Resepi Kek Sedap Menggunakan Air Fryer Philips

By Sunday, October 07, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Tak sangka pula dalam berdebar menunggu kejadian kek yang dimasak menggunakan air Philips Air Fryer akhirnya kek menjadi dan rasanya memang seperti kek yang dibakar menggunakan oven biasa.

Keistimewaan jika memasak kek menggunakan air fryer ini adalah, kita tak perlu nak panaskan pun air fryer tuh macam kita panaskan oven dulu. Dan sesuai kalau nak buat untuk makan for small family.

Pertama kali mencuba resepi kek Sour Cream yang saya ambil resepinya di sini.

Saya tukar sedikit resepi dengan mengurangkan gula dan sour cream sebabnya sour cream dah tinggal sikit. Saya juga menambah chocolate chip ke dalam adunan kek.

 Bahan-bahan :

1 cawan unsalted butter ( 225gram )
4 biji telur gred A
2 cawan gula - Saya kurangkan jadi 1 cawan gula sahaja
2 -3 tsp vanilla essence
1 cawan sour cream - Saya guna 1/2 cawan dan brand Sunglo
2-1/2 tepung gandum
1/2 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
Chocolate chips ( optional )

Cara-cara :


Ayak tepung bersama baking soda, garam dan baking powder.

Dengan menggunakan mixer, blend butter bersama gula hingga menjadi sebati atau bertukar menjadi warna agak pucat. Masukkan sour cream, vanilla essence dan telur satu persatu. Blend lagi sehingga adunan menjadi sebati.

Masukkan bahan-bahan kering yang sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter. Masukkan chocolate chips ke dalam adunan. Kacau rata-rata.

Tuangkan ke dalam bekas cake khas untuk Air Fryer. Pastikan tidak menuang adunan melebihi garisan 'max' yang sudah ditetapkan.

Lebihan adunan boleh dibakar menggunakan oven.

Tetapkan suhu pada 160 darjah celcius dan tetapkan masa selama 20 minit. Boleh check selepas 10 minit untuk melihat keadaan kek. Teruskan membakar kek sehingga masa habis. Ambil cake tester dan cucuk di bahagian tengah kek. Kalau masih kelihatan lembap, boleh tambah lagi masa selama 5-10 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.


1st time check dalam dia masih belum masak dengan sempurna. Jadi saya bakar lagi selama 5-10 minit and lepas tuh bila dah siap tengok cantik jer kejadian. Alhamdulillah

You Might Also Like

1 comments

  1. geboo nmpknye..tkpernh lg masak kek guna air fryer

    ReplyDelete