Phoshoot Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-42

By Tuesday, October 30, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua~

Semalam saya ke UPM di Serdang atas tujuan menjadi ahkak photographer buat sepupu tersayang. Actually, cousin ni sebelah husband saya punya side. Cuma, derang sejenis yang cepat mesra dan macam gaya dah kenal lama. Walhal, jumpa pun sekali setahun jer kot..itupun kalau turn kami pulang beraya di Kelate.

Nak ke UPM Serdang from my house tak la jauh mana. Cuma ambil masa 25minit sahaja. Tapi, yang jadi lambat nya sebab sesak kat tempat nak park tu ha. Yang baru sampai, yang nak keluar balik. Tu yang lama sket tuh.

Kebetulan juga, bukan sorang cousin yang grad semalam. Tapi ada dua orang. Sorang Diploma Perhutanan dan sorang lagi Master Perkembangan Perhutanan.

Teringat semasa saya konvo  lebih kurang 14 tahun yang lepas. Kejayaan yang diraikan oleh emak, ayah, abang dan adik-adik saya. Masa tuh, tak terfikir pun nak hired photographer untuk amik gambar ni kan.
Jadi, gambar pun yang gaya beratur dalam barisan dari kiri ke kanan tu lah. HAHAHAH~

Apa pun, saya bersyukur jer seadanya. Sebab dapat juga grad kan? Cabaran sebagai seorang mahasiswa adalah berlainan untuk setiap orang.

Paling memenatkan fizikal dan mental adalah ketika saya berada di zaman Asasi di UM. Fuh..memang terkejar-kejar dibuatnya. Yerla, subjek yang sepatutnya diajar dalam masa dua tahun derang jadikan setahun jer.
Macam saya ni, CPU slow sket..memang tak dapat nak skor mana. Ended up, kena buat Asasi tuh jadi setahun setengah instead of setahun. Ada yang kena buat dua tahun.

Kalau diberi pilihan untuk kembali ke zaman Asasi dahulu. Saya rela buat jer  dua tahun terus. Biar lambat janji puas hati dengan pencapaian.
Selepas habis Asasi, saya sambung degree dalam Fakulti Sains bidang geologi. Yang ni memang cukup 3 tahun saya dapat habiskan. Result takder la gempak mana pun...tapi, Alhamdulillah...jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman saya Asasi tu.

Betul lah kan....kalau nak buat perbandingan. Jangan bandingkan kejayaan kita dengan orang lain. Tetapi, bandingkan dengan kejayaan kita yang dahulu dengan sekarang.
Cumanya, kejayaan orang lain itu mungkin dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kita untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Okey ini sekadar tips dari saya untuk menjadikan gambar konvokesyen kita menjadi cantik dan berseri.

1) Pastikan warna tudung dan baju or kain berlainan dengan warna jubah. Supaya nampak kontra di dalam gambar. Kalau dapat all white memang cantiknya!!! tapi nanti orang kompius pulak yer..ni nak konvo ke nikah? HAHAHA
2) Pakai make-up supaya wajah kelihatan berseri di hari bahagia. Ewah!
 3) Pakai kasut bertumit lebih cantik sebenarnya untuk ambil gambar.
Okey..itu sahaja 3 tips penting dari ahkak photographer ni. Heheh...last but not least.

Tahniah untuk my cousins :

Aqilah
Fathihah

Akak doakan semoga korang dimurahkan rezeki , dijodohkan dengan pasangan yang soleh dan diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

Amin ya rabbal Alamin.

You Might Also Like

1 comments

  1. cantik2 nya! rindu plak zaman konvo kihkih2.. best la kalau ada family belah suami yang senang mesra.. kita pun tak kekok kan ;D

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.