Pengalaman Memakai Braces Pada Usia 37 Tahun

By Friday, September 14, 2018

Assalammualaikum w.b.t

First thing first to highlight. Kenapa tajuk di atas perlu diletakkan umur juga?

Sebab nak bagitahu, masih belum terlambat kalau nak pakai braces walaupun usia sudah menjangkau lewat 30 an. Dan saya juga nak berkongsi bagaimana reaksi gusi, gigi, mental dan fizikal ketika memakai braces ni.

Actually, dua hari lepas saya baru pasang braces ni. Tapi tak complete lagi atas dan bawah. Doktor cuma pasang yang bahagian atas dahulu. Which is make more sense and so lega juga. Takder la azab nanti nak makan and harus lah kena sesuaikan diri dengan pemakaian braces ni dulu kan?

Alhamdulillah..memula tu memang rasa seriau and ketakutan juga disebabkan membaca di blog dan rata-rata nya mengatakan bahawa pemakaian braces ini menyakitkan. Bukanlah masa dipakai tu sakit, tapi katanya lepas beberapa jam baru terasa sakit.

Semalam juga doktor cabut lagi satu gigi geraham kecil kat atas ni. Fuhh...rasanya cabut gigi lagi sakit dari kesan pakai braces ni. Tapi, saya masih mampu bertahan tanpa makan sebarang ubat sakit. Pelik juga di situ.

Total masa untuk pasang braces dan cabut gigi sebatang semalam adalah lebih kurang dalam 1 jam 15 minit kot. And masa on the way balik rumah tuh pun dah azan maghrib.

Dapat juga ajar anak-anak mengaji dan ulangkaji pelajaran. Walhal doktor dah pesan jangan cakap banyak-banyak sangat.

Walaupun saya tahu, cara dia cakap tuh pun sebenarnya imposibble to do. Weh! aku ni mak kot..ngan husband tader and ada 3 orang anak syurga. HAHA! takkan nak berbahasa isyarat. Memang tak lah kan! Sudahnya, saya cakap awal-awal pada anak-anak yang saya tak leh nak cakap banyak macam biasa. So, please listen to me yer.

Entry kali ini, kita cerita pasal step by step dulu lah yer apa proses yang terlibat untuk memakai braces.

Step 1 :

Buat Appointment

Sila cari klinik dental yang korang berkenan dan call untuk buat appointment.  Memandangkan priority saya adalah untuk mencari klinik yang berhampiran dengan rumah dan kawan-kawan pun cakap klinik tu OK dari segi harga nya iaitu sebatang gigi kekal untuk dicabut berharga RM80. Maka, saya pun ke Klinik Gigi Dr Zakwan di Bandar Kinrara


Masa perjumpaan tu, doktor akan check keadaan gigi kita camana. Nanti dia akan buat keputusan nak cabut ke idak. Kalau kena cabut berapa batang gigi yang kena dikorbankan. Kalau ada yang perlu kena tampal, then kena tampal.

Lepas tuh, doktor akan buat acuan gigi kita guna macam clay tuh ha..rasa dia macam ubat gigi yang ada perasa mint tuh ok. Kena nganga dalam beberapa minit. Masa buat gigi kat bawah tuh okey lagi tapi yang kat atas tuh macam nak termuntah sket. Sebab clay tuh macam ke dalam nak masuk ke anak tekak. Pandai-pandai adjust keselesaan dengan membetulkan kedudukan lidah yer. Bhahaha!

Bila dah siap and keras, kita akan nampak jelas bentuk gigi kita sebab clay tuh dah keras. Kiranya macam acuan lah.

Then, doktor amik gambar gigi kita guna kamera canggih dia. Nanti doktor suruh bukak katup mulut sebab nak amik gambar gigi. Lastly, gambar kita ketawa pun kena ambil juga. Aaahh! terperasan macam model yang sambil ketawa tutup mulut tuh, then mata tengok kiri, kanan atas bawah. HAHAHAH!

Step 2 :

X-Ray Gigi 

Memandangkan di klinik ni tiada mesin X-Ray, jadi kenalah gi x-ray di klinik gigi yang lain. Saya pergi ke klinik gigi yang berhampiran dengan klinik gigi Dr Zakwan ni iaitu My Teeth Dental Clinic. dia tuh. Lokasi klinik tersebut berhadapan dengan LRT BK5. Harga pula untuk X-Ray adalah RM200. Doktor dari Klinik Dr Zakwan akan buatkan surat dan nanti imej gigi tuh akan dihantar melalui email. Kebiasaannya, doktor nak kan 2 imej. Satu imej hadapan dan satu lagi imej dari tepi.

Kenapa doktor perlukan imej X-Ray ni? Sebabnya doktor nak tengok dengan lebih details lagi keadaan gigi dan akar gigi kita tuh. Then, doktor akan decide gigi mana yang kena cabut. Kalau takde yang kena cabut tuh..syukur banyak-banyak yer.

Pandangan hadapan - Nampak tak gigi geraham yang sebelah kanan tuh? kona baring uolls! Doktor cakap, kalau dia dok diam-diam kat situ takper. Tapi kalau dia cuba menonjolkan diri, maka perlu lah dikeluarkan. Isk! ngeri lahai dengar. Huuuuu
Step 3 :

Cabut gigi

Yang menjadi ketakutan dan igauan semua orang adalah part cabut gigi yer dak? Pengalaman mencabut gigi untuk semua orang memang tak sama kan? treshold kesakitan kita juga masing-masing berlainan.

Personally, untuk saya masa paling sakit adalah ketika ubat bius dicucuk ke dalam gusi. Mungkin kawasan yang dicucuk itu juga banyak urat saraf nya. First cabut gigi tak sakit sangat masa injection tuh. But yang second one tu agak sakit sedikit. Sampai terpejam mata tahan sakit. HAHAH!

Masa cabut tuh, tak sakit lah kan sebab ada ubat bius. Cuma kepala kita ke atas ke bawah dek kerana usaha doktor tuh nak mencabut gigi kita tuh. Maklumlah, sebab gigi kekal yang masih elok. Memang usaha la doktor tuh. Pulas , pusing dan cabut! Ngeri tak? hahaha~~

Doktor bagi ubat panadol untuk tahan sakit. Alhamdulillah..yang second ni tak makan pun ubat. Means, saya berjaya tahan sakit. Huwaa..tak sangka juga yang ni sebab saya bukannya tahan sakit sangat.Mungkin juga sebab dah prepare mental awal-awal kan.

Step 4:

Pasang bracket 

Memula doktor pasang bracket pada setiap gigi bahagian atas dulu. Memula bahagian hadapan then lepas tuh pasang di bahagian belakang pula.
Itu lah rupa bracket yang dimaksudkan.
Tempoh masa pemasangan pula dalam masa 1 jam. Sakit tak? tidak sama sekali. Don't worry..almost tak tak rasa apa-apa pun masa pemasangan bracket ni. Cuma korang kena bersabar dan bertabah la sikit.

Sebab kalau tersenget ke ape ke, doktor akan cabut dan pasangkan semula. Jangan tanya camane doktor buat sebab saya pun tak tahu. HAHAH!

Step 5 :

Pasang Wayar


Next step doktor akan pasang wayar khas untuk connect kan bracket tu antara satu sama lain. Kalau ikut kes gigi saya ni, wayar tersebut tidak dipasang pada kesemua gigi. Doktor ada target nak susunkan gigi kita semula. Sebagai patient , saya follow jer la apa yang dia suggest kan. Bagus juga, sebab early stage ni doktor nak kita rasa dan sesuaikan diri dengan benda baru dalam mulut ni kan.

Pasang wayar also tak sakit. Walaupun kengerian sedikit apabila melihat setiap kali doktor nak ikat, simpul dan matikan wayar tuh menggunakan alat khas yang seakan-akan ragum. Hehehe...yang paling kurisau kalau lebihan wayar yang sudah dipotong itu terjojol menikam gusi atau pun bibir. Hadoii...seram dibuatnya.

Tapi, igauan ngeri tersebut tidak bertukar menjadi kenyataan. Alhamdulillah..semuanya smooth dan doktor tuh pun teliti buat. Kemas segala nya.

Kalau refer dalam gambar ni macam banyak sangat pulak parts braces ni yer dak? tapi, so far saya baru pakai 3 benda jer pada braces ni. Bracket, wire and satu lagi getah yang diletakkan di bahagian hadapan.
Nampak tak yang sebelah kanan tuh? Itulah yang doktor pasang kali terakhir sekali.
Akhir sekali , doktor pun bagi few pesanan penaja. Antaranya :

1) Jangan cakap banyak. Ku senyum ajerla kan.

2) Makan benda yang soft-soft. Bubur nasi dan pisang.

3) Jangan kumur kuat-kuat. Baik tuan doktor.

Hari ini dah hari ke-2 braces kat dalam mulut. Belum berani lagi makan nasi sebab nak kunyah tuh rasa macam tak selesa sikit. Nanti lagi 2 minggu akan jumpa doktor semula untuk pasang yang bahagian bawah pula.

InshaALLAH..semoga ada konsistensi untuk saya terus update kisah pemakaian braces ni dari masa ke semasa.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

49 comments

  1. adik pakai juga tp dh buka dh skarang...nany br lg ni...tq share experience dh masuk 2 hari pakai braces

    ReplyDelete
  2. adik sya umur 32 pun baru pakai braces ni kak, sebelum pose aritu dia tunjuk gg dia siap braces... ternganga kami sbb selama ni tgk gg dia elok je....
    tp kami biar jelah sbb dia dh keje, dia ada duit, biarla dia bt apa yg dia nak buat kn...
    mmg kurus dia skrg, sbb banyak makanan kene skip, kene mkn yg lembut2... last2 dia mls nk mkn sgt...
    apa pun kak... berapa tahun agak2nya kene pakai ni kak

    ReplyDelete
  3. tak beeeeraaaaaaani !! jumpa doc gigi berani sebab selalu pi scaling tapi nak pakai braces tak berani T.T

    ReplyDelete
  4. Sama sis sy pun br taun lps start pkai braces time umur 36taun..xpe sis kte berhak utk nmpk cntik..age is just a number✌✌

    ReplyDelete
  5. brpe eh harga dkt klinik zakwan? brpe lama buat appoitment first. dan tunggu semula utk proceed braces?

    ReplyDelete
  6. Thanks sharing! Saya pun baru dpt keberanian dan inspirasi nk pakai braces. Umur mmg dh mencecah 30-an huhu. Looking forward to read more about this

    ReplyDelete
  7. Sy pn nak bt braces... Tapi gigi ada masalh skit.... Doktor klinik swasta bg surat refer pakar.... So boleh ke sy bawa surat refer klinik swasta pergi jumpa pakar hospital kerajaan... Agak2 doktor kerajaan layan x.... Ada sapa2 tau x....

    ReplyDelete
  8. Nak share pengalaman, Smalam done check untuk buat braces, alang2 cuci sekali gigi, masa check dktor ckp xde yg perlu cabut, fuhh lega hehe, just nak kene susun je gigi depan atas dan bawah, then sabtu ni buat acuan, ‘ rabu depan terus pasang braces. Sy pilih yang damon braces. Sbb ramai kata lebih cepat gigi tersusun. Tp mahal sikit kos dalam RM7k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing. Memang itulah kan range harganya pun..huhuhu

      Delete
  9. Replies
    1. Haah..kalau dah setuju. Dok suruh kita scan gigi.

      Delete
  10. Bayaran secara ansuran ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st payment arituh dia ambil RM1200. Lepas tuh balance tuh bayo RM100 setiap kali rawatan. If nak bayo lebih pun boleh..hehehe..

      Delete
  11. Sis , mcm mn skrg ? Gigi dah ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam dah kembali ke pangkal jalan. HAHAH! tapi lambat lagi nak bukak braces ni. Hehe

      Delete
  12. sis bila boleh buka ye, tempoh tu ikut gigi kita ke macam mana

    ReplyDelete
  13. Saya baru buat, sakit jugak la time tidur ni berdenyut knapa ea.? First time pakai, agak agak sakit dia bape lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tuh..sebab maybe ade sel2 yang rosak and dlm proses untuk kembali normal. Hasil terikan dan regangan disebabkan oleh wayar tuh..InshALLAH..nanti lama2 hilang. Kalu tak tahan sangat makan paracetemol ok? Take care...

      Delete
  14. Kalau bayar check bulan2 tu berapa ya?

    ReplyDelete
  15. Kak..memmg harga pling murah rm5500 ka..x de yg murah lgi ke..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru nak buat..kt klinik yg sy buat ni rm4599.. depo rm399 bulanan rm200 (21bulan)

      Delete
    2. hai putri. rm 4599 tu buat kat mana. gigi saya jongang sikit.kalau tgk dr depan ok. dari tepi mmg nampak. nak buat braces takut dan blm ckp bajet. huhu

      Delete
    3. Putri..blh tay x buat kt klinik mana?

      Delete
    4. Putri zara awak buat di klinik mana.Sy pon rasa mcm nk buat juga braces..

      Delete
  16. Hi.. Ada cadangan tak dekat mana servis braces yg trbaik dia area cheras, kl? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Myra, sorry...tak tahu la pulak kat mana area Cheras / KL.

      Delete
  17. Nak buat tapi takut2 hritu pi klinik gigi klau nk buat braces brpe btng gigi kne cabut anggaran dlm 3 4 btang tpi tk psti kne cbu ke tak pape kne scan buat aduan dlu bru dpt kputusan tetap kite seram😌😌

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. gigi saya terabur sampaikan nak communicate dgn orang pon segan. nak pasang braces tapi bajet takcukup hm.. kalau hospital kerajaan brape kos nye ye ?

    ReplyDelete
  20. nampak mcm best je tapi nak tampal gigi pun takut sbb ngilu, apa lagi pasang braces. Gigi terabur sampai jadi pendiam sbb tak nak ckp dgn org. harap kekuatan tu sampai :'(

    ReplyDelete
  21. Nak share jugak . Saya baru nak buat . setakat ni klinik tu la paling murah bagi saya . Medissa dental senawang. 4500 kira murah . Pendahuluan 999 . Doktor peramah sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik ni area mane.. ok x dia buat..xray gigi dia buat atau buat sendiri

      Delete
  22. Saya pon sdg berkira2 nk pasang braces jugak...skg umur 37 thn...hihii...area jb... klinik sini pon blh tahan harga nya... 5k keatas..😒

    ReplyDelete
  23. I'm wearing braces now & I'm 37! 😊 Baru pasang bulan Mac 2019...I was so lucky tak perlu cabut gigi langsung, I think because gigi saya ni memang jarang-jarang kot πŸ˜‚ Org kata once pakai braces, susah nak makan mcm2 so will definitely lose weight. Well...that doesn't work for me coz I still eat everything!! Hahah Semua makanan yg crunchy2 & crispy2 tu pun mmg makan jugak. Tpi slow n steady lah...hati2 mengunyah πŸ˜„ And of course I don't bite using my front teeth lah...makan burger or sandwich pun terpaksa cubit2 into small pieces then masukkan dlm mulut. But...memang tak lose weight langsung pun, masih makan dgn selera nya...hehehe

    The only experience yg saya rasa menyakitkan is during monthly appointment utk tightening. Ini to the point saya pernah tergigit jari doktor waktu dia tigthen the braces! Tak sengaja nak gigit coz sdg menahan sakit tu! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Well anyways, good luck to all the braces sistas! We can do this! Go Go #TeamBraces #TeamGigiBesi #BracesSisters πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH! kan? same here. Tak turun pun berat badan tuh sebab still enjoying eating. Yang smpi tergigit jari doktor tuh kelakar. Tapi mmg after ketatkan..ada rasa sengal and tak selesa for me amik masa 2-3 hari juga.

      Delete
  24. Kte pakai braces tahun ni jugak..umo 35 tahun..πŸ˜….

    Bulan ni bulan ke8 berbraces..so far so good laa.. 😁

    ReplyDelete
  25. Setiap kali buat rawatan ada kena caj tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..RM100 minimum payment. Nak bayar lebih pun OK jer

      Delete
  26. Saya baru je pasang braces. Dan di usia 40s. Pasang atas bawah dengan kos keseluruhan RM5k. Deposit RM1k. Tiap bulan bayar RM200. Saya buat di Klinik Pergigian Kajang Prima - Dr Rosidah. Ini no telefon klinik: 03 8739 1411

    ReplyDelete
  27. Haha lega ada geng 3series pakai braces.. Coz mine nextyear.. 16th nov ni lak birthday ke38.helokk sgtlaa umo 39 pakai braces.. Terasa la mudo tahun 2020 ni.. Ahhahahahaa #3seriesbesi yeay! Hihi❤️

    ReplyDelete