Royal Floria Putrajaya 2018 Pada Waktu Malam

By Tuesday, August 28, 2018 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Seronoknya malam semalam saya dan anak-anak ke Floria Putrajaya di Anjung Floria, Persint 4. Memang betul last minute punya decision sebab fikirkan nak pergi time weekdays saja. Public Holidays and Weekends memang kami takmo pi sebab taknak bersesak dengan orang.

Tahun lepas, main entrance ni kat atas derang hias dengan payung yang berwarna warni. Cantik sangat! tahun ni kain jer kot tapi still ceria!
 Sebenarnya, event Floria ini dibuat setiap tahun dan baru kali ini saya berkesempatan nak pergi. Dua jam kami di sana rasa masih tidak puas untuk menikmati dan membelek hasil kreativiti mereka di sana. Dah pergi hari weekdays kan..kena la beringat esok tu sekolah.

Untuk mendapatkan penjimatan harga sebanyak 20% eloklah kalau beli tiket secara online saja. Tak yah dah nak beratur pergi beli. Especially kalau korang planned nak datang time weekends kan.

Harga tiket dewasa yang dibeli secara online adalah RM9.60 manakala kanak-kanak pula RM4.80. Tiket untuk kanak-kanak pula hanya mereka yang berusia 7 tahun - 12 tahun. Bawah 7 tahun, free of charge.

Kilik untuk beli tiket Floria Putrajaya secara online

Parking pun free juga. Ada beberapa tempat khas untuk korang parking. Macam semalam, memandangkan pergi time weekdays, banyaklah juga parking yang ada. Tak yah gelabah nak cari parking sana sini. Tiket pun dah beli online semalam. Jimat dah masa kat situ.

Kami bertolak dari rumah around 6:40pm dan ada sikit jammed di Puncak Jalil. Bila sampai jer, terus azan maghrib dan terus kuteguk ayo masak sebab buka puasa. Hahah~ gigihkan..puasa-puasa pun pergi.

First thing first, kami pi cari surau dulu. Lokasi nyer di sebelah kiri lepas main entrance tuh. Tak perasaan tempat nak ambil wudhu' di mana, memandangkan kami dah ambil wudhu' siap-siap di rumah.
Besar weh area nya. Semalam rasanya cover 80% - 90% sajer. Lepas tuh nak balik..kaki dah lenguh
Surau pun okeylah, walaupun sementara jer tapi ade aircond. Sejuk uols! Telekung and sejadah juga disediakan. Agak besar juga surau tuh, tapi kalau orang ramai ..mungkin agak sesak jugaklah kan.

Apa-pun, syukur Alhamdulillah..dipermudahkan urusan untuk bersolat.Takpun, korang boleh solat dulu di Masjid Sultan Mizan yang kalau tengok kat google map, jalan kaki 11 minit jer. HAHA! Korang cubalah nanti. Kot-kot, parking penuh ke kan..lepas tuh nak solat, nak parking. Gi jer la masjid.

Gambar masih tetap kelihatan unik dan menarik disebabkan background gelap dengan adanya lampu neon yang berwarna warni menyerikan suasana.
Tak ingat apa nama tempat ini, tapi dalam ni kan bunga dia bau wangi tau! Lepas tuh ada buaian, ada rumah Terengganu juga.

Cantik ukiran-ukiran kat atas bumbung tuh.Memang berseni~
Bila pergi waktu malam, bahang panas tu masih terasa. Kalau siang, lagilah kot yer..panas dan bahangnya. Cuma, kalau nak amik gambar cantik dan lighting sentiasa OK adalah disarankan untuk pergi pada waktu siang. Malam pun boleh nak ambil gambar tapi kena bergigih sket try and error disebabkan banyak lampu buatan yang warna-warni.

Mama bereksperimen dengan cahaya lampu. Biasalah, snap sana snap sini. Tukar setting ntah apa2 kat kamera tuh. HAHAH~
Luasnya ko nganga dik! 😂
Kat sini ada banyak miniature garden yang semuanya memang cantik-cantik belaka. Dengan hiasan lampu dan setting bunga-bunga tuh yang menarik perhatian pengunjung.




Tak puas amik gambar bunga-bunga ni. Sebab cahaya yang tak cukup menyebabkan saya agak kurang rajin di situ. Sebab kena bergigih tukar mode WB (White Balance) .

Sebab lampu huruf 'R' nya dah rosak. lip ..lap..lip..lap
Peach rose anyone?
Smelling the flowers
I am proud Perakian Girl!
Kesimpulannya, memang puas hati dengan Royal Floria Putrajaya 2018. Malam dah pergi, mungkin nak pergi siang pula. Tak tahulah sempat ke tidak. Hehehe~

Oh..lupa pulak bab makanan dan minuman. Korang jangan risau lah sebab banyak food truck sana sini and semalam kami makan di Floria Flavours. Okeylah..ada nasi ayam, char kueh tiaw jer ade 3-4 gerai. Teh ais viral pun macam-macam jenis ado. Pilih jerlah nak yang mana.

Kalau pergi siang, jangan lupa pakai sun glasses, tepek muka dengan UV sun block SPF 50+, pakai topi Pantai Krabi and jangan lupa bawa air kosong.

Sekian, pesanan penaja.

:)

You Might Also Like

4 comments

  1. cantiknya tempat ni! kalau sha sampai sini mmg takbuat benda lain dah, mmg ambik gambar je. hehehe btw follow sini, salam kenal

    ReplyDelete
  2. Wahh kak Nany dah pergi floria. Nak pergi jugak hajatnya tengah cari masa lagi. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. cantik gmbr waktu malam...tk pernah pegi floria baik siang ataupun mlm..tk brp nk tahan ngan panas2 org ramai hehe..tgk gmbr kwn2 share je la

    ReplyDelete
  4. waah waktu malam pun lawa. ni kalo ade kat kampung ni mesti nak pergi terjah. dikejauhan haaa kite kat Penang this year tak dapat pergi..

    ReplyDelete