Bento Masuk Akhbar Harian Metro

By Wednesday, February 20, 2019

Assalammualaikum semua.

Akhirnya cerita tentang bento saya sudah masuk akhbar berita harian metro minggu lepas. Baru pagi tadi saya sempat bertanya kepada Puan Siti , editor yang datang ke rumah saya tempoh hari.

Sebenarnya, niat utama saya berkongsi adalah untuk memberi galakan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menyediakan makanan sihat kepada anak-anak.

Walaupun ada masa saya juga terasa kemalasannya. Tapi tetap juga gigih bangun awal pagi untuk menyiapkan hidangan bento. Nanti bila anak-anak dah besar, mesti kurindui detik-detik membento ni.

Artikelnya boleh lah dibaca di sini :

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/423087/sajian-sihat-anak-ke-sekolah

Dan ini juga :

https://www.hmetro.com.my/hati/2019/02/423084/hiasan-bento-jadi-tarikan

Muka mak masa ni memang fresh dari dapur. Derang tak cakap dari awal yang nak amik gambar empunya diri. Ingatkan nak ambil gambar bekal ajer. Haishh..dah la tak pandai nak make up bagai ni.
Ada dua hasil bento sebenarnya. Ini roti sandwich tuna. Cara-cara nya juga ada dikongsikan di artikel yang saya bagi tu.
Berpeluh juga nak menyiapkan bento ni sebab ada yang datang jadi penonton. HAHAH! agak kekok juga rasanya. Dah la beras sushi kat Malaysia ni tak berapa nak memberi kerjasama kalau nak dibandingkan dengan beras di Jepun yang senang mengikut kata.

Lagi satu, sebabnya  dah lama jari-jemari ni tak menggubah makanan supaya nampak menarik. Semua pun nak cepat kan. Jadilah apa yang mampu....

Terima kasih Harian Metro kerana memberi saya peluang untuk berkongsi hasil karya bento saya di akhbar.


You Might Also Like

4 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.