Hari Kanak-Kanak 2018

By Monday, November 19, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari kanak-kanak bukan sahaja perlu disambut pada satu hari sahaja. Tapi saya percaya bahawa setiap hari juga merupakan hari kanak-kanak.

Usah dinafikan perasaan dan pemikiran mereka kerana suatu hari nanti mereka ini merupakan golongan pelapis negara kita yang tercinta.

Pun begitu, saya masih menyokong usaha beberapa sekolah untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Pelbagai acara yang dilakukan untuk mengiktiraf naluri dan fitrah mereka yang masih berjiwa kanak-kanak itu.

Bukan mudah untuk menghargai dan cuba menyelami setiap karakter kanak-kanak yang berbeza-beza sifatnya. Apatah lagi kanak-kanak yang baru memasuki fasa alam baligh. Jiwa mereka dipengaruhi oleh hormon dan faktor-faktor lain. Selangkah kaki mereka masih di alam kanak-kanak dan selangkah lagi sudah pun ke alam remaja.

Ada kanak-kanak yang sentiasa melihat dan memerhati tindakan kedua ibu-bapanya. Jika di sekolah, mereka akan melihat guru-guru untuk dijadikan contoh tauladan. Jika baik keduanya, maka baik jugalah apa yang mereka lihat dan masuk ke dalam otak dan jiwa.

Hari ini Hannah ada sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah dan bertemakan "superhero / Fairytales ". Memandangkan Hannah tak berapa minat sangat princess thingy ni dan kebetulan juga di kedai costume yang kami pergi tuh tiada saiz yang sesuai untuk Hannah. Jadi, dia bersetuju untuk memakai baju Harry Potter ni.

Dan sebenarnya, Hannah mahukan warna hitam. Tapi, saiz pula tiada yang sesuai. Makanya kita beli yang ini ajerla yer Hannah.

Mama pun suka sebab simple ajer. Pada bahagian dalam, Hannah memakai baju T-shirt budak baik yang berwarna putih. Seluar pula slack berwarna gelap.

Hari ini juga agak istimewa untuk Hannah kerana dia mendapat anugerah sebagai tokoh sahsiah pelajar perempuan. 

Sebelum ini Hannah juga mendapat anugerah kecemerlangan dengan mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Saya sebenarnya terkejut, tak sangka dan tak mengharap pun untuk Hannah naik pentas tahun ini. Faham sahaja dengan keadaan dia yang baru nak menyesuaikan diri dan  memandangkan yang dia baru 4 bulan sahaja di SK.

Suasana nya memang sangat berlainan dengan di sekolah lama Hannah. Ini termasuk rakan-rakan, guru-guru dan sistem pembelajaran yang ada di SK.

Tahniah Hannah atas pencapaian yang membanggakan mama dan papa. Semoga Hannah terus berdaya saing dengan positif dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikan.

Ini semua classmate Hannah dan yang di tengah-tengah tuh adalah guru kelas Hannah. Cantikkan? Hehehe..

Alhamdulillah..berakhirnya persekolahan untuk sesi 2018 bagi anak-anak mama. InshaALLAH, tahun hadapan jika umur panjang kita cuba lagi untuk memajukan diri masing-masing.




You Might Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah buat Hannah.. Semoga terus cemerlang.. Aamiin..
    Setuju dengan Nany, hari-hari adalah hari kanak-kanak.. namun meraikannya khas pada hari tertentu juga sebenarnya akan menggembirakan kanak-kanak..

    ReplyDelete
  2. Thaniah hannah..semoga terus cemerlang

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.