Pengalaman Manis Umair Semasa KRESBA Chess Tournament

By Wednesday, August 08, 2018 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kali ke-3 Umair masuk chess tournament pada Hari Sabtu lepas di Suria Mall, Persint 3 Putrajaya anjuran KRESBA di bawah Kementerian Pendidikan. Dan Umair juga telah berjaya melayakkan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik kategori bawah umur 8 tahun.

Saya memang tak sangka sebab lepas habis jer tournament kami balik rumah terus. Kalau nak tahu, tournament ni memang makan masa sehari. Dari pukul 8 :00am ++ sampai pukul 4:00pm++. Memang kena berkampunglah kat situ.

Jadi, kalau tengok ada parents yang bawa tikar dan bantal tuh jangan lah terkejut ya. Perkara ni memang normal ajer. HAHAH~ Dan kebiasaannya memang main sebanyak 7-8 rounds.

Tournament tersebut juga merupakan 'open category' di mana semua pemain yang berusia dari 6 tahun - 12 tahun akan berlawan antara satu sama lain.

Tidak seperti minggu lepas, permainan dijalankan mengikut kategori umur. Jadi, agak mudah lah nak menang kan. Sebab ada kategori khas bawah 8 tahun, bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun

Umair dan rakan-rakan seperjuangan :)  Masa ni dah habis tournament. Semua pakat naik atas stage sebab nak amik gambar punya pasal

Masa ni dah masuk round ke-3 dan sebab dia menang 1st and 2nd round tuh, jadi dapatlah duk meja yang depan-depan. Kiranya, kalau dapat dok meja number yang 10 ke bawah tuh kira hebat la juga.
Masa ni dah nak habis dah main. Number meja pun dah ke belakang tuh ha!
Ni classmate Umair. Dapat dok meja sebelah sebelah jer
Disebabkan lokasi tempat bermain chess ni memang sama floor dengan foodcourt, makanya habis jer 1 round depa pi cari makanan. Memang laku keras lah semua taukeh food court tu.
Ini classmate Umair juga. Danish namanya dan dia lah yang jadi life saver Umair hari tuh since kami dah cabut balik rumah. HAHAH

Thanks so much Danish and Mimie! sebab tolong ambilkan sijil dan hadiah. Lepas tuh siap tumpangkan pagi tu lagi  ke Putrajaya. Sayang korang sangat-sangat!
Alhamdulillah. Semoga dapat menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya dalam dunia chess di masa hadapan ya abang!

Petang yang sama juga, Danish hantar hadiah Umair. HAHAH!
Mak-mak yang super gorgeous!

Dan video ini adalah semasa penyerahan sijil dan penghargaan dari guru besar untuk semua chess player sekolah yang pergi bertanding Sabtu lepas.
Ini keputusan terakhir Umair selepas bermain sebanyak 8 round.
Bila semua pun dia tulis sendiri dan mama senyum sorang-sorang bila baca ni. Heheheh~
Sebagai seorang ibu, saya akan tetap menyokong apa sahaja perkara yang baik dan yang mendatangkan manfaat . Doa mama dan papa sentiasa mengiringi kalian.

Tahniah sekali lagi buat semua para peserta yang terlibat :)


You Might Also Like

2 comments

  1. tahniah utk ank nany..bgs kecik2 minat catur ni

    ReplyDelete
  2. Tahniah Umair..! kecik2 dah pandai chess.mesti bijak matematik ni :D

    ReplyDelete