Braces Story Updated! Part 3

By Thursday, October 04, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini genap memakai braces di bahagian bawah selama 1 minggu. Sehari lepas pakai braces yang bawah ni memang terasa ngilu dan sengal kat bahagian gigi dan gusi. Lagila kalau berlaga gigi bawah ngan atas tuh. Nak makan pun kena slowly dan berhati-hati.

Dalam 4-5 hari baru rasa ngilu dan sengal tu hilang. So, masa rasa tak selesa hari tuh, saya cuma makan soft foods. Cuma bila dah lama sikit tuh baru berani nasi dan lain-lain. Itupun yang keras masih belum berani nak makan.

Masalah utama bila makan dengan full braces ni adalah, makanan banyak terselit di celah-celah wayar dan gusi. Serius rasa sangat tak selesa. Harus bawa berus gigi ke mana-mana. Now nak makan kat luar pun tak excited sebelum ni. Sebab makanan yang dikunyah tu 50% masuk ke celah wayar braces dan selebihnya baru masuk ke dalam usus perut.

HAHAHAH!

Pagi ini lagi 2 batang gigi bahagian bawah telah berjaya dicabut. Actually geraham kecil yang kat bawah sebelah kanan tuh memang dah rosak dan akar nya pun bengkok sket. Jadi masa nak cabut tadi, agak mencabar sedikit.

Agak besar juga lubang pada gigi tuh kan? kalau dibiarkan memang boleh sampai ke akar tuh dan mendatangkan kesakitan.
Gigi ni kalau tengok dalam result scan gigi pun memang dah nampak yang akar nya bengkok dan rosak.

Jumlah gigi yang perlu dicabut untuk pemasangan braces. 2 bahagian atas dan 2 bahagian bawah.
Jangan tanya lah sakit ke tidak. HAHAHAH~

Tadi doktor ketatkan balik wayar braces tuh. Ngilu dan sengal balik la jawap nya. Next appointment adalah dalam masa sebulan dari sekarang.

That's All and Thank you for reading.




You Might Also Like

4 comments

  1. Ana pula terasa ngilu kak. Bab gigi ni ketaq lutut dengar. Masih terbayang cabut gigi 8 tahun lepas. Sakit dia tak leh nk kata especially bila hbs bius tu. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Inshaallah usaha untuk cantikkan gigi anda..

    ReplyDelete
  3. klau bab gigimmg boleh buat gaduh.. takboleh salah sikit mmg baran jadinya..
    dulu teringin nak pakai braces tapi dah tua-tua ni terus hilang keinginan..

    ReplyDelete