Gathering Adik Beradik - Jamuan akhir tahun

By Friday, December 21, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Lama sungguh tak rumah ku syurga ku ini tidak dikunjungi tetamu. Raya pun takder adik beradik yang datang. Maklumlah, kalau semua dah berjumpa di kampung halaman, memang masing-masing pun takder beriya nak pergi beraya ke rumah yang lain-lain.

Jadi, last weekend saya ada masak-masak untuk menjamu adik beradik sebelah saya dan suami.
Walaupun kehadiran tak full. Abang tak dapat datang sebab baby nya tak sihat. Acik pula di UK, K.Ngoh di kampung Kelate, Abe dan Abe Chik jauh di Perak.

Jadi yang datang pun cuma adik perempuan saya, adik lelaki saya dan adik ipar perempuan saya. Menu nya pula saya buat :

1) Laksa kuah sardin( express )
2) Beef lasagna
3) Kek Oren
4) Biskut coklat ada inti
5) Takoyaki -buah tangan dari Ayom
6) Brownies - buah tangan dari Cik Nie
7) Nasi impit dan rendang ayam

Kek Oren ni nak membuatnya leceh sebab kena buat fillings and topping. Jadi, 2 hari 2 malam lah mengerjakannya. HAHAHA~
Bersilat sebab nak buat kek ni. Actually kek nya senang bangat. Tapi yg jadi banyak keje sebab nak buat fillings and topping dia. Kena sagat 2 biji kot buah oren dan lenguh jari memerah jus oren tuh ha. Nasib baik, tetamu dok cakap sedap. Tapi, tekak sendiri cakap biasa-biasa jer. HAHAH~ Resepi diambil dari buku Hummingbird pemberian seorang sahabat.
Beef lasagna yang sangat laku hari itu. Sedap! tekak sendiri pun approved . Sos putih saya buat sendiri. Alhamdulillah menjadi.
 Tak cukup sepotong.
My beef lasagna. Watak utama di hari jamuan. Hehehe~~~
Laksa express. Sebab kemalasan dah nak merebus ikan ikanan lepas tuh nak 'mengerjakan' nya lagi. Sedap juga tapi saya buat kurang pedas. Kalau nak pedas, silakan ambil cili potong yer.
 Ini bukan hari raya tau. Rendang ayam resepi emak saya semestinya.
 Biskut yang saya maksudkan tuh. Luar nya keras dan dalam nya gooey sedikit.
Inti dalam tuh guna butter and gula aising jer. Manih nya lahai..tapi nasib baik laku juga. Saya tak minat sangat tapi anak-anak suka pula. Resepi ini juga saya ambil dari buku Hummingbird juga.
Dalam bekas plastik adalah takoyaki. Kegemaran kami anak-beranak. Thanks Ayom belanja takoyaki.



Terima kasih yang datang. Maaf atas segala kekurangan dan semoga tali persaudaraan adik beradik kekal ke syurga hendaknya.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. Meriahnyaaa akak. Kami satu family pun mggu lepas alhamdulillah dpt kumpul rmai2 jugak dekat rumah kakak sulung. Anak2 buah sakan turun bawah hampir tiap hari nak mandi kolam. Hehe rinduuu.

    ReplyDelete
  2. Best jugakkan Nanny.... Mcm teringin pulak nak ajak adik beradik makan makan...tp malas nak masak acane tu hahhaa....

    Kat KL ni adik beradik suami ajelah ygg adanya. Laksa tu kalau hakak buat pun pakai sardin tapi org dlm rumah ni tak suka laksa. Sebab tulah malas buat hihi...
    Rajinnya awak membaking Nanny....

    ReplyDelete