Our Post Ramadan Story

By Saturday, June 23, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sepatutnya saya kena 'up' cerita ni sebaik sahaja berlalunya Ramadan. Tapi apakan daya, bila pulang ke kampung line internet tiada dan ditambah lagi kesibukan membanting tulang di dapur bersama ipar duai dan ibu mertua ku yang tersayang. Eh!

Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, saya kongsikan juga cerita Ramadan kami anak beranak. Memandangankan tahun ini, suami masih lagi bekerja di Johor. Jadi, rutin harian saya perlu disesuaikan dengan title 'sayalah mama , sayalah papa'.

Alhamdulillah..

Segalanya ALLAH S.W.T permudahkan. Termasuklah untuk urusan saya bertarawikh walaupun di rumah sahaja. Untuk pengetahuan, saya masih struggle untuk pujuk anak-anak espeially the boys untuk bersolat tarawikh.

Alasan anak-anak adalah - "lama sangat lah mama, lenguh kaki abang" 

Ditambah pula dengan ketiadaan papa mereka di rumah. Jadi, sukar untuk saya bawa mereka ke masjid. Ditambah pula, masjid di kawasan rumah saya agak 'official' di mana saf untuk kanak-kanak dan orang dewasa dipisahkan.

Untuk makluman, saya perlukan persetujuan ketiga-tiga orang anak bila nak bersolat tarawikh ni. Normally, I have no problem with Hannah. She always follow my instructions and orders. Unlike Umair. Dengan dia, saya kena pandai memujuk dan berdiplomasi. Itu yang saya malas nak buat! huuuu~~~

Dan Uwais pula, selalunya memang depends pada abang. Kalau abang setuju, maka dia pun automatik bersetuju. 

Kerana itu, saya lebih rela bersolat tarawikh di rumah.

Cumanya bila dah minggu terakhir di bulan Ramadan, baru tergerak hati nak bertanya kepada seorang sahabat yang merupakan ibu kepada classmate Umair di sekolah tempat mereka belajar bersama.

Risikan dibuat di mana tempat beliau bersolat tarawikh bersama anak-anak. Setelah saya tahu lokasi surau tersebut maka saya pun bagitahu Umair yang rakan sekelas dia pun ada bersolat di situ.
 
Sekali lagi, urusan saya dipermudahkan ALLAH S.W.T. Walaupun, jaraknya sama seperti dari rumah ke sekolah anak-anak ( dalam 15min )  Saya sangat happy bila akhirnya dapat pujuk Umair dan tak sangka dia boleh bersolat tarawikh siap witir  tanpa papa nya di sisi.

Masa ini, saya terfikir kejap.

Bagaimana nasib mereka yang bergelar ibu tunggal yang punyai anak lelaki. Di sinilah, peranan masyarakat, jiran sekeliling perlu memainkan peranan penting. Perlu bantu membantu dan saling memahami keperluan antara satu sama lain.

Maaflah saya nak cakap yang  saya bangkang konsep pemisahan solat saf kanak-kanak dan orang dewasa di masjid-masjid yang terlibat.

Anak-anak lelaki yang masih kecil perlukan seseorang yang bergelar 'ayah' untuk dijadikan role model yang baik. Kelak, anak lelaki tersebut akan bergelar suami dan ketua keluarga juga. 

Saya kagum dengan surau di LP8. Walaupun ianya tidak mampu menempatkan ramai jemaah seperti di masjid-masjid lain. Tetapi, jemaah di sana sangat mengalu-alukan kehadiran anak-anak untuk bersama-sama menunaikan solat tarawikh bersama-sama.

Lega nya perasaan saya apabila dapat melihat, Umair dan Uwais bersolat di antara jemaah lelaki dewasa.

Paling menarik,bila Umair dapat cerita kan kembali apa yang tok imam cuba sampaikan ketika tazkirah disampaikan ketika break in between solat tarawikh.

 Anak-anak syurga. InshaALLAH~
Sengaja saya menyuruh anak-anak bawa permainan ni ke surau. Syaratnya, boleh bermain hanya selepas habis bersolat. Semua pun main dengan behave. Tak bising dan permainan begini mampu menguji kecekapan anak-anak berfikir juga. Dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sememangnya dah memang rapat. Sebab hari-hari depa jumpa kat kelas. HAHAHAHAH~~!!

InshaALLAH, tahun depan if umur masih panjang dan sihat tubuh badan. Nak lah bersolat di sini lagi.

Thanks Mimie! sebab introduce aku kat surau ni. Sayang hang dunia and akhirat.

Cerita lain pula, bila sudah menjadi satu kebiasaan saya akan mencetak jadual 'reward chart' untuk mereka tiga beradik setiap kali datangnya bulan Ramadan.
Alhamdulillah..Umair berjaya puasa penuh tahun ini. Uwais pula, rajin bangun sahur. Tapi nanti kol 11am, time morning break kat sekolah dia dah makan. Hehehe~ Takperla, mama tak paksa pun Uwais nak puasa. Sama macam yang lain juga. Galakan dan dorongan sahaja yang diberi. Kalau tak larat, jangan puasa. Tapi make sure solat tuh kena cuba penuhkan.
Yang ada tanda heart in red color tuh memang SPECIAL reward from mama ONLY. Means, mama recognised what they have did and normally their actions is spontaneous and touched my heart. Tuju tepat terus!

Antaranya, tetiba jer tolong mama kat dapur tanpa disuruh. Dari 1 muka surat Al-Quran terus nak mengaji 2 muka surat pulak sekaligus. Derang memang SUKA dan HAPPY kalau dapat special heart from mama tuh. Hehehe~

Reward lain, derang boleh request untuk beli apa-apa makanan untuk berbuka puasa. Kecuali, jajan, gula-gula dan air bergas. Selalunya, derang akan beli air susu berperisa, jus dalam botol , coklat cadburry, biskut. Tak banyak pun sehari sebungkus kecil kalau yang biskut tuh. Air pun sama..botol kecik sudah and I will make sure derang habiskan air tuh hari tuh jugak. If not, tak boleh beli dah hari esoknya.

Bukan apa, sebab takmo derang membazir. And dah pesan awal-awal..dapat ini hanya dalam bulan Ramadan sahaja. Next month dah tak boleh lah nak hari-hari. Telan jerlah air masak tuh bergelen-gelen. HAHAHAHAH~

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

4 comments

  1. cabaran nak besarkan anak2 tapi manisnya ada kan ? insyallah anak2 soleh solehah semuanya. comel la ade chart tu. selalu buat dalam kelas dengan anak2 murid.. ikut kumpulan. tiga bulan sekali kasi reward.

    salam aidilfitri ^^

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri nany,hehe bab solat tarawikh,me and alya mampu 8 rakaat je,alya memang semangat lain macam pergi surau,kebetulan surau di taman ni je,so lepas berbuka dia akan pergi dulu dengan kawan-kawannya,nanti jumpa di surau sahaja,early ramadhan dapat juga tarawikh,bila hujung2,seminggu nak raya mama alya tak berapa sihat pula..

    betul tu,irda pun xberapa setuju jika saf dewasa dan kanak-kanak diasingkan

    ReplyDelete
  3. Kak Nany, kagum lah dengan cara kak Nany ajar anak anak. Harap harap satu hari nanti Nani ada peluang nak buat macam ni jugak inshaAllah. Anak anak ni memang seeloknya dari kecil kita bawa pergi masjid kan, bagi dia orang biasa kan diri. Seronoknya tengok dia orang main, behave aje masing masing :) Chart macam tu Nani pun selalu buat. Heheh. Kalau anak anak lagi lah seronok kan, nanti boleh dapat reward daripada mama.

    ReplyDelete
  4. Bila ada word ‘Eh’ kat hujung ayat tu mmg kelakolah nany ..... hihi.... hanya org tertentu je yg paham hihi....

    Hakak ni kalah Umair Nany.... sepanjang Ramadhan buat terawih kat rumah hihi...
    Yelah kan .... kalau ibu tunggal mcm manalah agaknya, hakak dah dpt bayangkan betapa stressnya huhu

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.