Misi Mencari Durian

By Monday, July 16, 2018 , , , ,

Asslammualaikum w.b.t

Minggu lepas misi mak dan anak-anak mencari durian tercapai! Tetiba sekarang ni musim durian pulak eh? Dalam setahun berapa kali musim nya ni..pelik pulak rasa. Tapi takperla, sekarang ni cuaca dah tak menentu menyebabkan keseimbangan alam pun terganggu. Apa pun, syukur dapat merasa buah durian ni di tanah air sendiri.

Disebabkan buah ini bermusim dan satu rumah ini penggemar buah durian, jadi kami memang tak lepaskan peluang yang satu ini.

Korang tau tak..perasaan bila dok kat oversea lepas tuh kawan-kawan kat Malaysia dok share kasi viral buah durian kat FB and IG?

Ohoi!!!! terliur  weh and kalau boleh rasa nak jer balik Malaysia time-time tuh gak! Ada lah actually buah durian ni derang jual kat Jepun. Tapi harga nya memang tak masuk dek akal, fikiran kita yang waras ni.

Satu lokasi yang semestinya berdekatan dengan rumah adalah di Bandar Puteri, Puchong. Perniagaan mereka bermula pada pukul 1 tengahari dan sehingga 9 malam. Itu pun depends, kalau durian habis awal..maka awal lah kedai mereka ditutup.

Menurut tokey yang jual ini, durian-durian ini dibawa dari Pahang. Ada beberapa jenis durian yang dijual termasuk ioi, D24, 78 dan Musang King gred A&B.

Pertama kali try jenis ioi. Isinya berwarna kuning pekat dan rasanya sedikit pahit berbanding dengan D24. Masih berlemak, lembut dan manis.


Yang warna lebih kuning adalah ioi dan yang lain tuh D24
Sekumpulan D24

Isi dalam durian ioi. Memang fresh!
Isi D24

Saya memang suka bawa anak-anak terus makan yang fresh kat sini. Agaknya dapat kot rasa feeling macam makan durian tuh dalam dusun bawah pokok durian.

Sekali, derang sediakan glove tangan plastik, air mineral and tisu kotak. Tak tahulah apa motif dia bagi sarung tangan plastik ni. Beriya pulak Hannah ngan Asya makan guna sarung tangan.

Umair memula jer guna, lepas tuh kusuruh bukak and makan dengan jari jer. Senang dan lagi sedap kot~ HAHAH!

And tak elok la pulak guna plastik tuh just untuk makan durian. Menambahkan penggunaan plastik yang tak perlu pun.

Selain durian, ada juga manggis tau. Belilah sekilo dengan harga RM10.
Putih bersih isi manggis ni kan? Rasa pun boleh tahan manis. Anak-anak semua enjoy makan buah manggis and durian.
Tapau extra dua biji untuk buat serawa durian. Nyumsss! Sedap sangat~~

Korang dah pekena durian ke belum tuh?


You Might Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah.. Sha abru je makan durian hari sabtu haritu.. Beli 10kg durian kg.. Kemudian dijamu 3 talam durian oleh penjual.. Memang melepeklah lepas tu.. Puas makan..

    ReplyDelete
  2. mmg tgh musim durian n manggis...kwn2 pn rmi dok update gmbr...kita mkn manggis je..durian ratah gtu tk bole tp mkn ngan pulut ok...xtau la nape..padahal kecik2 ok je mkn tp dh besar ni bau durian pn tk bole

    ReplyDelete
  3. Seronok lah masing masing dapat makan durian dengan manggis. Nani puas dah makan durian dusun family sendiri, nak tunggu manggis pulak. Ada dah yang masak tapi tak banyak lagi.

    ReplyDelete
  4. sedapnya makan durian. saya ni skrg hampir setiap hri dpt makan sebab ada dusun sendiri..

    :)

    singgah sini & follow :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.