Proses Pertukaran ( Sekolah Rendah ) Dari Sekolah Agama Swasta Ke Sekolah Kebangsaan

By Tuesday, June 26, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini merupakan hari pertama Hannah di sekolah kebangsaan. Mama yang agak nervous memandangkan Hannah belum pernah merasai environment bersekolah di dalam kelas yang muridnya melebihi dari 40 orang. 😅

Harapnya , Hannah dapat sesuaikan diri, jumpa ramai kawan dan lebih berdaya saing secara positif dengan rakan-rakan  sebaya.

Ada ramai yang pm tanya

"kenapa nak keluarkan Hannah from private school ke public school"

Masak nak menjawab

Itu kita buat entry lain kali pula yer. Sebab panjang cerita dan ianya lebih kepada pandangan peribadi dan secara jujurnya saya tidak mahu bias ke mana-mana pihak. Akan dikogsikan dengan secara jujur dan ikhlas. InshaALLAH

Baik,

Sekarang kita fokus on topic seperti tajuk entry di atas.

STEP #1 :

Recce sekolah mana yang korang planned nak masukkan sekolah anak korang tuh. Apa yang saya buat, tengok jarak dulu dari rumah. Kalau  yang bekerjaya pun  penting juga faktor geografi ini kan sebab  seboleh bolehnya kita mahukan pusat pembelajaran / nursery / daycare anak-anak yang satu haluan dengan  tempat kerja.

Pergi ke sekolah  yang korang aim tuh dan jumpa guru besar / guru penolong kanan. Tanya bagaimana proses untuk menempatkan anak di sekolah tersebut. Kalau tak dapat jumpa guru pun. Tanya jer pada kerani tuh. Sambil-sambil tuh minta izin untuk melawat keadaan sekolah.

Saya pergi jengah library, toilet, makmal dan kantin. So far untuk tandas saya agak impressed juga sebab macam dah banyak improved dari zaman saya bersekolah dahulu. Lebih bersih dan wangi. Part tak best bila tiada penambahbaikan yg dilakukan seperti contoh, pintu takde sendal nak kunci.

STEP #2:

Pergi ke PPD ( Pejabat Pendidikan Daerah ) negeri masing-masing. Seperti contoh, saya mahukan sekolah di kawasan Puchong, berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Jadi, saya ke PPD di Seksyen 19 , Shah Alam.




Jika korang mahukan sekolah di Kuala Lumpur, jadi perlu ke PPD Kuala Lumpur. Yang saya tahu ada di Bangsar or Jalan Duta. Boleh check di FB atau google number telefon mereka.

Baritahu pegawai yang menjaga kaunter di situ tentang hajat  korang ke PPD. Nanti dia akan bagi 3 salinan borang  ASBS yang perlu dilengkapkan dan disertakan dengan salinan dokumen-dokumen peribadi seperti surat beranak, Mykid, Surat nikah / cerai, bil utiliti dan sijil berhenti sekolah.


Segala sijil-sijil ini perlu disahkan kebenarannya. Minta tolong kawan  atau ahli keluarga yang berjawatan pegawai kerajaan untuk mengesahkan semua sijil tersebut.

Nota penting: Perlu buat sebanyak 3 salinan. Dan kesemuanya perlu disahkan.

STEP #3:


Bila borang sudah di tangan. Sila maklumkan kepada guru besar sekolah tempat anak korang sedang belajar untuk sediakan surat berhenti sekolah dan jangan lupa untuk minta sijil-sijil pencapaian yang lain.

Kalau anak korang tuh pengawas ke, presiden kelab ke, ade pergi kursus kempinpinan ke kan. Normally, sijil berhenti sekolah tuh patutnya dalam 1 jam kalau cikgu tak busy dah boleh siap. Simpan yang original dan jangan lupa buat tuga salinan sijil berhenti sekolah tuh yer.

Nanti pihak sekolah akan sediakan satu fail pelajar yang di dalamnya sudah lengkap dengan maklumat peribadi pelajar. Buku rekod belajar dan yang lain-lain. Senang nanti bila masuk sekolah baru, serahkan sahaja semuanya pada pihak pentadbir sekolah untuk disimpan.

STEP #4

Now, katalah semua sijil semua dah ready. Ada beberapa perkara penting yang kena ambil perhatian bila mengisi borang dari PPD tuh. Antaranya :

1) Tarikh kemasukan ke sekolah yang dipohon

Menurut pegawai PPD yang bertugas di kaunter aritu. Kalau kita nak masukkan anak kita ke sekolah yang dipohon tuh minggu depan. Hari ni hantar ..InshaALLAh, esok lusa dah lulus dah permohonan.

Jadi, korang kena lah budget bila anak nak bersekolah di sekolah baru tuh. Macam saya, memang target lepas cuti sekolah raya baru-baru ini.

Kalau nak pertukaran bulan January tahun hadapan. Kena lah hantar bulan bulan Disember hujung tahun ni. Tapi , satu jer risikonya ialah. Memang ramai umat manusia yang akan beratur nanti.

2) Sekolah yang dipohon

Ada dua pilihan sekolah yang perlu ditulis pada borang tuh. Tapi, saya letak satu sekolah jer ..means nak yang tu jugak. Tak mau sekolah lain. Bhahaha!


STEP #5

Bila borang sudah lengkap diisi dan sijil-sijil pun dah siap disahkan. Silalah berkunjung kali ke-2 untuk menyerahkan borang beserta semua sijil tersebut. Nanti, pegawai tu akan sahkan penerimaan borang ASBS kita tu.

Dan pesanan penaja nya nanti, datang semula pada tarikh sekian-sekian untuk mengetahui keputusan samada permohonan untuk anak kita bersekolah di sekolah yang kita mahukan tuh diluluskan ataupun tidak.

Balik rumah jangan lupa berdoa dan bertawakkal lah kepada ALLAH S.W.T supaya kita redha dan faham apa sahaja keputusan yang kita dapat tuh adalah yang TERBAIK di sisi ALLAH S.W.T

STEP#6 


Kunjungan kali ke-3 ini adalah yang terakhir dan agak lah mendebarkan. Hehehe... ( macam nak amik result exam jer bunyi nya )

Alhamdulillah...keputusan telah diluluskan!

Makanya anda akan dapat surat yang menyatakan permohonan untuk bertukar ke sekolah kebangsaan telah berjaya. Sila daftar ke sekolah berkenaan dengan kadar yang segera.

STEP #7


Tanpa melengahkan masa lagi. Jomlah kita meneruskan urusan di sekolah kebangsaan yang berkenaan. Ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Oh yer! sebelum terlupa, kena buat satu salinan surat yang menyatakan permohonan kita diluluskan tuh. Sebab nak bagi kepada sekolah sebagai bukti yang permohonan kita berjaya.

Nanti, di sekolah kena isi lagi borang butiran pelajar, kad kesihatan dan kad pergigian.


STEP#8

Semalam juga dapat tahu kelas Hannah yang mana satu. Dah jumpa dan berkenalan dengan guru kelas Hannah juga.

Untuk baju t-shirt sukan, kokurikulum dan PJK pun dah settled kan by today. Cuma ada beberapa buku teks yang kena ambil dari sekolah sebab sekolah lama Hannah tade pun buku teks tuh. Contoh : pendidikan muzik dan pendidikan Islam.

STEP #9

Bila dah settled semua, jangan lupa minta guru kelas add korang dalam WhatsApp group kelas ( kalau ada ). Senang nak dapatkan info jadual dan aktiviti sekolah yang lain.

Akhir sekali, korang doa banyak-banyak dan teruskan bagi kata semangat kepada anak-anak supaya sabar dengan cuba stay positif kalau ada perkara-perkara yang tak best berlaku. Biasalah, part of cabaran hidupkan.


Hannah nampak dah besar sangat dalam gambar ni. Adakah sebab  dia berbaju kurung ni nampak lain dari biasa.

Mama selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mama. Semoga Hannah happy di sekolah baru dan dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. InshaALLAH~

Hopefully, langkah-langkah yang dikongsikan ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yer.May ALLAH S.W.T make our affairs ease.

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

5 comments

  1. ya irda juga trtany2 napa hannah ditukarkan ke sekolah harian biasa..ingat next year plan nak masukkan alya ke sekolah al amin..private school

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Hannah akan happy dan seronok di sek baru ni. Sek harian biasa pun tak kurang hebat skrg ni kan.
    Semoga hannah berjaya dan cemerlang. Amin

    ReplyDelete
  3. Kat mana pun belajar, yang penting belajar sungguh-sungguh.. Good luck Hannah.

    ReplyDelete
  4. great tips. boleh menjadi guideline untuk parents yang nak tukarkan anak2 sekolah. btw, tak sabar nak baca next entry, sebab ditukarkan sekolah. sebab saya plan nak antar anak saya ke private school

    ReplyDelete
  5. Trm ksh diatas step yg diberikan. Sy pun berhajat hendak tukar dr seklh integrasi tahfiz ke seklh kebangsaan. Mgkn ank sy lbh sesuai seklh di sana nnt. Insyaallah..

    ReplyDelete