Resepi Kek Carrot Terlebih Sedap!

By Wednesday, December 05, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Lama tak membaking. Aktiviti biasa yang agak kerap kulakukan ketika menetap di Jepun suatu ketika dahulu.

Tarik nafas
Lepas

Akhirnya,

Semalam berjaya juga saya menghasilkan sebiji kek carrot yang resepinya diambil dari sini : https://sallysbakingaddiction.com/my-favorite-carrot-cake-recipe/

Saya memaksa diri untuk membuat kek sendiri adalah kerana untuk meraikan hari terakhir anakanda Uwais di tadika tempat dia belajar.

Sepatutnya, majlis farewell mereka adalah pada 23hb Nov yang lalu. Namun begitu, memandangkan kami semua pulang ke Kelantan pada minggu tersebut. Jadi, Uwais tidak dapat bersama rakan-rakan dan guru-gurunya pada hari tersebut.

Saya pilih kek carrot kerana saya rasa ianya kek yang paling mudah dan rasanya juga yang ada masam dan manis. Pada saya, gabungan carrot yang diparut, nenas yang dihancurkan dan brown sugar menghasilkan kek yang agak lembap dan rasa yang memukau. Wah gittuu!

Saya tidak mengikut 100% resepi Cik Sally tuh. Ada beberapa bahan yang saya tidak masukkan ke dalam adunan kek tersebut sebab bahan-bahan tersebut tiada di rumah.

Memandangkan nozel untuk membuat membuat bentuk carrot serta pewarna oren juga tiada di  dapur. Maka ini sahaja yang terhasil. Alhamdulillah..yang penting rasanya sangat sedap!
Saya menggunakan 2 loyang bulat berukuran 8 x 3 inci. Saya potong separuh setiap biji kek untuk menghasilkan 3 lapisan kek. Satu lapisan kek tuh adalah untuk kami rasmikan dan sebagai tester anak beranak. HAHAHAH~~~~
Kelas 6 Tabligh adalah nama kelas anakanda Uwais di tadika yang mana kesemuanya terdiri daripada pelajar 6 tahun. Yang lelaki cuma ada 5 orang dan kalau tak silap yang perempuan ada 6 orang. Tak derla ramai sangat.

Resepi untuk bahan-bahan kek carrot adalah seperti berikut

Cake
  • 3 cups (390g) Diamond of California chopped pecans or pecan pieces (1 cup for cake, 2 cups for garnish) - Saya guna 1 lebih kurang 1 cup only. Dan ianya 100% saya masukkan di dalam adunan kek. 
  • 1 and 1/2 cups (300g) packed light or dark brown sugar (I prefer dark) - Saya guna 200-250g sahaja
  • 1/2 cup (100g) granulated sugar -
  • 1 cup (240ml) vegetable or canola oil - Saya guna minyak jagung
  • 4 large eggs
  • 3/4 cup (133g) smooth unsweetened applesauce - Saya guna nenas dalam tin dan blend dalam mesin kering tanpa air. 
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 2 and 1/2 cups (312g) all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 and 1/2 teaspoons ground cinnamon
  • 1 teaspoon ground ginger
  • 1/4 teaspoon ground nutmeg
  • 1/4 teaspoon ground cloves
  • 2 cups (260g) grated carrots (about 4 large) - Saya guna lebih kurang 2 batang carrot yang bersaiz besar
 Cream Cheese Frosting
  • 16 ounces (450g) full-fat cream cheese, softened to room temperature2
  • 1/2 cup (115g) unsalted butter, softened to room temperature
  • 4 cups (480g) confectioners' sugar - Saya guna icing sugar dan agak-agak dalam beberapa senduk ikut tahap kemanisan yang diinginkan. 
  • 2-3 Tablespoons (30-45ml) heavy cream - Saya guna whipping cream brand Anchor.
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • pinch salt 

Cara - Cara:
  • Masukkan bahan-bahan basah iaitu ; telur, brown sugar, minyak jagung dan vanilla extract ke dalam mixer. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga bahan bercampur dengan sebati.
  • Ayak bahan-bahan kering iaitu : tepung, BP, BS, garam dan serbuk nutmeg supaya bahan-bahan tersebut bersatu dengan rata.
  • Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan kaup balikkan adunan.
  • Masukkan kacang pecan
  • Masukkan carrot yang sudah diparut tadi ke dalam adunan
  • Akhir sekali, gaul rata bahan-bahan tersebut.
  • Tuangkan adunan sama banyak ke dalam dua bekas loyang yang sudah dialas dengan baking paper
  • Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan. Bakar pada suhu  180-200 degree celsius selama 45 minit ataupun sehingga masak
Cara-cara Penyediaan Frosting : 
  • Di dalam mixer, pukul cream cheese, icing sugar, vanilla extract dan butter sehingga tekstur bertukar licin. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Bolehlah digunakan untuk melepa dan menghias kek mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
Jujurnya saya sangat sukakan resepi kek carrot yang ini. Mungkin kerana adanya unsur buah nenas yang dihancurkan tadi. Lebih lama dibiarkan, rasanya akan lebih sedap kerana semua bahan-bahan telah 'bersatu padu'

Yang tidak sukakan kekacang, mungkin boleh digantikan dengan buah kismis yer.
 Sedap menjilat jari!
Tiga sahabat baik. Semoga persahabatan mereka berkekalan hingga ke syurga hendaknya.
 

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedap tu..suka juga..tp mmg xpernh la buat..suka mkn kt coffee beans ..kt opis pn ada event slalu ada juga carrot cake yummyyy

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak kek tuh, si aiyan carot tak mkn tp bila jadi kek sedap lak dia kata... siap bertambah2 makan...

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa nampak kek yang kak Nany buat tu.

    ReplyDelete
  4. Wahhh..sedapnya kak nany! gambar pun lawa-lawa. kak nany memang berbakatlah!

    ReplyDelete
  5. sedapnya...alaaaa tp kita mls baking lah hehehe pos 1 boleh tak hihi

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapnya nampak kak. Kalau dekat.nak juga minta sekeping dua. Hehe

    ReplyDelete
  7. nak simpan resepi ni. ada few times CT buat kek carrot ada menjadi ada yang tak. so nak cuba yang ni pula. x minat tapi family yang lain suka sangat2. cheq suka buat ja hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.