Menikmati Keindahan sunrise di Pantai Balok, Kuantan.

By Wednesday, October 03, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pertama kali kami menjejakkan kai ke Pantai Balok di Kuantan Pahang. Alhamdulillah..pantainya bersih dan kurang tercemar. Saya tak nampak pula sampah sarap di kawasan pantai ini. Kemungkinan lokasinya yang berhampiran dengan Hotel Swiss Garden Resort Residency ini membuatkan ianya masih terpelihara.

Pagi itu sebelum kami check out hotel, sempat bawa anak-anak ke pantai untuk bermain air laut dan pasir. Mereka tidak mandi manda , cuma seronok berkejaran dengan ombak pantai tuh la. Lepas tuh main-main pasir. Memang leka lah dibuatnya.

Matahari pula pada waktu itu belum lagi sejengkal panjangnya. Jadi, sempatlah kami berposing berlatarkan matahari itu.

Subhanallah..memang cantik dan indah sungguh ciptaan ALLAH Al-Khaliq ini. Saya hanya menggunakan camera handphone Samsung saya sebab malas nak usung kamera besar tuh.

Gambar-gambar ini dikenali sebagai "silhouette" style . Untuk mengambil gambar yang begini, memang perlu ada kehadiran matahari di belakang sewaktu sunrise ataupun sunset .

 
Leka anak-anak bermain sampai tak sedar air laut sudah semakin naik. Bila sesekali yang dapat menikmati keindahan pantai ni memang seronok sungguh.

That's All and Thank you for sharing!


You Might Also Like

5 comments

  1. bestnya jalan-jalan ^^ bercuti tenangkan fikiran

    ReplyDelete
  2. done follow #132. subhanallah cantiknya sunset

    ReplyDelete
  3. subhanallah... cantik gambar matahari tuh

    pantai sekitar kuantan mmg cantik n banyak yg boleh mandi2 di tepi pantai
    kalau pantai area terengganu, banyak yg dh terhakis jd tak boleh nk mandi mandi di tepi pantai

    ReplyDelete
  4. Memang syok kak dpt layan view tepi pantai. Ana pernah ke Pantai Balok ni juga maaa stay di area tu. Nanti try ke Pantai Sepat pula kak. Cantik juga kawasan dekat sana. Pokok2 dia unik sgt. Ke akak dah sampai sana!?

    ReplyDelete
  5. dah lama liez tak g pantai.. aduhh bilalah nak plan cuti-cuti pantai

    ReplyDelete