Makan Tengahari & Malam Di Bayou Diner Kafe Bandar Kinrara

By Wednesday, October 17, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Tempat makan yang saya nak review kali ini terletak tidak jauh dari rumah kami. Hanya mengambil masa selama lima minit sahaja jika memandu kereta. Kafe ini dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga menyediakan makanan western dan juga masakan asian.

Apa yang menarik tempat makan di sini adalah kelazatan makanan / minuman yang dihidangkan. Disamping itu, kafe ini agak luas dan selesa. Sangat sesuai jika datang makan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Bayou Diner Kafe menyediakan set makanan tengahari yang sedap dan berbaloi dengan harga. Boleh pilih 1 menu makanan dan 1 minuman ( seperti yang tertera di dalam menu ).

Ini untuk husband - Set nasi putih dan Thai Curry Chicken. Jujurnya saya lebih menyukai Thai Curry Chicken dari Mango Chili Thai Restaurant. Tapi jangan risau, ianya masih sedap. Cuma ada kelainan rasanya di situ. Harganya RM11.90
Untuk diri sendiri - Set nasi putih dan ikan siakap steam yang rasanya sangat sedap dan menyengat. Serius! kalau korang pergi sini sila lah order set Ikan Siakap Steam ni tau. Ianya juga dihidangkan bersama dengan nasi.
Untuk minuman pula saya order Jus Nenas. Ini bukan jus yang kordial tuh tau, ini jus dari buah nenas segar yang diperah menggunakan mesin jus buah. Rasanya pun sedap! tak manis dan masam-masam dia pun just nice. Lega sangat tau bila lalu kat anak tekak ni haaa~~~
Air bandung kurang manis untuk Uwais!
Dan ada lagi yang kami order untuk budak kecik ni ha.

 Spaghetti Carbonara
Uwais cakap dia tak suka cream sos spaghetti ni. Bila saya dan suami rasa, boleh lah tau kenapa dia tak suka. Ini mungkin disebabkan oleh rasa herbs dia yang agak berlebihan. Tapi for us, sedap jer kot! hehe..biasalah kan tekak budak-budak. Mungkin dia punya expectation tuh nak rasa yang macam dekat My Own Bake Cafe tuh.

Interior hiasan dalaman di Bayou Diner Kafe Bandar Kinrara. Bila waktu peak hour, memang penuh dalam ni. Dan memandangkan banyak perabot yang diperbuat dari kayu kayan, besi, aluminium menyebabkan bila kami bersembang tuh susah nak dengar. Sebab bunyi bising tak dapat diserap oleh material-material yang sepatutnya. Haaa~~~ Sains sangat kan? HAHA!
Ini pula pumpkin soup dimakan bersama seketul roti. Saya order ni masa memula pakai braces kat gigi bawah tuh. Senang sket nak telan kunyah dan hadam. Heheh! Sedap juga tau uolls!

Macam biasa lah kan, kalau tak kena paw makanan, Tak sah!
Ini nasi goreng kampung. Menu yang kami order ketika kunjungan kami pada kali pertama. Portion memang banyak juga pada saya. Tapi kalau tengah lapar, InshaALLAH licin licau itu pinggan. Betul-betul "Eat Clean"
Disambung pula selepas beberapa hari untuk kami mencuba makan malam di sana. Apa yang special agak-agaknya kan? Well, pizza ini sudah tentu untuk anak-anak. Umair memang peminat pizza. Dia pilih menu pizza chicken with peach kekdahnya. Memang sedap tau ! Especially part toppers dia tuh. Memang secukup rasa gitu.

 Disebabkan, hanya waktu malam sahaja kaunter barbeque ini dibuka. Jadi , saya mengambil peluang yang ada untuk merasa menu yang ini. Maaf, saya terlupa tajuk nya apa. Tapi kalau nanti korang datang ke sini, tengok menu dan kalau ada gambar yang lebih kurang macam ni, Maka silalah order tau. Highly recommended sangat! 

Kulit ayam tuh nampak hitam legam gelap tapi sedap. Saya rasa sikit jerla dan memang crispy. Sos yang putih tuh agak masam tapi masih sedap. Satu lagi sos yang warna hitam tuh rasa dia towards ke barbeque. Curah sana, curah sini. Lagi satu nak pesan, korang boleh makan berdua atau bertiga untuk set yang ni. Ayam tuh portion dia besar and side dishes tuh korang kena order 3 jenis. Semua nya sedap!!!!!

Kuih yang bulat macam cupcake ni rasanya memang seperti vanilla cupcake cuma tekstur dia macam apam gula merah. Saiz dia tak besar mana pun, comel-comel jer. Sedap !!!

Kalau korang tanya akan repeat lagi tak untuk makan ke sini?

Jawapan saya  YES untuk DINNER sebab nak rasa yang lain pulak.
Baiklah, untuk sesiapa yang ingin berkunjung ke Bayou Diner Kafe Bandar Kinrara boleh waze atau google map kan sahaja menggunakan alamat di bawah :

51G, Jalan BK 5A/2
Bandar Kinrara 
47180, Puchong
Selangor

Tel: 03-8080-3200
Open : 

Mon -Thurs, 10am-10pm
Fri -  11am-11pm
Sat -  9am-11pm
Sun - 9am-10pm

You Might Also Like

2 comments

  1. yg siakap tu..nmpk yummyyy..brp rege tu..bdk2 mmg suka spaghetti carbonara

    ReplyDelete
  2. wah lazatnya makanan tu..salam singgah sini ya

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.