Uwais & Karnival Dai'e Cilik

By Saturday, September 15, 2018 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pagi tadi bertempat di Mydin Mall Subang Jaya telah diadakan pertandingan Dai'e cilik anjuran Amazing Seed Malaysia.

Uwais dan kawan-kawan telah membuat persembahan nasyid bertajuk "Thank You ALLAH". Walaupun tadika Uwais tidak mendapat tempat, mereka masih mendapat tempat pertama di hati kami ibu bapa.

Tahniah anak-anak semua sebab berani tampil ke hadapan. Mama happy jer and enjoyed tengok performance Uwais kat atas stage pagi tadi.

Ada banyak juga tadika yang mengambil bahagian. Ada pelbagai jenis persembahan yang dipertandingankan termasuklah choral speaking.

Pelbagai aksi dan gaya anak-anak yang buat persembahan tadi. Ada yang baru bagi salam and sepatah dua kata and tiba-tiba hujan lebat. HAHAH! Terus tak jadi buat persembahan.

Memang semua tu jadi kenangan betul lah kan bila dah besar nanti?

Ini salah seorang guru tadika Uwais. Komited dan rajin!
Anak-anak kena pakai baju warna putih. Memang cantik actually kalau warna putih dalam gambar. Memang naik terus gambar tuh.


Semua anak-anak pun diberi hadiah. Suka sangat ! sebab mereka semua dah usaha dan cuba yang terbaik.



Bersama semua guru-guru dan pelajar-pelajar tadika yang lain.
Akhir sekali,

Tahniah buat semua yang terlibat. Guru-guru, para pelajar, Mydin dan pihak penganjur. Anak-anak diberi piala , sijil, air minuman dan makanan.  Semestinya, pengalaman adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup kita.

Tahun depan, Uwais dah masuk sekolah rendah. Besar dah anak mama ni. Semoga Uwais terus berjaya menjadi seorang Dai'e.

Ya Allah ya Mujib..semoga engkau perkenan kan doa-doa kami.

P/s : Baru perasan yang entry pasal Uwais adalah yang paling sedikit dalam blog ni. Nampaknya kena bergigih lah lepas nih tulis cerita tentang Uwais pula. Supaya dah besar nanti dapat baca semula semua kenangan semasa kecil.


You Might Also Like

1 comments

  1. heheh mesti comel budak2 ni atas pentas buat performance =)

    ReplyDelete