Resepi Kek Oreo Kukus Cuma Dua Bahan!

By Sunday, September 23, 2018 , ,


Assalammualaikum w.b.t

Balik dari sekolah hari Khamis lepas, sebelum masuk ke dalam kereta Uwais dari jauh dah tersenyum-senyum.

Masuk jer dalam kereta terus dia bagi sehelai kertas dan di atas kertas tuh tertulis lah satu resepi kek. Katanya , teacher kat tadika dia baru buat and teacher suruh mak buat kat rumah. HAHAHAH!

Kemain tau, Uwais punya cerita cakap kek tuh sedap sangat mama! ada coklat chip kat atas dia. Bila kutelek resepi tuh dalam hati cakap. Eh! 2 resepi jer? biaq betoi. Lantas apa lagi kan..mama pun terus jer google resepi "kek oreo kukus".

Ting! iyer la..memang betul ada dan pernah jadi viral juga kot tapi tak pasti tahun bila. Uwais pun apa lagi kan...suruh terus beli bahan nak buat katanya. Okeylah, kebetulan mama pun puasa hari tuh. Singgahlah 99 Speedmart dekat rumah tuh untuk beli dua bahan ini.
Jadi...

Dua watak utama untuk kek oreo ini terhasil adalah biskut oreo dan air susu perisa coklat. Langkahnya pun sangatlah mudah.

Saya guna 2 peket biskut oreo yang berat kalau satu peket tuh 137gram kalau tak silap. Untuk 2 peket biskut oreo tuh, saya guna 200ml air susu berperisa coklat.

Kisar halus biskut oreo tuh sekali dengan fillings dia. Saya gunakan food processor. Kemudian apabila semua sudah hancur, masukkan pula air susu berperisa coklat tadi. Kisar sekali lagi sampai semua sebati.

Lepas tuh, boleh tuang ke dalam loyang yang sesuai dengan saiz periuk pengukus masing-masing. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu then boleh lah dimakan begitu sahaja. Kalau rajin, boleh jer nak letak topping krim coklat.
Kek oreo cuma 2 bahan sudahpun siap. Senang dan mudah!
For me rasa dia just nice. Takderla sedap sangat and anak-anak suka jer makan sampai habis licin. Next time maybe saya nak letak topping pulak kot.
Jangan malu dan segan kalau nak mencuba resepi ni yer. Tak rugi mencuba sebab senang jer kot nak buat. Rasa pun not bad cuma tak leh lawan kek coklat yang guna tepung, telur and margerin tuh kan.

Thanks all for reading!


You Might Also Like

4 comments

  1. utk org yg mls mcm dana mmg sukalah kek jenis yg mudah2 ni kak... insyallah ada mood membaking n rajin, nk try jgk la hhhehe...

    ReplyDelete
  2. mudah sangat tu 2 bahan je, pernah tengok resepi ni tapi tak pernah cuba pun buat

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa kak Nany, makan dengan aiskrim vanilla memang ngam. Heheh.

    ReplyDelete