Braces Story Updated! Part 5

By Sunday, February 17, 2019

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya dari check up yang sebelum ni hingga ke hari ini. Masih sama procedure yang doktor lakukan. Cuma kali ini, doktor letak wayar kat gigi kacip bawah tuh.

Sebelum  ni, gigi tu jer yang doktor belum letak wayar lagi disebabkan doktor takut gigi tu makin ke belakang. So, nak tarik gigi tu ke hadapan bagi allign dengan kawan-kawan dia yang lain.

Wayar untuk gigi tuh pun doktor guna yang nipis sikit berbanding yang lain. Mungkin akan memberi daya tekanan atau tarikan yang berlainan kan?

Gigi taring sebelah kiri yang terkeluar arituh pun dah semakin ke posisi yang sebenar. Doktor cuma komen, bila berus gigi yang kat bawah tuh kena lebihkan lagi sebab plaque dah mula terbentuk kat area bracket tuh. Jadi, agak mencabar untuk doktor nak tukar ganti dan pasang getah baru.

Huhu..memang diakui, gigi yang kat bawah tuh susah sikit nak berus and ada rasa macam ngilu sikit bila nak diberus.

Memang nampak beza dah gigi bahagian atas tuh kan? Sekarang lebih tersusun dan teratur berbanding keadaan gigi yang bertarikh 6 Oktober 2018 tuh. Heheheh...

Next appointment doktor nak tengok gigi yang baru dipasang wayar tuh nanti. Camane lah kejadiannya kan?

Hehe..terima kasih yang selalu follow cerita saya dengan braces ni. Semoga dapat memberi semangat kepada yang teringin nak pakai braces tapi ada rasa takut-takut di situ.

That's all and thanks for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. my daughter pun nak buat braces tapi kena tunggu sebab masing2 sibuk belajar..jd bila balik KL baru boleh buat

    ReplyDelete
  2. hi, nk tanya, deposit utk buat braces ni awk bayar berapa? and everytime visit akan byar rm100 eh? bape kali sebulan jmpe doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deposit arituh RM2000++ kalau tak silap. Setiap kali jumpa bayar RM100 dan nanti dok akan tolak siap2 dari situ berapa baki yang tinggal untuk kita bayar dari jumlah semua. Sebulan sekali jumpa dok :)

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.