jangan cakaplah. Semuanya berat sebelah.

Tak tahan juga bila tengok sistem pendidikan di Malaysia. Yang terlalu exam oriented tapi bila buat ujian PISA. Corot juga kita. Saya seorang ibu yang mengambil berat hal pelajaran anak-anak. Jadi, saya particular bab yang satu ini.

Huhuhu~

Hari Selasa, bergerak ke kampung dalam almost pukul 2pm. Alhamdulillah, ada masa kereta banyak esepecially nak masuk ke arah jejantas Sungai Buloh tuh. Lepas LATAR, and exit ke Kuala Selangor. Jalan clear. Sepanjang jalan, memang meriah dengan bendera parti masing-masing. Masa ini jugalah, anak-anak pun excited tengok bendera. Masing-masing dah ada fav bendera mereka.

Ini hanyalah berdasarkan warna dan pattern bendera parti sahaja yer. HAHA~  Kami berhenti makan tengahari di restoren Ayam Penyet di Sungai Besar , Selangor.  Masa tuh dah pukul 4 petang dah pun. Tapi , saya tak makan lunch sebab takut bila berhenti nanti jam pula kan. Seboleh-bolehnya nak sampai kampung awal.

Di Sungai Besar, ada beberapa kumpulan anak muda yang berbaju biru menaiki motor dan kereta berkempen. Semua bawak bendera dan sepanduk. Meriah terasa bagai nak beraya! tinggal lagu raya jer tak ada.

Esok tuh, dalam pukul 7:45am. Ayah dah ajak saya pergi ke sekolah untuk tujuan mendaftar dan seterusnya pergi mengundi.

Buat pengetahuan semua, kawasan Bagan Datuk ini memang kawasan jajahan Dato' Seri Zahid Hamidi. Dari kami adik beradik masih kecil lagi nama Dato' Zahid Hamidi dah terpahat di hati orang-orang kampung. Jadi, tak heranlah kalau beliau masih mampu mempertahankan kawasan jajahan beliau.

Kesampaian di kampung.
Sementara menunggu makanan sampai. Kita posing dulu lah yer.
Gambar wefie dengan milo ais katanya
Berhenti semata-mata nak bergambar
Ayah sedang memeriksa list nama untuk pendaftaran
Ini jer banner yang ada nak bergambo . Ahahah~
Barisan yang tak panjang pun kalau compare dekat kawasan-kawasan bandar.
Pukul 8 pagi beratur, pukul 8:10am dah settled. Dengan happy nya terus upload gambar dalam IG. Hahaha! satu kejayaan betul bila dapat mengundi.
Dakwat kekal itu masih kekal di kuku. Mungkin akan hilang selepas 100 hari. Sama dengan manifesto 100 hari dari PH. 😂

 Balik dari mengundi, terus bantu Umair praktis buat lukisan capan jari. Sebab kalau ikutkan, keesokan harinya Umair ada exam seni.
Gigih opah tolong pergi tebang dahan pokok pisang sebab nak bagi Uwais tekan-tekan buat capan juga. Suka lah dia !
Malam tuh, memang message dari WhatsApp group tak henti-henti masuk. Semua pun taknak lepaskan peluang update keputusan PRU. Berdebar uols!

Dan akhirnya,

10 May - Kuasa beralih tangan. Dari kerajaan yang selama 60 tahun memerintah kini tumpas dan terpaksa akur dengan suara rakyat yang keramat. Bila semua bersuara dan bersatu.

Syukur Alhamdulillah.

Semoga Malaysia Baharu ada sinar dan tahniah untuk PM Malaysia yang ke-7.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang buat kali ke -2 nya menyandang jawatan Perdana Menteri. Sekaligus memegang rekod perdana menteri yang tertua di dunia. Yes! he is 93 years old this year.

Buat menteri-menteri yang baru dilantik. Selamat menjalankan tugas dan lakukan yang terbaik untuk  masyarakat Malaysia.

That's All and Thank You for reading!

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.