Resepi Banana Loaf Yang Sedap Dan Mudah!

By Saturday, August 04, 2018 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semalam saya mencuba satu resepi yang baru. Sebabnya nak memulangkan bekas tupperware seorang sahabat. Segan pula nak bagi kosong macma tu jer.

Kebetulan pisang pun ada kat rumah. Cuma saya terfikir nak buat lain dari yang lain sikit. Tapi, nak yang mudah..acaner tuh?

HAHAHAH~

Masalah pompuan betul lah kan.

Ended up, google ajer kat internet. Terus nampak resepi 'banana loaf'. Search lagi resepi yang senang sebab kalau boleh nak bahan-bahan yang semua ada kat dalam dapur tuh.

Akhirnya, terjumpa pun satu resepi yang saya rasa sangat mudah dan outcome dia pun boleh tahan sedap tau!

Banana loaf ni sedap kalau dimakan ketika suam. Makan pula dengan kopi 'O'. Memang masyuk tau uolss!

Yang retak menanti belah :)
Zoom in sket kawasan retak  ni. Jujurnya, saya puas hati senyum sampai ke telinga bila nampak kesan retakan pada permukaan banana loaf ni. Tak sabar betul nak potong.
Part paling sedap bila yang atas tuh rasa crunchy and dalam dia lembut sangat. Rasa manis pun sedang elok jer tau!

Susun elok-elok dalam bekas tupperware sahabat saya. Tak sabar nak pass pada beliau.
Dan hari ini, saya masak kali ke dua sebab suami balik KL minggu ini. Saya susun banana slice kat atas adunan banana loaf ni sebelum dibakar. Pun menjadi dan lebih sedap sebab ada pisang kat atas tuh. Hehehe~

Cara nak buat pun sangat senang uols! Ini saya kongsikan resepinya ya. Korang semua digalakkan untuk mencuba sebab hasil nya tidak mengecewakan. Saya sudah ubah sedikit dari resepi asal yang menggunakan tepung naik sendiri.

Bahan A

Tepung gandum - 225gram
Baking powder - 2 TBSP

Bahan B

Gula perang - 100gram
Unsalted butter ( pada suhu bilik ) - 100gram
Pisang berangan - 3
Telur 2 biji
Vanilla essence - 1tsp
Fresh milk - 2TBSP

Cara-Cara :

Panaskan oven pada suhu 180-200 degree celsius.

1) Lenyek pisang dahhulu sehingga hancur
2) Satukan gula dan butter. Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit
3) Masukan telur dan adunan dipukul lagi
4) Masukkan pula telur dan vanilla essence
5) Dengan perlahan-lahan menggunakan sudu, masukkan pula campuran tepung dan baking powder
6) Pukul sehingga rata dan akhir sekali masukkan fresh milk.
7) Apabila adunan sudah sebati, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas loaf yang sudah dilapik dengan baking sheet.

Bakar dengan api atas bawah pada suhu 180-200 degree celsius selama 45 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum boleh ambil cake tester dan cucuk ke dalam kawasan di tengah kek. Jika batang cake tester tersebut kering, maknanya kek sudah masak sempurna.

Actually nak bagitahu yang tak sama rasanya kalau dibandingkan dengan kek pisang yang selalu saya buat guna minyak tuh. Ini teskturnya agak padat sedikit dan rasanya di antara kek pisang dan roti.

Selamat mencuba semua!





You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnya! Kalau nak pulang bekal orang segan kan nak pulang kosong. kena ada 'isi' gak baru best kan.

    Btw terima kasih resepinya! :) Nampak sedapp sangat lagi2 rekahan tu

    ReplyDelete
  2. Banana loaf.. Tgk gmbr pn dh tau sodap yummy

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Nampak sangat sedap.. teruja pula tengok resepi tu..

    ReplyDelete
  4. nampak kegebuannya.saya pula yang excited nak rasa.tapi memang betullah sedap makan panas-panas bersama kopi O. dengan teh O panas pun sedap.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. yummy...
    aduhai.
    menarik. tertarik.
    sengih sampai ke telinga la jiran dpt ni :)

    ReplyDelete
  6. aduhai...sedapnya bau kek pisang kak....
    resepi agak mudah... save dulu nnti bila dtg rajin kita try

    ReplyDelete